Popular Posts

Tuesday, April 10, 2012

Infrastruktur berbasikal di Malaysia

Topik kita hari ini adalah berbasikal ke pejabat dan kemudahan yang patut diadakan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan dan artikel laman web Malaysiakini ini adalah dirujuk. Saranan pak menteri agar kerajaan tempatan mengadakan kemudahan sebegini adalah amat dialu-alukan.

Dari permerhatian penulis, pengguna kenderaan lain amat tidak menghormati hak pejalan kaki dan juga penunggang basikal. Banyak kali penulis kena hon dan pekikan "Hoi! lu mau mati ka?" Sedangkan sepatutnya pejalan kaki dan penunggang basikal diberikan keutamaan. Sewajarnya undang-undang di negara kita diperkasakan untuk melindungi golongan ini. Adik penulis yang pernah mengikuti rombongan berbasikal di Kuala Lumpur (menggunakan basikal lipat) dalam siri memperkenalkan penggunannya yang dibolehkan untuk menaiki LRT, Komuter dan Bas (pada masa tertentu) pernah menceritakan insiden dimana konvoi berbasikal dihon oleh pengguna kenderaan bermotor lain - khabarnya pemilik kenderaan tersebut telah disaman serta-merta oleh pihak polis yang memantau perjalanan konvoi tersebut. Pada masa yang sama, kami sebagai pejalankaki dan/atau penunggang basikal tidak mahu mengalami kecederaan atau maut merenggut kami akibat dilanggar kenderaan bermotor yang tidak mengendahkan kami.

Video kepada link projek basikal lipat LRT (aduh adik ku .. hehehe... anda terkantoi la pulak dalam video ni!)

Penulis pernah ke Jepun (bukan musim sejuk atau musim luruh, tapi semasa musim panas yang panasnya sama aje macam di Malaysia). Di Jepun sistem untuk menyimpan basikal mereka sangat teratur dan ramai yang berbasikal ke pejabat dengan memakai kot & tali leher!!!

Ada juga peguam di Jepun ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan dengan berbasikal! Basikal mereka dilengkapi dengan trailer untuk membawa briefcase besar yang mengandungi dokumen untuk dihujjahkan dimahkamah.

Jadi teramat malulah kita orang Malaysia boleh mengadu cuaca kita panas sebagai alasan!

Lagi satu, kalau kome nak tahu, basikal dari jepun yang banyak orang dok jual second hand tu dari permerhatian penulis, adalah basikal orang jepun yang parking tak tentu arah. Sudahnya kena sita masuk lori dan takde siapa nak tuntut sebab dendanya mahal ya amat. So basikal-basikal ni ended in Malaysia and other countries kena lelong. Kalau pandai memilih, boleh dapat yang berkeadaan baik.

Di Australia dimana hak mereka yang berbasikal dihormati, cuaca boleh berubah dengan sekelip mata. Sekejap sejuk membeku, sekejap hujan renyai dengan angin kencang. Tapi ianya tidak menghalang orang mahu berbasikal ke tempat kerja atau sekolah. Kalau tak salah, pelajar yang ke sekolah berbasikal akan mendapat surat penghargaan dari pihak sekolah kerana usaha mereka menjimatkan tenaga. Tapi di Malaysia terbalik keadaannya - kalau boleh harga minyak tak usah naik (sampai kiamat) supaya semua orang dapat ke destinasi berkereta dengan selesa!

Benar, Malaysia bukanlah syurga penunggang basikal. Keadaan di negara kita tidak boleh disamakan dengan keadaan di Belanda yang mempunyai kemudahan kelas pertama (Tambahan pula di Belanda, keadaan mukabuminya adalah landai dan tidak berbukit). Namun, sekiranya kemudahan yang baik untuk mereka yang mahu berbasikal disediakan, penulis pasti ramai orang akan beralih kepada kenderaan yang mudah dan hemat tenaga ini yang sekaligus dapat memberikan ruang untuk penggunanya untuk beriadah. Sehingga waktu itu tiba, kemungkinan pejalankaki dan penunggang basikal akan tetap dilayan sebagai warga kelas bawahan oleh pengguna jalanraya yang lain.

Artikel Basikal Lipat & LRT

Connecting PJ by Bikes

No comments: