Tuesday, April 24, 2012

Punca Kuasa

Kuching Waterfront diwaktu senjakala 23 April 2012
Nikon D40 Nikkor 18-55mm + Circular Polariser filter

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Surah Ali Imran (3:26)

Apabila punca kuasa atau jawatan, hak istimewa, mandat atau monopoli untuk melaksanakan suatu tugas yang diberikan kepada kita sebagai orang perseorangan, atau yang pernah diberikan kepada mana-mana organisasi atau parti yang kita sokong dikurangkan, ditarik balik atau diberikan kepada orang lain atau diarahkan berkongsi kuasa dengan orang lain, perlukah kita mengeluh, merasakan diri kita tergugat, mengamuk, upset atau geram dengan tindakan yang telah dilakukan oleh mereka-mereka yang sebenarnya pernah memberikan kuasa terebut kepada kita? Kuasa yang pernah diberikan itu adalah dalam bentuk amanah atau pinjaman sementara. Ianya tidak kekal abadi selama-lamanya.

No comments: