Popular Posts

Saturday, January 26, 2013

Pen EE-3 (electronic eye) pocket camera circa 1973


I have two of these small, sleek and really unique half-frame cameras. All in good working condition. Its time to wake them up from their long slumber with our next trip just around the corner. People would come and wonder where on earth did I get mine.... hehehe.. A while ago, a group of people from Penang stopped me half way while cycling one fine Sunday morning in Jalan TAR. They followed me on foot for quite some time just to ask about my camera and my ride a D3. (No not Nikon D3, but a Dahon D3). It turned out that they are fellow lomographers... and one was using a Leica! Sorry Bro Tan, if kita tukar suka sama suka pun I tak nak (although the Leica is worth more than RM10k) I am in love with this little babe. This video explains why the Olympus Pen EE series are a rarity.

I get all my rolled film needs from Digicolour Jalan Ipoh (also a wedding photographer/ mak andam heaven). For processing, my favorite place would be FujiFilm @ Ground Floor, Menara Axis, PJ where they can process and scanned the duly developed film directly into digital files for RM10 per roll.

Monday, January 07, 2013

Perlunya Ilmu di bidang penyelenggaraan kenderaan (Part 3)

(Sambung dari Part 2)

A bit of explanation is required I suppose.

Di organisasi tempat penulis bertugas, penulis terlibat dalam perbincangan dengan NGO dan JPJ mengenai standard baru brake pads. Brake pads adalah regulated item dan bukan mudah untuk menepati standards antarabangsa. Penekanan kini adalah untuk mengurangkan punca kemalangan yang berpunca dari penggunaan alat ganti yang tidak menurut spesifikasi. Ada banyak kes kemalangan terjadi sebab pengguna kenderaan awam menggunakan brake pad yang tidak sesuai - kononnya nak bawak laju-laju, tukar aje dengan brake pad sport tanpa mengetahui hakikat bahawa brake pad berfungsi mengikut julat suhu tertentu. Ini hukum alam dalam friction technology. Kalau tak cukup panas - bahaya... anda tak boleh memperlahankan kenderaan atau berhenti dengan selamat..... sebab takde grip langsung. Boleh langgar 3 - 4 lampu merah.........kalau tak aksiden maut...  dan silap-silap brake disk anda yang akan 'warp' atau hancur jahanam dahulu sebab tak serasi dengan jenis brake pad. Kenderaan perlumbaan F1 tu lainlah ceritanya.....setiap  kali habis perlumbaan depa tak ada masalah dan biasanya tukar aje brake disk baru! Mampukah anda tukar brake disk tiap kali balik kampung??? 

Lepas ni jom kita survey harga alat ganti sebelum servis kenderaan. Elakkan diri dari di TIPU. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi. Di harapkan pendedahan ini berfaedah kepada anda dan dicatat sebagai hasanat kepada penulis. Wassalam.

Perlunya Ilmu di bidang penyelenggaraan kenderaan (Part 2)

Hujung tahun baru-baru ini ketika penulis dalam perjalanan pulang ke JB, tetiba terdengar bunyi bising macam bergesel yang datangnya dari tayar... nak tak nak terpaksa keluar dari highway di Alor Gajah ikut jalan dalam. Kalau apa-apa senang sikit nak minta tolong. Berhenti check... nampak macam ok, jalan lagi sampailah ke Jasin... kejap ada kejap takde... mungkin brek buat hal... takpa... kita check kat Tangkak... sampai ke satu kedai tayar, semua turun kenderaan dan memang confirm brek pad depan sebelah penumpang dah nak habis. Minta tokay cina tu carikan spare part... 

"Aiya... ini model ESTIMA TCR11 punya barang susah mau cari... satu pasang brake pad ORI dalam RM320... ada 2nd grade dalam RM240 - yang local RM180... tapi mau tunggu 2-3 hari..." 

"Okay aku tunggu takde masalah.... aku nak yang ORI" (iyelah kita bawa semua ahli keluarga, keselamatan diutamakan).

He then made a few phone calls.... "Aiya tuan... ini hari Sabtu... ini minggu cuti Chrismas, kedai banyak tutup....lagipun lu punya brek pakai 2 piston... harga lagi mahal....dalam RM420 satu pasang. Kalau lu mau kena order dulu la"...

(Pelik... apa bezanya 1 piston dengan 2 piston... lain macam je penjelasan mamat ni).

Pada masa yang sama pembantu mekanik memanggil penulis ... "Abang, ini bahaya ni... brek depan tak pernah servis ke? Dah bocor sangat ni... sangat bahaya tau!!!" sambil menunjukkan titisan minyak brek yang menitis di atas jalan....

(Dalam hati... eh tadi masa bukak tayar depan dan keluarkan brake pad takde pun aku tengok minyak menitis - masa ni penulis dah terasa depa ni cuba menipu, sebab pernah servis brek... kalau kita singkap getah brake piston selalunya minyak brek akan keluar... nampak macam sengaja dibuat begitu untuk menakutkan kita). 

"Takpelah dik, tukar brake pad ajelah..."

"Tapi bahaya sangat ni bang... boleh aksiden habis semua!!", ujarnya driving his point.

"Saya selalu check engin dan tengok level minyak brek, minyak engin dan air radiator... kalau bocor dah tentu saya tahu lebih awal sebab level minyak brek akan berkurangan dan brek tak makan" kataku dengan tegas.

Bila kutanyakan harga tayar pula, kononnya boleh kasi diskaun, tapi dia jack up harga dulu. Kalau nak tipu pun tengok orang la... Penulis memang tahu range harga harga tayar baru kat Kelang. Memang depa kat kedai tayar Tangkak ni dari tokay sampai ke mekanik semua kaki penipu. Sudahnya penulis suruh pasang balik tayar...bayar upah kat depa tu RM10-00 dan meneruskan perjalanan ikut Highway supaya kurang menggunakan brek. Tambahan pula hari hujan, takde nak drive laju pun. Alhamdulilah selamat sampai ke JB.

Pencarian spare part di JB menjelaskan kedudukan sebenar harga brake pad untuk ESTIMA model TCR11. Penjelasan mengenai tiada bezanya brake pad untuk caliper 1 piston atau lebih melegakan syak wasangka hati penulis. Setahu penulis, brake pad adalah brake pad. Janji sama bentuk dan spesifikasi, ianya boleh berfungsi tanpa mengira berapa banyak kaliper/piston yang "menggigit" brake pad kepada brake disk. Prinsip asas hydraulik brek sama aje. Kalau ada orang kata lain tu... maknanya ada perkembangan terbaru dibidang sains atau hanya AUTA!

Sepasang brake pad ESTIMA TCR11 hanya berharga RM60-00 sahaja. Made in Beranang, Malaysia from a reputable OEM manufacturer. Export quality dan mematuhi taraf ISO. Lokasi : Hock Guan Auto Spares (Johore) Sdn Bhd. Tel: 237 6010, 237 6015, 238 2308.

Upah pemasangan brake pad cuma RM40-00 di bengkel pilihan penulis.

Nota: Supplier alat ganti yang sama menjual oil filter Toyota TRC11 original pada harga RM18-00. Harga jual yang tertera adalah RM36.00 (kalau beli kat pusat servis kereta).

Sunday, January 06, 2013

Perlunya Ilmu di bidang penyelenggaraan kenderaan

Dah penat nak cakap... dah banyak kali diulangi kepada rakan-rakan yang asyik bertanyakan perkara yang sama kepada penulis, tapi rata-rata (mungkin bukan anda) ramai yang hanya tahu memandu tapi langsung tak tahu atau memperdulikan sangat perihal bagaimana nak servis atau maintain kenderaan agar selalu dalam keadaan baik. Menjaga kenderaaan agar senantiasa dalam keadaan baik adalah antara cara kita boleh menjimatkan kos penggunaan bahanapi dan juga agar kenderaan selamat untuk digunakan di jalanraya. Jangan terkejut kalau ada yang nak tukar tayar pancit pun sanggup tunggu mekanik datang!

Kalau tak reti tu... belajarlah. Kalau tak nescaya kemungkinan anda akan kena KELENTONG oleh mereka yang tidak bertanggungjawab adalah besar. Ramai yang masuk join membership AAM umpamanya (termasuk boss penulis) tetapi bila ada kes bateri kereta kong.... terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Itu pun tah berapa kali telefon, tukang hantarnya tak sampai-sampai... sedangkan bukannya susah pun nak tukar bateri kenderaan. Kalau cuma bab bateri kong... takde masalah sebenarnya sebab Century Battery ada hotline untuk hantarkan dan pasangkan bateri kenderaan anda yang kong. Rasanya perkhidmatan ini hanya ditawarkan di Lembah Kelang sahaja. So tak perlu membazir jadi member AAM. Ayah penulis sendiri pernah juga jadi member AAM ni, tapi bila ada masalah, batang hidung formen takde nampak pun.... so abis membership macam tu aje. Setakat hanya dapat majalah 6 bulan sekali... itu aje. Sudahnya pendekatan yang diambil adalah dengan berkawan dengan foreman tempat servis kereta, selalu bertanya (kenapa dan mengapa) semasa penyelenggaraan dibuat. Kalau nak tukar fius atau lampu yang terbakar pun tak mampu, teruk sangat la kome ni.

Bab yang kebanyakan orang selalu terkena adalah dalam hal harga peralatan yang rosak atau yang perlu digantikan umpamanya palam pencucuh (ada juga yang tak tahu palam pencucuh tua benatang apa ... apa la korang ni - dalam bahasa orang puteh - spark plug). Antara cara yang mudah untuk kita berjimat adalah dengan membeli sendiri alat ganti kenderaan kita sendiri di kedai alat ganti. Kalau kita beli dari tempat servis, memang sah depa akan jack up harga kononnya harga dah standard atau harga tu dah memang patut... alasan yang diberikan - INI BARANG DI JAMIN ORI BRO...sedangkan selalunya depa beli alat ganti yang kononnya ORI tu dengan harga yang murah sebab beli dengan jumlah yang banyak. Dalam hal ini kalau anda beli sendiri palam pencucuh jenama NGK kod BKR6E11 (selalu kereta Proton Waja dan Honda Accord gunakan) dari kedai alat ganti, biasanya boleh dapat dalam RM24-00 untuk 1 set. Cuba kita tukar palam pencucuh kat kedai servis... silap haribulan kosnya dah meningkat hingga mencecah RM50-00! Ori konon... oh ya, penulis ingin selitkan sedikit ilmu tambahan... palam pencucuh biasa cuba ada 1 "kaki" atau point percikan api. Ada jenis spark plug yang ada banyak kaki. Ada yang dua, empat, dalam bentuk groove bercabang dua, atau cuma ada satu kaki tapi berhujung tajam atau disalut dengan logam istimewa seperti platinum atau iridium (yang mungkin akan memanjangkan hayat penggunaan spark plug tersebut). 

Berbalik kepada kisah spark plug jenama NGK kod BKR6E11 tadi, kalau kita tukar kat kedai servis depa ketuk RM50-00... lagi baik kalau beli sendiri aftermarket spark plugs yang compatible dengan saiz gap dan jenis diameter BOSCH yang berkaki empat ... harganya cuma RM56-00 satu set. Puas hati, tahan lama dan menjimatkan penggunaan bahan api. Nak install spark plug bukannya susah mana pun. Toolnya berapa ringgit aje harganya. Kalau harga kos pasang kat kedai servis pun sah cekik darah, sekejap aje dah balik modal anda semula. Kadangkala bengkel suruh tukar barang yang tak rosak.... or tak perlu ditukar pun ataupun mengesyorkan kenderaan anda menggunakan minyak engin sintetik yang mahal beratus ringgit sedangkan anda sewajarnya menggunakan kereta engin jenis mineral yang memerlukan minyak yang "tebal". Kalau kenderaan lama guna minyak sintetik yg nipis, rajin-rajinlah tengok level minyak engin anda... kalau makin berkurangan sedangkan tak ada kebocoran, jenis minyak engin yang digunakan terlalu nipis dan tidak sesuai.. unless anda banyak duit dan tak kisah asyik top-up minyak engin selalu!

Thursday, January 03, 2013

Three Blind Mice ...... Aku, Engkau dan Dia

 
Three blind mice. Three blind mice.
See how they run. See how they run.
They all ran after the farmer's wife,
Who cut off their tails with a carving knife,
Did you ever see such a sight in your life,
As three blind mice?

Siapakah "Three blind mice?"  - Tiga watak yang bermain dalam kehidupan seharian kita.

Kita selalunya membuat perbandingan "Three blind mice" sebagai seloroh/ nursery rhyme lawak yang diajarkan secara nyayian penuh ceria kepada kanak-kanak kecil di TASKA yang merujuk kepada perangai badut/kebodohan/kelemahan orang lain. Tapi malang, ramai yang tidak mengambil iktibar  atau ibarah dari kisah tersebut.

Ya, sungguh amat mudah manusia mentertawakan kelemahan orang lain dan mendabik dada kononnya kita sempurna, tidak seperti mereka itu yang sedang diuji.

Pada hemat penulis, frasa "Three blind mice?" merujuk kepada "Aku, engkau dan dia".

Siapakah watak "Aku"?

Siapakah pula watak "Engkau"?

dan siapakah pula watak "dia"?

Aku adalah aku. Kataganti pertama merujuk kepada diri seseorang.

Engkau, selalunya merujuk kepada anda, kata diri kedua yang merujuk kepada awak yang membaca nukilan penulis.

Dia... adalah kata gantidiri ketiga. Orang lain yang (mungkin atau tidak ada pada mulanya) berkaitan di antara Aku dan Engkau.

Dalam perhubungan sehari-hari, Aku mungkin merujuk kepada sang suami, Engkau mungkin merujuk kepada sang isteri; dan
Dia - mungkin merujuk kepada wanita lain atau lelaki lain, orang ketiga.

Aku, engkau dan... dia (ala Mr. Bean pose)
Boleh jadi juga,
Aku merujuk kepada seorang Hamba Allah,
Engkau, merujuk kepada sang kekasih Hamba Allah tersebut; dan
Dia, merujuk kepada orang yang dilabel malaun yang mengganggu dan menghalang hubungan Engkau dan Aku.


Selalunya dalam kes yang penulis tolong selesaikan, tiga watak ini adalah watak TETAP DAN UTAMA yang memainkan peranan sebagai orang yang teranaiya, orang yang mengambil kesempatan dan/atau orang yang boleh duduk diam-diam dengan alasan yang amat remeh, AKU dan ENGKAU punya isu, takde kaitan dengan DIA. 

Siapakah yang BUTA dalam hal ini?


"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".
(Al-Quran 22:46)


Ya, bukan mata yang buta, tetapi apa yang ada dalam diri kita ini!

Dalam konteks pilihanraya umum di Malaysia yang bahangnya makin hangat terasa,

Aku - mungkin juga merujuk kepada Rakyat,

Engkau - mungkin juga boleh merujuk kepada Kerajaan yang sedang memerintah; dan

Dia - boleh jadi merujuk kepada calon wakil parti pembangkang  atau wakil calon parti yang memerintah yang bertungkus-lumus mahu meraih sokongan anda sebagai pengundi.

Masing-masing berebutkan perhatian Aku, seorang RAKYAT yang akan megundi dan memberikan kuasa.

Macam-macam janji penuh emosi ditaburkan di sana sini!

Pendedahan demi pendedahan hebat dicanang-canangkan untuk menarik perhatian orang. Aku terpaksa duduk diam  berfikir dengan berhati-hati, melupakan emosi yang dijaja  untuk menentukan siapakah yang menjadi pilihan hati. Ada yang membangkitkan isu ketuanan bangsa, ada yang memainkan isu pembaziran, rasuah, kezaliman dan ketirisan pengurusan kewangan. Ada bermacam jenis gula-gula yang ditawarkan. Heran aku heran....bas stand yang tak pernah wujud sebelum ini di kawasan rumah Aku sekonyong-konyong didirikan dan siap dibina tak sampai seminggu seumpama magis! (Oh ya aku berterima kasih dan bersyukur, tapi mengapa hanya bila datang musim Pilihanraya baru Aku diberikan "hadiah" sebegini rupa. Sama ada Engkau ikhlas atau tidak, aku tidak tahu).

Tetapi apabila kelebihan, bantuan, perkara yang dihajati diperolehi, Engkau selalunya LUPA janji dan dengan mudah menyalahkan orang lain, memberikan seribu satu alasan bahawa ianya telah ditakdirkan akhirnya begini atau begitu, tanpa menghisab atau memikirkan kekurangan  yang ada pada diri sendiri dan tanpa memikirkan langsung bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah ujian dari Allah agar kita dapat memperbaiki diri sendiri, bertaubat dan kembali bertakwa kepada JALAN yang telah ditunjukkanNya. 


Fikir-fikirkanlah.

UPKK 2012 Results!!!

-->

Selama ini mendengar khabar tidak rasmi kerana penulis tiada masa untuk ke sekolah. Semalam penulis pergi sendiri untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah yang mempermudahkan segala urusan. Tahniah kepada anakku, Zahratul Jamilah for her outstanding performance in her UPKK examinations. For 2012 hanya 12 orang got straight As di sekolah tersebut.

Semoga kejayaan ini dapat diulangi pula oleh Husna pada tahun ini. Ayah rasa dah cukuplah Husna jadi reigning champion untuk tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan bercerita. Kita fokus bab lain pula ya?

Tuesday, January 01, 2013

Welcome Home - IIU Law Fraternity Class of 94

Res Ipsa Loquitor.... terima kasih kengkawan kerana memberikan kepercayaan penuh kepada penulis menjadi official photographer for the event. Bukannya aku buat duit pun, just sesaja suka-suka - seronok dapat bertemu kengkawan semua. You guys really made my day, tah berapa ratus "likes" aku dapat for all those photos yg aku upload @ Facebook. Jadi ini adalah hadiah untuk anda semua. Kita kasi "bakar" those yang takde alasan to miss the reunion. Sesungguhnya, penulis tidak mengetahui sama ada dapat berkhidmat untuk rakan-rakan di majlis kita akan datang.