Popular Posts

Friday, April 13, 2012

12 Sifat Sahabat

Anak-anakku,

Amat berbahgialah seseorang itu sekiranya mereka mempunyai sahabat yang mempunyai kesemua ciri-ciri berikut:


  1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

  2. Jika engkau rapatkan tali persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik.

  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (pertolongan) daripadamu, ia akan senantiasa menghargai atau menyebut kebaikanmu.

  6. Jika ia melihat sesuatu aib padamu, ia akan berusaha menutupinya.

  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu itu.

  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (berusaha berbuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

No comments: