Popular Posts

Sunday, April 29, 2012

Post mortem untuk BERSIH 3.0

Oh  blimey... I missed the date... tapi takpe... aku tak mungkin dapat menghadirkan diri, sebab aku pada hari bersejarah ini mengistiharkan kepada saentero dunia bahawa aku ini adalah penyokong tegar segala tindakan SPR! 

Hidup SPR!!!

Percayalah cakap aku....perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya TAK PERLU diadakan.... tak perlu dengar dakyah pembangkang. Media massa semua kata depa tu penipu. Sebaliknya kita WAJIB pertahankan SPR sebab aku dimaklumkan sejak azali lagi dah memang bersih dan suci lagi menyucikan. Sungguh...Kalau daftar pemilih nama bertindan dah memang jadi tradisi kita puluhan tahun. Adalah menjadi tradisi kita  membela rakyat tanpa mengira kaum, tak kira yang masih hidup atau yang telah mati. Tak salah, kita cuma ikut precedent. Orang yg dianugerahi sijil mati pun masih berpeluang mengundi - kita patut berbangga tentang keistimewaan yang hebat di negara ini. Apa salahnya kalau ada pengundi hantu atau pengundi import. Janji cukup syarat depa ada IC biru. Mana depa dapat IC biru aku tak kisah dan tak ambil pot. Malaysia kan tersohor dimata dunia. Dijamin Bersih dan suci! 

Nak kata HALAL..entah.. nak kata HARAM.. aku tak berani cakap.. nak senang cerita pi suruh JAKIM bikin satu standard "HALAM". 

Posisi kita yang unik ini benar-benar menjamin keadilan dan hak yang sama rata kepada orang yang hidup dan juga hak mereka yang telah MATI. Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pun sepatutnya ambil iktibar kemajuan kita ini yang tiada tandingnya!

Alang-alang SPR benarkan membiarkan orang dah mati boleh mengundi aku juga ingin menyarankan agar orang mati zaman sebelum penjajah waima org mati zaman Nabi Musa atau sebelum banjir zaman Nabi Nuh pun SPR registerkan sebagaikan pengundi agar pilihanraya kita kelak lebih meriah... Kita kan ada banyak ahli kaji purba di Malaysia. Sekurang-kurangnya Perak Man kat Gua Lenggong tu dapat diberikan peluang untuk mengundi. Tak lupa juga pada pejuang bangsa yang menentang penjajahan dan juga segala penjajah sekali boleh SPR consider termasuk JWW Birch, JW Marriot (?), Lopez de Squera dan angkatan perang zaman Jepun dan zaman Belanda pun boleh kita berikan kerakyatan dan boleh dapat hak mengundi... syaratnya depa kena mati dalam Malaysia, tak kisah sebab perang ke apa ke.. Cepatlah bertindak SPR sebelum terlambat....kome kena buat ziarah segala kubur-kubur saentaro negara... catat maklumat kat segala batu nisan untuk pendaftaran...Kan adil kalau begitu? Lepas ni arwah Opah dan Tok kita semua boleh dapat peluang untuk mengundi... hebat! Satu sejarah tercipta! Bangga betul aku jadi rakyat Malaysia.
 
Oh ya... aku juga mencadangkan agar Pengerusi dan Timbalan SPR, juga kesemua yang kerja dgn SPR patut register jadi ahli KESEMUA parti politik di Malaysia. Nak join jadi ahli parti politik luar negara pun amat dialu-alukan sangat. Barulah adil untuk semua.

Maka...marilah kita laungkan bersama-sama ...... HIDUP SPR!!!...

Sungguh... aku tak marah kat SPR... bahkan aku rasa...1Malaysia patut sokong perjuangan murni ini.

No comments: