Tuesday, May 29, 2012

Cara menentukan arah kiblat arah matahari terbenam


Hanya boleh digunakan pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang waktu standard Malaysia setiap tahun.

1. Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata.

2. Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang.

3. Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari. 

4. Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio.

5. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur.

Maka, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

No comments: