Monday, July 02, 2012

Resurrecting Windy (Nie Feng)



"Ikan emas di dalam kolam melompat menjadi Naga bila Awan bersatu dengan Badai..."

Akhirnya, setelah berehat hampir 2 tahun lamanya, projek untuk menghidupkan kembali Windy yang dah lama tersadai diperkuburan basikal, nick named si Penjejak Badai bermula. Windy adalah sebuah folding bike milik penulis yang lama berehat setelah kehadiran Cloudy (si Penjejak Awan) berjenama Dahon. Windy, a pre-owned folding bicycle, dibeli a few years ago di Johor Bahru. Berbadan besi chromoly, Shimano 6 kelajuan dan berbekalkan 2 tayar saiz 20 inci.

Nama Windy dan Cloudy adalah nama yang diberikan pada kedua-dua basikal lipat tersebut. Windy memang dari mula beli basikal tu dahulu sudah tertulis namanya pada frame basikal. Sementara Dahon Curve D3 yang dibeli kemudian sebagai hadiah ulangtahun penulis daripada isteri berwarna putih kod nama warna yang diberikan oleh Dahon, pengeluar basikal tersebut sebagai "Cloudy". There you have it. Tak disengajakan pun. Windy is quite ugly in appearance but very practical. It gets the job done and is very efficient with its 6 gears and bigger tires. Solid dan sangat tahan lasak. Cloudy is so different... curvy, small, stylish, ringan (aluminium body) and amat sedap mata memandang. Ramai orang akan menegur penulis kalau menunggang Cloudy. If you are the shy type of person, jangan menunggang Cloudy. Beware : it is a people magnet!!! Ada juga anak gadis ingin berkenalan dengan penulis (alasan aje tu nak pinjam try basikal) or nak saing sama-sama naik basikal setiap kali penulis berkayuh sekurang-kurangnya 3 pusingan Taman Tasik Shah Alam. Belum campur kawan-kawan yang mengelarkan penulis the bicycle lawyer. Depa tak percaya sambil membeliakkan mata kepada penulis ... "Really? You CAME to the office on THAT!!!". Cuma Cloudy ada had beban pengendara - mesti tak lebih 100kg. Kalau lebih, bahaya! Anda boleh terlipat macam lepat!

Kisah komik Pedang Setiawan yang pernah diminati penulis juga mengisahkan tentang 2 karakter utama iaitu Pejejak Badai dan Penjejak Awan. Read about it here. Jurus hikmat Penjejak badai yang paling penulis minati would be "Ranting Lembut Pokok Pic" dan "Sejuk Mata Pedang Dingin hati". In the late 90s komik lukisan Ma Wing Shing yang seakan-akan hidup ini ini was made into a blockbuster movie - The Storm Riders. Later ada sequal. - the Storm Warriors. Ada gak tv series dan game komputer (dalam bahasa cina). Now you know the nick names of my folding bikes,  I suppose you can now accurately guess the nick name of my third bicycle. It is a huge and heavy mountain bike. hehehe! 

Now, back to the real world...

Berbekalkan Manual Mekanik Basikal Barnett yang comprehensive gile... yang dimuat turun dari Internet (Highly technical, fuh...memang basikal ni adalah ciptaan kejuruteraan manusia yang sangat mengagumkan. Penulis hanya d/l dan membacanya sekadar untuk menambahkan ilmu sahaja... bukan nak buka kedai repair basikal.. no not yet.. menarik juga ye) pembedahan dilaksanakan dengan membuka semua tayar, drum brek, seat post dan menceraikan bahagian-bahagian untuk mengenalpasti tahap kerosakan dan untuk membaikpulih semula. Hasil operasi menunjukkan bahawa:

1. kesemua ball bearing hub tayar depan belakang dah sampai masa untuk digantikan - tambahan pula ballbearing dah makan cone dan cup retainer hub basikal, walaupun hub penuh dengan minyak gris. Kemungkinan besar kedai basikal dulu pasang ketat sangat!. Iyelah, nasib basikal import terpakai dari jepun.

2. Tayar depan dan belakang dan kena aging rot (sakit tua). Memang boleh pakai lagi, tapi ada ribuan lubang-lubang halus pada side wall tayar. Kalau terkena duri wajib tembus tayar dan mengakibatkan pancit;

3. Bottom Bracket, gear shifter dan brek drum dan tiub basikal masih dalam keadaan baik;

4. A few parts dah mula berkarat... nak kena gosok dengan kertas pasir, sapu minyak or maybe a minor paint job (?) kalau cantik sangat nanti kita park mana-mana kena "sapu" la pulak beskal. maybe biar dalam keadaan sedia ada je. 

5. Chains and rear derailleur needs some minor lubrication jobs. 

Yesterday, pi ke Kedai Basikal TTDI Jaya untuk beli spare parts. Kedai basikal ini dimiliki oleh muslim bumiputra. Tokay kedai is nice a lady and the bicycle mechanics adalah anak-anak lelaki tokay kedai. The owner is very knowledgeable on bicycle parts. She even suggested me to replace the loose bearings dgn bearing cincin untuk hub depan. Kalau hub belakang, masih wajib gunakan loose bearings and pack everything in grease. Bagus juga floor stocking kedai ni. Macam-macam jenis basikal ada. Harga tayar dan tiub pun amat berpatutan. Jauh lebih murah dari kedai apek Section 11. Kat kedai Apek tu I bought two 16 inch tubes for Cloudy for RM12 per item. Kat kedai Basikal TTDI Jaya, satu tiub cuma RM8.00 aje. I brought along the rear wheel yang dah togel save for the gears dan drum brake untuk tukar the shaft yang dah makan dalam tu... minta adik tu serviskan. Sekejap aje dah siap... tak sampai pun lima minit. Bought myself a new 20 inch roadie tyres brand piranha (tak pernah jumpa sebelum ni)... the lady owner tu mula-mula kasi knobby tires, dia ingatkan aku nak repair basikal BMX kot...  haha!

Balik rumah, check balik rasanya adjustment hub adik tu buat rasanya ketat dan pusingan roda tersekat-sekat. penulis adjust sendiri... wah! bagus betul Manual Barnett ni. Sangat comprehensif. Pasang sendiri tayar baru. Setakat ini tayar semua dah dipasang kembali pada rim. Dalam minggu ni nak pasang balik semua basikal tu. Selama ni pi opis naik Cloudy. Nak cuba naik Windy pula... Naik Cloudy, bab naik bukit inclination 40% memang fail sebab gear tiga aje. Jenuh gah pi MTB.. MTB yang dirujuk di sini bukan akronim "Mountain Bike" tapi "Mari Tolak Basikal!!!

Man jadda wajada... tak sia-sia penulis berbasikal. Managed to lose 1.8kgs and mara ke pusingan selanjutnya Program Losing Weight  challenge, walaupun tak pernah sekalipun ikut pergi ke gym bersenam. Khabarnya ramai gak yang tersingkir! Kan betul kata pepatah arab, AlAqlu Salim fi Silmis salim! Walau apapun, baju hujan dah siap... come what may, I shall ride home either using Windy or Cloudy......for I am truly a Storm Rider - muahahahahah... (gelak ala Wira Utama). Teringat zaman budak-budak dulu, balik rumah mesti kena marah sebab naik basikal dalam hujan lebat. Sekarang takde siapa nak marah kita, moh kita gelak pula!!!

Before I sign off... ku perturunkan ilmu jurus hikmat buah penamat yang diperolehi hasil penulis berlatih jurus basikal. Amat berguna untuk dunia dan akhirat. Jangan anda sangka berbasikal ni hanya untuk kesihatan fizikal dan destress yourself sahaja - ada juga terselit didalamnya ilmu untuk menenangkan hati.

Compare and contrast. Perhatikanlah burung yang terbang. Allah yang menjadikan burung berupaya terbang. Maha Suci Allah menjadikan segala sesuatu dengan sempurna. Sementara Basikal adalah ciptaan manusia. Ilham penciptaan basikal berasal dari Allah jua apabila manusia meneliti hukum alam seperti graviti, daya gerakan, daya kilasan, kajian atas struktur bahan untuk dijadikan frame basikal. Penggunaan hasil getah untuk dibuat tayar dan brek. Sedangkan besi yang keras pun manusia berupaya gunakan untuk membuat spring untuk sistem suspensi. Hakikatnya kehidupan kita sama seperti menunggang basikal. Kita perlu sentiasa bergerak dan berusaha dan sentiasa berusaha untuk kekal berada dalam keadaan yang seimbang. Yes, balance is the key untuk terus maju ke hadapan. Kalau kehidupan kita ini tidak dapat diseimbangkan, kita akan jatuh tersungkur menyembah bumi dan mengalami kecederaan. Basikal serupa macam manusia, kelak akan hancur musnah jua. Kulla Man Alaiha Faan...Wa Yabqa wahju Rabbika Dzuljalaali wal ikram.  Setiap benda adalah fana. Tidak kekal abadi kecuali zat Allah. Maka kesimpulannya, kita kena balancekan dunia dan akhirat dalam menjalani kehidupan ini. Wallahu a'lam. Semoga catatan ini, antara hiburan dan gelak ketawa, dapat memberikan sesuatu yang berfaedah untuk anda fikirkan. 


Selamat berlatih jurus basikal kepada para pengunjung blog yang penulis hormati..

No comments: