Popular Posts

Friday, July 27, 2012

Hadiah yang istimewa


Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  ku ajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.

Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rakaat, setiap rakaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rakaat pertama, tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.

Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Thursday, July 26, 2012

Kisah Uwais Al-Qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin adalah seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Peta menunjukkan jarak antara Mekah dan Yaman

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

[Nota: terdapat percanggahan riwayat - dalam riwayat yang lain, ada yang mengisahkan bahawa tanda sopak yang tinggal pada badan Uwais al-Qarni adalah di tapak tangan].

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Tuesday, July 24, 2012

Coffee with friends

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full.

They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with an unanimous "yes."
The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

"Now," said the professor, as the laughter subsided, "I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things-your God, family, your children, your health, your friends, and your favorite passions-things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full. The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car. The sand is everything else-the small stuff. "If you put the sand into the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take time to get medical checkups. Take your partner out to dinner. Enjoy sports, biking, fishing, photography, hiking etc. There will always be time to clean the house and fix the disposal."

"Take care of the golf balls first, the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand."

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled. "I'm glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a true friend."

Thursday, July 19, 2012

The price for failing to take or instruct legal action..


From thestar.com.my

KUALA LUMPUR: The former CEO of Sime Darby Bhd was slapped with two counts of criminal breach of trust involving about RM100 million over the acquisition of native customary rights land (NCR) in Sarawak.

In the first charge, Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid was said to have dishonestly failed to take or instruct legal action to rectify the award of the NCR lands to Vertical DRive Sdn Bhd, causing Sime Darby losses amounting to RM85 million.

He was charged with an alternative charge of cheating Sime Darby's board of directors by omitting to inform the Board that the land had been awarded to Vertical Drive, thus causing wrongful loss to Sime Darby.

In a second charge, the 55-year old was charged with failing to take legal action to rectify the award of the NCR land to Nature Ambience Sdn Bhd, causing Sime Darby losses of RM16.8 million.

In the alternative charge, Zubir is said to have cheated the Board of Directors by omitting to inform the Board that the land had been awarded to Nature Ambience,  causing wrongful loss to Sime Darby.

He claimed trial to all the charges.

***************
This is great news to all in house legal counsels. Lepas nasihatkan depa to take action, kita selamat, so long as ada black and white. I know some friends yang make copies of their legal advise untuk simpan di rumah. Lebih selamat. Sebab apa-apa hal sekalipun, yang kelak akan dijadikan scapegoat adalah lawyers - macam skandal PKFZ - orang kena tuduh conveniently jawab dalam mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara tak advise untuk ambil tindakan. Sesungguhnya files or legal opinion letters boleh "hilang" secara misteri. Macam misteri nusantara. Dulu pernah terdengar juga kawan-kawan yang menerima arahan dari pihak atasan syarikat sendiri bahawa, orang-orang tertentu yang dah sah buat salah pada syarikat "dikecualikan" dari diambil tindakan. Now why not we get confirmation in writing from these people, "arahan" depa as if syarikat ini depa yang punya. Esok kalau kena naik mahkamah, these evidence will be relevant.

Tuesday, July 17, 2012

Resepi Steamboat AKU punya!




Gambar-gambar  diatas adalah hiasan sahaja. Adalah satu hari tu penulis bawa dapur gas portable yang banyak berjasa ke pejabat untuk menjamu hidangan steamboat sempena persaraan Kak Habsah. Memang konpirm saentero President Office kehebatan steamboat penulis. Terbau-bau harum sampai ke tingkat-tingkat lain!

Alkisah...dah lebih 10 tahun penulis tak menjejakkan kaki ke Restoran Steamboat. Sebabnya - senang sangat nak buat steamboat sendiri. Resepi ni penulis dapat hasil membodek chef restoran Johnny. Sekali makan 4 org kena paling kurang RM40.00 terbang. Kalau banyak kali makan... hah.. macam mana! So apalagi kita tanyalah killer ingredient steamboat ni apa dia. Rahsianya terletak pada akar ketum dan minyak bijan (satu sudu kecil yang dimasukkan sebelum steamboat mendidih).

APA! Akar pokok KETUM?

Betul ke apa yg aku dengar ni Zaws?

Iya...

KETUM!... KETUM!

Sungguh! aku tak bohong!
..

..

..

Ketumb-AR la!!! (apa korang ingat aku dah gila letak benda kasi korang khayal). Insya Allah semuanya halalan thoyyioban. La ni masa entry ini ditulis, orang kat opis tengah merasa steamboat yang aku masakkan utk depa.


Ramu Steamboat

Daun ketumbar
Akar ketumbar racik halus (paling penting sekali)
Sotong/ udang/ayam – stok
Ikan bilis segenggam diblender
Cili segar 6 biji tumbuk halus or cili serbuk
Bawang putih 2 ulas potong halus
(rebus sampai mendidih)

(dah tak perlu garam ye - sebab bahan-bahan steamboat bila direbus akan keluar rasa masinnya).

Lepas mendidih baru kome masuk bahan-bahan steamboat yg berbagai-bagai jenis tu.Sayur daun last sekali. Sayur bila layu baru dah boleh makan, tak sedap!.

Optional - letak bawang goreng.

Peringatan: kalau pakai sotong, jangan kome rebus sotong lama sangat. Nanti liat komplen tak sedap. Setakat keluar bau tu keluarkan sotong tu.

Sos Steamboat

6 biji cili merah segar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan cuka
1/3 cawan air
Garam dan gula to taste secukup rasa
(Blend semua di atas)

1/2 sudu kacang tanah (tabur atas sos)
Bijan tabur
Daun ketumbar racik halus - tabur

Monday, July 16, 2012

Marhaban Ya Ramadhan & Petua amalan penulis

Ramadhan semakin hampir...

Amat terasa sekali.

Alhamdulillah cuti separuh hari setiap hari jumaat pagi sempena bulan yang mulia ini telah boss luluskan. Macam mana nak kejar masa di usia yang semakin berkurangan ini? Tak ada pilihan lain lagi.

Last saturday my wife attended a conference held in Putrajaya. The speaker is no other than Dr Muhaya. Antara perkara yang dikongsi bersama adalah mengenai petua bagaimana untuk memperoleh wibawa dan kepercayaan dari anak-anak. Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita india yang turut berkongsi pengalaman. Wanita india ini tinggal berjiran dengan seorang imam masjid. Beliau ada meminta nasihat dari Pak Imam mengenai perkara diatas.  

Cerita my wife, petuanya mudah sahaja. Suapkan anak-anak kita makan.

Penulis terdiam seketika. 

Teringat nasihat arwah Tokwan mengenai perkara yang sama dan masih penulis diamalkan sehingga ke hari ini. Ianya bukan sahaja diamalkan hanya pada anak-anak penulis tetapi juga kepada kawan-kawan penulis. Anda mungkin salah seorang dari mereka!

Itulah sebenarnya signafikasi upacara suap-menyuap makanan diantara pengantin diupacara perkahwinan. Sayang sekali ramai yang hanya memandangnya sebagai simbolik romantika antara pengantin sahaja & untuk tujuan sessi fotografi sahaja, tanpa mengetahui tujuan asalnya.

Yes, without fail, sejak zaman sekolah lagi, penulis akan sentiasa mencari peluang untuk menyuapkan makanan, be it keropok, fries, ayam KFC, roti, minuman etc kepada kawan-kawan. Mungkin masa tu tangan mereka kotor sebab bermain bola or tangan mereka penuh sebab angkut barang dan macam-macam hal. For my wife, little that she know that I had did that great many times to her. Hanya dia aje dah terlupa! Syaratnya hanya satu sahaja - Jangan lupa baca basmallah dan niat ikhlas kerana Allah. hehehe... jangan risau, penulis tak pernah amalkan jampi-jampi, mengarut kerja khurafat shaitan je tu. These people yang kita suapkan makanan dan minuman pastikan puncanya dari sumber yang halal, tak ambil harta atau hak orang lain. Lebih baik lagi sekiranya ianya datang dari usaha dan kerja keras kita sendiri. Insya Allah, walaupun mungkin ada perbezaan pendapat, anak-anak dan rakan-rakan kita akan mendengar dengan teliti dan mempertimbangkan kata dan nasihat kita. Sama ada depa ikut atau tidak, itu tak jadi soal sebab mereka boleh fikirkan sendiri.

Bahkan orang bangsa Inggeris pun ada idiom "bite the hand that feeds you" yang bermaksud "to treat someone badly who has helped you in some way, often someone who has provided you with money etc". Hakikatnya, hanya makhluk yang tak ada atau kurang akal fikiran sahaja atau under undue influence / tak dapat membuat keputusan dengan bebas sahaja yang akan berbuat begitu.

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan ini, doakanlah semoga kita semua dikurniakan kesihatan untuk menjalani ibadat sempena bulan yang dirindui ini. Amiin.

Wednesday, July 11, 2012

To forget and forgive


Kak Yong,

I do share your sentiments. But if one really cannot forget, you must take proactive steps. Do something else to fill the void. Tears may fall, but do take that great vacation, play a game, read a good book, go for a swim, ride a bicycle, take up a new hobby, go fishing, pray, read the AlQuran...etc.

Just don't lose your mind.

Thursday, July 05, 2012

Equity - justice exist?

1. Those who comes to equity must come with clean hands.
2. Delay defeat Equity.
3. When there are two conflicting Equities, the first in time shall prevail.

**************************************************
My thoughts exactly:

Those quotations above that I learned when reading law right now asyik bermain dikepala.

Alangkah banyaknya projek yang dijalankan yang terlepas pandang..dapat projek kita sapu aje (mentaliti sapu dulu, lain belakang kira), tanpa memikirkan implikasinya secara keseluruhan.

Perlukah kita mengalah semata-mata untuk memuaskan hati semua orang?
Sanggupkah kita melihat amanah yang diberikan diperjudikan?
Sungguh sukar untuk melaksanakan amanah. Kita dianggap sebagai batu penghalang seolah-olah kita hanya melengah-lengahkan kerja.... sedangkan apa yang dilaksanakan hanyalah langkah keselamatan dan berhati-hati semasa menjalankan tugas.

Kita mungkin akan menjadi tidak popular, malah dibenci ramai, if we stick to our guns. So what gives? It is a sad straits of affairs - nak buat perkara yang baik pun terpaksa bersilat pulut dulu!

Strike Three

Baru mendapat berita gembira... congratulations to my dearest daughter, Zaidatul Husna, the current reigning champion pertandingan bercerita sekolah.... kerana telah dinobatkan sebagai juara pertandingan bercerita untuk TIGA tahun berturut-turut!

Komen dia satu aje... barulah kali ini dia dapat piala penghargaan dari pihak sekolah. Jadi juara kali pertama hanya dapat bag. Hadiah kejuaraan  kali kedua cuma dapat patung koala bear je... 

Wednesday, July 04, 2012

Remembering the 4th of July


Tentera Salib berjaya ditewaskan oleh Salahudin Al-Ayubi di Hittin pada hari ini 4 Julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

4th of July juga adalah tarikh yang dipilih oleh rakyat Amerika sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari penjajahan Inggeris.

4th of July 1995 juga adalah hari pertama penulis mula bertugas sebagai full fledged corporate lawyer di salah sebuah firma guaman korporat (pada ketika itu bertempat di tingkat 43, Menara Maybank) setelah beberapa bulan tamat menjalani latihan dalam kamar dan kemudiannya diterima masuk dalam daftar rai peguambela dan peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya.

How time flies...   

Penulis teringat keseronokan bermain network games "Age of Empires" bersama dengan rakan-rakan yang lain lepas balik dari opis... melepaskan stress kerja. Game ini yang dihasilkan Microsoft. Ada simulation dan role play taktik perperangan era Salahuddin Al-Ayubi dan dalam game tersebut ada ceritera ringkas sifat golongan mukminin oleh seorang nasrani yang dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubbi. Kalau tak salah, a few months ago ada produksi filem turki yang membuat semula filem mengenai Salahuddin Al-Ayubbi. Bila gamaknya filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia? Dah terlalu lama filem arab lama diulang tayang...

Monday, July 02, 2012

Resurrecting Windy (Nie Feng)



"Ikan emas di dalam kolam melompat menjadi Naga bila Awan bersatu dengan Badai..."

Akhirnya, setelah berehat hampir 2 tahun lamanya, projek untuk menghidupkan kembali Windy yang dah lama tersadai diperkuburan basikal, nick named si Penjejak Badai bermula. Windy adalah sebuah folding bike milik penulis yang lama berehat setelah kehadiran Cloudy (si Penjejak Awan) berjenama Dahon. Windy, a pre-owned folding bicycle, dibeli a few years ago di Johor Bahru. Berbadan besi chromoly, Shimano 6 kelajuan dan berbekalkan 2 tayar saiz 20 inci.

Nama Windy dan Cloudy adalah nama yang diberikan pada kedua-dua basikal lipat tersebut. Windy memang dari mula beli basikal tu dahulu sudah tertulis namanya pada frame basikal. Sementara Dahon Curve D3 yang dibeli kemudian sebagai hadiah ulangtahun penulis daripada isteri berwarna putih kod nama warna yang diberikan oleh Dahon, pengeluar basikal tersebut sebagai "Cloudy". There you have it. Tak disengajakan pun. Windy is quite ugly in appearance but very practical. It gets the job done and is very efficient with its 6 gears and bigger tires. Solid dan sangat tahan lasak. Cloudy is so different... curvy, small, stylish, ringan (aluminium body) and amat sedap mata memandang. Ramai orang akan menegur penulis kalau menunggang Cloudy. If you are the shy type of person, jangan menunggang Cloudy. Beware : it is a people magnet!!! Ada juga anak gadis ingin berkenalan dengan penulis (alasan aje tu nak pinjam try basikal) or nak saing sama-sama naik basikal setiap kali penulis berkayuh sekurang-kurangnya 3 pusingan Taman Tasik Shah Alam. Belum campur kawan-kawan yang mengelarkan penulis the bicycle lawyer. Depa tak percaya sambil membeliakkan mata kepada penulis ... "Really? You CAME to the office on THAT!!!". Cuma Cloudy ada had beban pengendara - mesti tak lebih 100kg. Kalau lebih, bahaya! Anda boleh terlipat macam lepat!

Kisah komik Pedang Setiawan yang pernah diminati penulis juga mengisahkan tentang 2 karakter utama iaitu Pejejak Badai dan Penjejak Awan. Read about it here. Jurus hikmat Penjejak badai yang paling penulis minati would be "Ranting Lembut Pokok Pic" dan "Sejuk Mata Pedang Dingin hati". In the late 90s komik lukisan Ma Wing Shing yang seakan-akan hidup ini ini was made into a blockbuster movie - The Storm Riders. Later ada sequal. - the Storm Warriors. Ada gak tv series dan game komputer (dalam bahasa cina). Now you know the nick names of my folding bikes,  I suppose you can now accurately guess the nick name of my third bicycle. It is a huge and heavy mountain bike. hehehe! 

Now, back to the real world...

Berbekalkan Manual Mekanik Basikal Barnett yang comprehensive gile... yang dimuat turun dari Internet (Highly technical, fuh...memang basikal ni adalah ciptaan kejuruteraan manusia yang sangat mengagumkan. Penulis hanya d/l dan membacanya sekadar untuk menambahkan ilmu sahaja... bukan nak buka kedai repair basikal.. no not yet.. menarik juga ye) pembedahan dilaksanakan dengan membuka semua tayar, drum brek, seat post dan menceraikan bahagian-bahagian untuk mengenalpasti tahap kerosakan dan untuk membaikpulih semula. Hasil operasi menunjukkan bahawa:

1. kesemua ball bearing hub tayar depan belakang dah sampai masa untuk digantikan - tambahan pula ballbearing dah makan cone dan cup retainer hub basikal, walaupun hub penuh dengan minyak gris. Kemungkinan besar kedai basikal dulu pasang ketat sangat!. Iyelah, nasib basikal import terpakai dari jepun.

2. Tayar depan dan belakang dan kena aging rot (sakit tua). Memang boleh pakai lagi, tapi ada ribuan lubang-lubang halus pada side wall tayar. Kalau terkena duri wajib tembus tayar dan mengakibatkan pancit;

3. Bottom Bracket, gear shifter dan brek drum dan tiub basikal masih dalam keadaan baik;

4. A few parts dah mula berkarat... nak kena gosok dengan kertas pasir, sapu minyak or maybe a minor paint job (?) kalau cantik sangat nanti kita park mana-mana kena "sapu" la pulak beskal. maybe biar dalam keadaan sedia ada je. 

5. Chains and rear derailleur needs some minor lubrication jobs. 

Yesterday, pi ke Kedai Basikal TTDI Jaya untuk beli spare parts. Kedai basikal ini dimiliki oleh muslim bumiputra. Tokay kedai is nice a lady and the bicycle mechanics adalah anak-anak lelaki tokay kedai. The owner is very knowledgeable on bicycle parts. She even suggested me to replace the loose bearings dgn bearing cincin untuk hub depan. Kalau hub belakang, masih wajib gunakan loose bearings and pack everything in grease. Bagus juga floor stocking kedai ni. Macam-macam jenis basikal ada. Harga tayar dan tiub pun amat berpatutan. Jauh lebih murah dari kedai apek Section 11. Kat kedai Apek tu I bought two 16 inch tubes for Cloudy for RM12 per item. Kat kedai Basikal TTDI Jaya, satu tiub cuma RM8.00 aje. I brought along the rear wheel yang dah togel save for the gears dan drum brake untuk tukar the shaft yang dah makan dalam tu... minta adik tu serviskan. Sekejap aje dah siap... tak sampai pun lima minit. Bought myself a new 20 inch roadie tyres brand piranha (tak pernah jumpa sebelum ni)... the lady owner tu mula-mula kasi knobby tires, dia ingatkan aku nak repair basikal BMX kot...  haha!

Balik rumah, check balik rasanya adjustment hub adik tu buat rasanya ketat dan pusingan roda tersekat-sekat. penulis adjust sendiri... wah! bagus betul Manual Barnett ni. Sangat comprehensif. Pasang sendiri tayar baru. Setakat ini tayar semua dah dipasang kembali pada rim. Dalam minggu ni nak pasang balik semua basikal tu. Selama ni pi opis naik Cloudy. Nak cuba naik Windy pula... Naik Cloudy, bab naik bukit inclination 40% memang fail sebab gear tiga aje. Jenuh gah pi MTB.. MTB yang dirujuk di sini bukan akronim "Mountain Bike" tapi "Mari Tolak Basikal!!!

Man jadda wajada... tak sia-sia penulis berbasikal. Managed to lose 1.8kgs and mara ke pusingan selanjutnya Program Losing Weight  challenge, walaupun tak pernah sekalipun ikut pergi ke gym bersenam. Khabarnya ramai gak yang tersingkir! Kan betul kata pepatah arab, AlAqlu Salim fi Silmis salim! Walau apapun, baju hujan dah siap... come what may, I shall ride home either using Windy or Cloudy......for I am truly a Storm Rider - muahahahahah... (gelak ala Wira Utama). Teringat zaman budak-budak dulu, balik rumah mesti kena marah sebab naik basikal dalam hujan lebat. Sekarang takde siapa nak marah kita, moh kita gelak pula!!!

Before I sign off... ku perturunkan ilmu jurus hikmat buah penamat yang diperolehi hasil penulis berlatih jurus basikal. Amat berguna untuk dunia dan akhirat. Jangan anda sangka berbasikal ni hanya untuk kesihatan fizikal dan destress yourself sahaja - ada juga terselit didalamnya ilmu untuk menenangkan hati.

Compare and contrast. Perhatikanlah burung yang terbang. Allah yang menjadikan burung berupaya terbang. Maha Suci Allah menjadikan segala sesuatu dengan sempurna. Sementara Basikal adalah ciptaan manusia. Ilham penciptaan basikal berasal dari Allah jua apabila manusia meneliti hukum alam seperti graviti, daya gerakan, daya kilasan, kajian atas struktur bahan untuk dijadikan frame basikal. Penggunaan hasil getah untuk dibuat tayar dan brek. Sedangkan besi yang keras pun manusia berupaya gunakan untuk membuat spring untuk sistem suspensi. Hakikatnya kehidupan kita sama seperti menunggang basikal. Kita perlu sentiasa bergerak dan berusaha dan sentiasa berusaha untuk kekal berada dalam keadaan yang seimbang. Yes, balance is the key untuk terus maju ke hadapan. Kalau kehidupan kita ini tidak dapat diseimbangkan, kita akan jatuh tersungkur menyembah bumi dan mengalami kecederaan. Basikal serupa macam manusia, kelak akan hancur musnah jua. Kulla Man Alaiha Faan...Wa Yabqa wahju Rabbika Dzuljalaali wal ikram.  Setiap benda adalah fana. Tidak kekal abadi kecuali zat Allah. Maka kesimpulannya, kita kena balancekan dunia dan akhirat dalam menjalani kehidupan ini. Wallahu a'lam. Semoga catatan ini, antara hiburan dan gelak ketawa, dapat memberikan sesuatu yang berfaedah untuk anda fikirkan. 


Selamat berlatih jurus basikal kepada para pengunjung blog yang penulis hormati..