Monday, March 12, 2012

Sudahkah anda bayar harganya - Part 2

Bagaimanakah sesebuah organisasi mahu berfungsi dengan betul dan maju ke hadapan – sekiranya anggota kerjanya wajib pergi bercuti saban kali tibanya cuti semester sekolah?

Layakkah anda memperolehi kenaikan pangkat ataupun mendapat bonus kerana setiap kali musim cuti sekolah, anda yang berkerja dan diamanahkan untuk mencari wang untuk syarikat pun ikut serta bergembira bercuti – sedangkan anda memberikan arahan kepada orang lain (yang bukan ahli dalam pekerjaan yang anda ceburi ) untuk “taichi” jenis kerja yang tidak diingini atau pergi ke tempat yang jauh untuk dilawati dan menggantikan tugas anda? Kalau orang yang menggantikan tempat anda mempunyai ilmu dan kemahiran seperti anda, itu mungkin boleh dimaafkan atau alternatifnya sekiranya tempat anda mengamalkan cara kerja berpasukan dan rakan setugas memang pada bila-bila masa boleh menjawab apajua pertanyaan orang luar. Tapi hakikatnya, bidang tugas anda adalah unik dan istimewa. Tak ada orang lain yang boleh menggantikan anda dan semua urusan kerja berkaitan terpaksa “que” sementara menunggu anda kembali untuk bertugas.

Inilah budaya yang amat merbahaya kepada kesinambungan apa jua perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. Percayalah, didunia korporat sebenar, terutamanya dalam perniagaan yang berteraskan perkhidmatan, jika inilah budaya yang anda terapkan dalam diri, sudah pasti anda dibuang kerja!

Bonus dan naik pangkat beria-ria nak. Tiap awal tahun asyik menelefon jabatan penulis bertugas untuk bertanyakan bila gamaknya bonus akan dibayar - macamlah kami mengetahui apa keputusan BOD! Syarikat ada buat untung ke? Kalau ikut betul, kalau ada untung barulah syarikat boleh mengistiharkan dividen dan bonus. Kalau syarikat tak untung, macam mana nak berikan anda bonus? Silap-silap syarikat boleh ranap kalau memberikan bonus tanpa sebab munasabah.

Sedarlah kengkawan, “we reap what we sow”. Itu dah memang hukum alam.

Sewajarnya hanya orang yang giat berusaha menanam pada musimnya sahaja yang dapat menuai hasil. Orang yang tidak berusaha dan tak mahu menambah catatan suratan amal baik, tapi tetap tidak malu untuk ingin masuk atau menuntut untuk masuk ke syurga. Untuk katagori anak-anak, mungkin penulis boleh memberi anologi yang sangat mudah untuk tahap anak-anak difahami – hendak masuk ke sesebuah taman tema yang banyak tarikan dan amat mempersonakan hati pun kita perlu bayar tiket masuk yang mahal, inikan pula nak masuk syurga. Semua ada harganya.

Anda mungkin mencapai sasaran kerja, namun pada peringkat syarikat, tidak ada lebihan wang untuk dibayar untuk bonus. Silap-silap kewangan syarikat dalam keadaan negatif.

Jadi, masih layakkah anda memperolehi bonus dan kenaikan pangkat?

Sudah tentu jawapannya “Ya” SEKIRANYA anda telah membayar “harganya”.

No comments: