Popular Posts

Wednesday, April 04, 2012

Perodua Lagenda

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan ke hulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"a'ha rosak... bateri kong gamaknya takleh hidup engin"jawap pakcik tu.

"ok, cam nie, saya ada cable nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari ,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu...dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

No comments: