Popular Posts

Wednesday, July 04, 2012

Remembering the 4th of July


Tentera Salib berjaya ditewaskan oleh Salahudin Al-Ayubi di Hittin pada hari ini 4 Julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

4th of July juga adalah tarikh yang dipilih oleh rakyat Amerika sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari penjajahan Inggeris.

4th of July 1995 juga adalah hari pertama penulis mula bertugas sebagai full fledged corporate lawyer di salah sebuah firma guaman korporat (pada ketika itu bertempat di tingkat 43, Menara Maybank) setelah beberapa bulan tamat menjalani latihan dalam kamar dan kemudiannya diterima masuk dalam daftar rai peguambela dan peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya.

How time flies...   

Penulis teringat keseronokan bermain network games "Age of Empires" bersama dengan rakan-rakan yang lain lepas balik dari opis... melepaskan stress kerja. Game ini yang dihasilkan Microsoft. Ada simulation dan role play taktik perperangan era Salahuddin Al-Ayubi dan dalam game tersebut ada ceritera ringkas sifat golongan mukminin oleh seorang nasrani yang dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubbi. Kalau tak salah, a few months ago ada produksi filem turki yang membuat semula filem mengenai Salahuddin Al-Ayubbi. Bila gamaknya filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia? Dah terlalu lama filem arab lama diulang tayang...

No comments: