Popular Posts

Wednesday, September 26, 2012

Pemberian biarlah Ikhlas

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.  (Al Baqarah : 264)

Apa-apa pemberian kepada sesiapapun sama ada dalam bentuk ole-ole, hadiah, cenderahati, bantuan kewangan, derma waima kepada isteri, suami, anak-anak, ibubapa atau saudara sendiri perlulah dibuat secara tulus ikhlas dari hati. Kalau tidak dilakukan dengan ikhlas dan diungkit-ungkit seolah-olah dipenerima akan terhutang budi kepada kita, ianya bakal menjadi punca penyesalan kepada sipemberi dikemudian hari. Allah jua yang akan membalas pemberian ikhlas kita, bukan orang yang menerima. Maka dalam keadaan tertentu, pada hemat penulis, adalah lebih baik pemberian itu tidak dilakukan langsung. 

Janganlah salah faham. Sekiranya anda tidak memperolehi apa-apa pemberian dari seseorang, ianya tidak bererti anda tidak disayangi atau tidak langsung dihormati. Sesungguhnya bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi ikhlas sekiranya sejarah tidak berupaya dipadamkan dari ingatan orang yang berniat untuk memberi. Orang yang merasakan dirinya perlu diberikan sesuatu itu terlebih dahulu perlu muhasabah dirinya sendiri - apakah aku layak untuk menerima sesuatu pemberian dari orang itu sedangkan cukup banyak pengkhianatan yang telah kulakukan dan aku tidak pernah mengingati dan mempedulikan langsung perasaannya apabila barangan miliknya, keperluan dan haknya aku zalimi atau cerobohi.

Sedarlah, orang itu mungkin sudah sekian lama memaafkan dan menghalalkan kesemua perbuatan anda zahir dan batin dan senantiasa dengan tulus ikhlas mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda dunia akhirat, namun sebagai insan biasa, dia berkemungkinan tidak berupaya melupakan apa yang telah terjadi. D
ia mungkin tetap bersabar atas perlakuan anda selama ini dan tidak langsung mengambil apa peluang pun untuk membalas walau ruang berbuat demikian telah lama terbuka luas. Boleh jadi anda sebenar-benarnya tergolong antara orang-orang yang amat disayanginya namun, itu tidak dapat lagi di zahirkan, hanya dipendamkan sahaja disanubari sekalipun anda mungkin acapkali bersua muka dengannya.

Penulis mengambil peluang ini untuk berkongsi doa yang diajarkan oleh seorang tua yang banyak memberikan nasihat berguna kepada penulis semasa difinal year law school dulu. Selalu penulis membaca doa ini didalam hati sebelum berhujjah dimahkamah, sebelum mesyuarat bermula atau sekiranya diarahkan untuk menghadiri post mortem projek (sessi hentam-mengentam) seorang diri. (Yes, I am only a soldier yang boleh dikorbankan bila-bila masa). Alhamdulillah, penulis dapat menangkis segala hujjah yang ditembakkan dan berupaya melancarkan serangan peluru berpandu. Biasanya serangan balas penulis tak dapat dijawab. SYARATNYA: hujjah anda mesti dibuat atas dasar kejujuran, dilampirkan bukti bertulis dan fakta yang menyokongnya adalah tepat dan selaras dengan amalan biasa perniagaan (standard industry practice). Tidak boleh berniat untuk ambil kesempatan untuk memalukan mereka yang kita hadapi tersebut. Mudah-mudahan hujjah kita boleh meyakinkan mereka untuk menerima-pakai apa yang kita sarankan. In any event we are a team, in every sense of the word. Yang terbaik datang dari Allah. Doanya diambil dari AlQuran dan diturunkan disini untuk tatapan dan amalan harian anda.


Ertinya: Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).

On another note, bagi yang akan berkempen untuk menentukan siapakah yang akan menjadi wakil kita di Parlimen kelak didalam Pilihanraya yang bakal menjelma, ingatlah, janganlah tuan-tuan asyik menyebut dan mengungkit kebaikan dan wang ringgit yang anda taburkan di sana sini sejak puluhan tahun yang lalu dan meremehkan apa jua sumbangan parti yang bersaing dengan anda. Tindakan begitu tidak menjamin anda layak menjadi pemimpin kami. Rakyat marhaen melihatnya dengan begitu jijik sekali, sehinggalah terpaksa diwujudkan istilah "politik wang" seolah-olah wujud perbezaan di antara rasuah dan politik wang. Apa pun kebaikan yang anda lakukan itu sudah menjadi tanggungjawab anda untuk melaksanakannya. Duit peruntukan yang disalurkan adalah duit hasil kutipan cukai ke atas rakyat jua dan jika salah urus ianya akan dipersoalkan diakhirat kelak.. 

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama kepada kesegenap lapisan rakyat dibawah pimpinan anda?

No comments: