Popular Posts

Thursday, August 30, 2012

On possible remedy for cancer

Breast cancer is the second most frequent cancer affecting women worldwide after lung cancer. The toxicity factor associated with synthetic drugs has turned the attention toward natural compounds as the primary focus of interest as anticancer agents. Vitamin E derivatives consisting of the well-established tocopherols and their analogs namely tocotrienols have been extensively studied due to their remarkable biological properties. While tocopherols have failed to offer protection, tocotrienols, in particular, α-, δ-, and γ-tocotrienols alone and in combination have demonstrated anticancer properties. The discovery of the antiangiogenic, antiproliferative, and apoptotic effects of tocotrienols, as well as their role as an inducer of immunological functions, not only reveals a new horizon as a potent antitumor agent but also reinforces the notion that tocotrienols are indeed more than antioxidants. On the basis of a transcriptomic platform, we have recently demonstrated a novel mechanism for tocotrienol activity that involves estrogen receptor (ER) signaling. In silico simulations and in vitro binding analyses indicate a high affinity of specific forms of tocotrienols for ERβ, but not for ERα. Moreover, we have demonstrated that specific tocotrienols increase ERβ translocation into the nucleus which, in turn, activates the expression of estrogen-responsive genes (MIC-1, EGR-1 and Cathepsin D) in breast cancer cells only expressing ERβ cells (MDA-MB-231) and in cells expressing both ER isoforms (MCF-7). The binding of specific tocotrienol forms to ERβ is associated with the alteration of cell morphology, caspase-3 activation, DNA fragmentation, and apoptosis. Furthermore, a recently concluded clinical trial seems to suggest that tocotrienols in combination with tamoxifen may have the potential to extend breast cancer-specific survival. 

Keywords: Tocotrienols, Anticancer, Antiproliferative, Tamoxifen, Apoptosis, Chemopreventive

Pertengahan tahun ini sebelum berlepas ke Australia untuk bercuti, penulis terlibat dengan penyediaan perjanjian projek dengan agensi luar negara yang antara lain membuat kajian mengenai kesan toksik ubat-ubat kanser. Ya - ianya tersangat toksik, hinggakan menurut penyelidik yang menjalankan kajian, badan manusia hanya boleh tolerate berapa miligram per body weight sahaja. Maka setelah sampai tahap selamat penggunaan sesuatu ubat, pesakit tidak akan dibenarkan lagi menggunakan ubat tersebut buat SELAMA-LAMANYA! Macam tu la pula jadinya.... dan pada masa yang sama juga ibu penulis telah ditahan di wad Hospital Universiti kerana dijadualkan memulakan chemo.... 

Demi Allah... kalau bukan sebab mesyuarat yang membincangkan masa depan dan possible breakthrough untuk mengubati kanser, dah tentu diri ini akan meninggalkan sahaja bilik mesyuarat masa tu.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan Iman untuk menempuhi semua ini. Aaminn.

Tuesday, August 14, 2012

Sakinah reciting the Ya-Siin

Video by AlWajdi, Sakinah reciting in front of her Opah in the Family Al Quran Challenge, 2011

Monday, August 13, 2012

Pasrah dan doa untuk Mama

Agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah Islam, namun sudah sampai masanya kita meneliti sama ada sistem perkhidmatan hospital dan pengurusan pesakit mempunyai polisi yang selari dengan ajaran Islam itu sendiri dalam perkara "mercy killing".

Kebetulan topik mercy killing ini adalah tugasan subjek commercial law yang diberikan oleh Prof Misbahul Hassan semasa penulis menuntut ilmu perundangan tahun 3 di UIA PJ yang melibatkan isu penjualan organ dan darah - sama ada kontrak seumpama itu sah dari segi perundangan sivil atau syariah dan juga diselitkan bab mercy killing yang pada pemikiran penulis ketika itu, mungkin penulis tidak akan terlibat dengan perkara ini . 

Setahu penulis, antara perkara yang dijaga oleh Islam adalah nyawa, harta, maruah dll, tapi amat sedih dan pilu hati ini apabila dimaklumkan untuk kes penyakit yang sukar untuk disembuhkan, jalan yang terbaik adalah untuk memberhentikan terus sokongan dan bantuan agar pesakit dapat terus hidup. Sila teliti fatwa yang dikeluarkan oleh ulama muktabar didalam dan diluar negara mengenai perkara ini dan anda akan dapati kesemuanya akan memihak kepada sokongan dab bantuan kepada pesakit. Lainlah sekiranya pesakit telah mengalami kerosakan otak, tidak boleh bercakap, memberi apa-apa isyarat  atau dan tidak lagi memberikan sebarang tanda bahawa pesakit masih hidup.

Bagi fatwa yang dikeluarkan di Malaysia anda boleh layari
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing


Soalan seorang doktor berbangsa cina kepada ayah penulis -

"What about the other plan?"
"What other plan???"

Semasa penulis menjaga ibu penulis yang sedang tidur, seorang doktor memberikan komen - "Tengok la ... kalau patient hidup pun, macam ni la keadaan dia.."
 
Sengal betul doktor-doktor ni... ini mesti plan mercy killing! Islamic ke?

Ada satu ketika ibu penulis sedang berehat tetapi masih sedar, datang doktor pakar bius yang menaikkan tahap ubat tahan sakit dari level 2 ke level 7 dan mengakibatkan ibu penulis tidak sedarkan diri. Ayah penulis membantah perbuatan ini dan bertanyakan kenapa ditambah ubat penahan sakit sedangkan ibu penulis tidak mengadu apa-apa kesakitan? Yang patut ditolong dan ditambahkan level ubat penahan sakit adalah pesakit yang berjiran dengan ibu penulis yang baru dipotong kakinya yang tidak berhenti-henti mengadu kesakitan. Jiran kami ini tak pula diberikan ubat tahan sakit? Kenapa orang yang sakit tak diberikan ubat tapi ibu penulis yang dapat? Pelik betul. Oleh kerana dokor pakar bius tidak dapat menjawab soalan yang ditanya ayah, maka level ubat penahan sakit dikurangkan kembali kepada tahap 2.  Apabila kami check di Internet, ternyata tindakan menaikkan dosage ubat bius boleh menyebabkan kerosakan organ si pesakit bermakna ini adalah cubaan untuk indirect mercy killing!!!

Menurut pemerhatian penulis dan keluarga, berkemungkinan kerana fatwa yang dikeluarkan di Malaysia ini masih baru, rata-rata pasukan doktor yang merawat ibu penulis tidak ada pengetahuan mengenainya. Menurut doktor yang sedang  menjalankan houseman pula, mereka hanya menurut arahan superior officer mereka. Maka, ayah penulis pun khabarnya telah memaklumkan kepada mereka mengenai perkara ini. Hal ini tidak akan berakhir dengan pesakit/keluarga pesakit menandatangani surat persetujuan untuk memberhentikan rawatan, namun ianya akan tetap dipersoalkan diakhirat kelak tentang usaha dan ikhtiar yang telah dijalankan. Semua dapat saham. Maka benarlah saranan agama agar tidak meletakkan harapan kepada manusia (doktor) kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah. Kita dianjurkan untuk terus berusaha, bukan dengan mengambil jalan mudah dan terus berputus asa dari rahmat Allah. Semoga barisan doktor kita di masa hadapan dapat mengambil iktibar dari perkara ini. Bayangkan berapa ramai pesakit sebelum ini yang menerima nasib ditamatkan "talian hayat" mereka sedangkan mereka masih boleh dirawat.

Dalam pada masa yang sama wujud pertembungan di antara perubatan sains moden dan perubatan alternatif. Rata-rata perubatan sains moden seolah-olah menolak cara perubatan alternatif. Namun hasil kajian mengenainya speaks for itself.

http://unisza.academia.edu/MohdRazifShahril/Papers/709620/The_use_of_complementary_and_alternative_medicine_among_Malay_breast_cancer_survivors




Extract from one of the many Ministry of Health Policies. 
Yes we have policies, but:
1. are they Islamic?
 2. Do you really follow your own policies?
3. Do you really adhere to your ISO Quality Manual?

Penulis tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana ianya melibatkan kes ibu penulis sendiri yang kini, walaupun masih boleh berinteraksi dengan kami, beliau kini bergantung kepada sokongan bantuan pernafasan untuk terus hidup. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah tempat kita kembali.

Salah satu modul ESQ165 yang penulis, isteri dan bonda pernah hadiri adalah mengenai saat-saat kematian menjemput kita. Apalah yang perlu dikhuatiri... 100 tahun yang lalu, kita sebagai seorang individu tidak ada. Kita asalnya benda yang tak bernyawa. Tidak pernah hidup, kemudian ruh ditiupkan semasa kita di alam ruh dan kita dilahirkan ke dunia dan dipertanggungjawabkab dengan suatu amanah oleh Allah. Sekiranya kita telah menjaga amanah tersebut sebaik mungkin, sewajarnya kita tidak gelisah apabila kita meninggalkan dunia ini. Sewajarnya kematian itu menjadi kerehatan untuk kita dari terus melakukan dosa. Wallahu a'lam.

Ya Allah, dibulan Ramadhan yang mulia dan doa dikabulkan ini, hamba Mu yang lemah dan hina ini dengan tangisan air mata kehinaan menadah tangan kepada Mu memohon agar diberikan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada Bonda Hajjah Zaharah Arshad. Ya Rabb, Anta Shafi, berikanlah kesembuhan kepada Bonda. Kau ampunilah segala dosa dan kesalahan Bonda dan rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Salam sejahtera kepada Bonda semasa Bonda dilahirkan ke dunia. Salam sejahtera kepada Bonda dihari kematian mu dan salam sejahtera kepada Bonda dihari kebangkitan kelak. Tetapkanlah iman didada Bonda. Sekiranya takdirnya perpisahan kita, Ya Rabb kau pertemukanlah Bonda kembali dengan Ayahandaku Abdul Wahab Johar dan rahmatilah kami dan kumpullah kami sekeluarga dalam Jannah mu berserta dengan para ambia', siddiqin, shuhada serta solehin. Lapangkan dan luaskanlah kuburnya serta lindungilah dia serta kami semua mukminin dan mukminat dari fitnah kubur serta dijauhi seksa neraka. Tetapkanlah kakinya di atas titian Sirat. Tinggikanlah darjatnya disisi Mu Ya Arhaman Rahimin, Irhamna ala ibadihis Solihin. Aamiin.

Friday, August 03, 2012

Doa Nabi Ayyub A.S.

http://superstage.blogspot.com/2012/02/ringkasan-kisah-nabi-ayub-as.html

Link kepada blog entry nukilan penulis di atas ini di rujuk.

Semasa santai di Masjid Negeri Shah Alam pagi tadi penulis serta hadirin yang menghadiri ceramah telah diijazahkan dengan doa Nabi Ayyub A.S. Menurut kisahnya, Nabi Ayyub hendak diuji oleh Iblis dengan menimpakan bermacam-macam dugaan, antara lainnya melalui cobaan penyakit-penyakit berat sehinggakan para ahli sejarah Islam dan mufassir menyatakan sehingga ke hari ini tiada penyakit berat ditimpakan kepada ummat manusia yang setara dengan berat dan azabnya penyakit yang pernah ditimpakan kepada Nabi Ayyub A.S.

Sehinggalah suatu ketika ketika Nabi Ayyub A.S. menunaikan solat, keluar berjatuhan ulat-ulat dari kepalanya ketika baginda sujud. Apabila selesai solat, Nabi Ayyub mengutip semua ulat-ulat tersebut dan  meletakkannya kembali dikepala beliau. Perbuatan baginda diperhatikan oleh para malaikat yang kehairanan bertanyakan kepada baginda, kenapa kamu berbuat demikian ya Nabi Allah?

Jawab Nabi Ayyub, sekiranya ulat-ulat yang berjatuhan tadi ini ini dibiarkan melata sendiri diatas tanah dan tidak dikembalikan kepada tempat mereka memperolehi rezeki dikepalaku nescaya matilah mereka kelaparan. Aku tidak mahu dipertanggungjawabkan atau terhalang dari masuk ke syuga yang dijanjikan Allah hanya disebabkan kelalaian aku menyebabkan walau seekor pun ulat-ulat ini mati.

Malaikat kemudiannya pergi mengadap Allah S.W.T. memaklumkan kejadian tersebut dan memohon agar  penyakit-penyakit badani yang dideritai Nabi Ayyub A.S. disembuhkan. Maka Allah berfirman kepada malaikat, supaya pergi memaklumkan Nabi Ayyub A.S. bahawa Allah akan memberikan penyembuhan penyakit kepada baginda dan apa yang perlu Nabi Ayyub A.S. lakukan hanyalah berdoa kepada Allah memohon untuk memberikan penyembuhan.

Maka pergilah malaikat bertemu Nabi Ayyub A.S. memberikan khabar gembira tersebut, Namun yang menimbulkan rasa pelik dan hairan para malaikat adalah apabila Nabi Ayyub A.S. TIDAK berdoa memohon agar baginda disembuhkan seperti apa yang disarankan oleh malaikat, tetapi baginda hanya sekadar mengadu perihal penyakitnya kepada Allah! Baginda berdoa: 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Kisah ini menunjukkan sangat tinggi iman dan kesabaran Nabi Ayyub A.S. dalam menghadapi ujian Allah.

Nota renungan/iktibar: 
  1. Nabi Ayyub A.S. hanya mengalami penyakit badani, tapi dari segi rohani, beliau sihat walafiat kerana mengingati Allah dan menunaikan perintah Allah. Berapa ramai diantara kita yang sihat tubuh badan, tak cukup dengan mengamalkan pemakanan sihat - ditambah lagi dengan pemakanan vitamin dan lain-lain zat itu ini tetapi masih gagal, enggan cuai dan/atau lalai untuk menyedari hakikat bahawa rohani kita sebenarnya sakit tenat!
  2. Hanya dizaman moden ini dibuktikan bahawa ulat-ulat hanya memakan sel-sel yang telah mati dan ini mempercepatkan pertumbuhan sel-sel badan yang masih baik untuk regenerate. Yang dapat nama adalah penyelidik-penyelidik dizaman moden sedangkan kisah Nabi Ayyub A.S. yang dipaparkan didalam AlQuran sering dilupakan. Wallahuaklam.

Thursday, August 02, 2012

Doa untuk Ramadhan

Sesiapa yang pernah mengerjakan Haji, Insya Allah pasti pernah bertemu dengan doa yang dikongsikan bersama dibawah ini. Semoga ianya dapat dipergunakan sebaiknya oleh pengunjung blog.

Wednesday, August 01, 2012

Kisah Qabil & Habil versi Melayu

Suatu hari dibulan Ramadhan 3 tahun yang lalu. 

S: (via office telephone) I need your expert opinion...NOW!
A: Aku tengah sibuk kerja ni.. banyak agreement nak baca... Apasal.... Ko sakit ke?
S: Sakit.... sakit jiwa.....MARAH... feel like kicking somone's ass!...........
A: naper? (kehairanan)
S: Some smart motherfuc*** nak sapu gfriend aku!
A: Huh! (silence for a while).....Sabar bang...ko nak aku advise apa? (in a cheerful voice) ....I don't think I can help you on this?
S: I want you to tell me it is okay if I were to kil** this guy.

A: (silence)...er.. um...  will do not advise doing that....This is just a joke kan? hahahah....
S: Abih tu hang nak aku buat apa lagi!!!!!!!!!! Aku dah tak boleh tahan. Tadi aku dah pancitkan tayar & pecahkan windshield kete dia kat parking lot...aku rasa tak cukup lagi ni........Bab* betul!
A: (silence) ...oh sorry...  Istighfar bang... mengucap banyak-banyak....
S: (kept on mencarut-carut and screaming like mad)
A: Sabar bang... please listen to me. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...enough with the expletives..
S: Hikmah HAPA kebendanya? malam ni pecah kepala mamat sia* tu aku kerjakan......
A: Sabar... sabar tu separuh dari iman...ini kan bulan puasa.... pi take five ...ngaji AlQuran tu sekejap...
S: Sabar dapat HAPA bang.. baca AlQuran dapat HAPA bang? Diam aje... tak melawan. Macam citer ko dulu tuh....lembik ...tak berdaya.. nangis aje yang lebih.  Fikir Z, hang dari dulu sokong pembangkang, apa hang dapat? Sejarah ditulis oleh mereka yang MENANG!!! Takde siapa dalam dunia ni yang bersimpati dengan orang yang KALAH!!!!
A: (Marah - speaking in a loud voice) HABIH TU KO NAK JADI MACAM KISAH QABIL DAN HABIL!  BERBUNUH-BUNUHAN SEBAB PEREMPUAN...... BE MY GUEST!! ESOK  KALAU KO KENA CHARGE BUNUH ORANG, KO JANGAN CARIK AKU!!! (terus hang-up the phone - sebab satu opis tersentak).

After 30 minutes -  Restless.

A: AstahgfirullahilAzim. Ya Allah, betulkah apa yang aku cakap ni??? (deep regret). Kalau mamat ni betul-betul  pedajal mamat lagi satu tu macam mana.......!!!

********
"Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil. Atas alasan apakah engkau hendak membunuhku?" 

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu." 

[Note: both guys end up masuk lokap. Dua-dua kena charge causing grievous hurt, damage to  property dan kacauganggu (nuisance) di tempat umum. The girl turned out to be a very slick pisau cukur. Khabarnya she had passed away early this year - reasons unknown. My friend, It has been three years and we are still not in good terms. Wherever you are now, if you are reading this... I just want to say these words to you - So much for your "mereka yang menang" theory. Siapa yang sebenarnya menang - Iblis dan Shaitan].