Tuesday, March 27, 2012

Mengasihani Anak Yatim

Klik untuk membesarkan foto

Sesiapa yang berlaku zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah S.W.T. dan golongan ini dianggap mempunyai ciri-ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Allah S.W.T. berfirman:

“Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.”
(Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Penulis berasa amat kesal sekali - sesungguhnya dalam banyak situasi, hamba Allah ini terperangkap dan tidak mempunyai wang lebih untuk menghulurkan sedekah kepada setiap dan tiap-tiap anak-anak yatim yang datang meminta ihsan wang sumbangan. Ada di antara mereka yang terpaksa keluar dari asrama menjual kalendar, buku-buku agama atau meminta derma di pasaraya sebagai ikhtiar untuk menampung dana menguruskan rumah/sekolah tempat mereka berlindung.

Nabi S.A.W. pernah bersabda:

"Tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik dari tangan yang dibawah (yang menerima), dan utamakanlah mereka yang dibawah tanggungan kamu".

Apa penulis ada hanyalah kemahiran fotografi untuk dipergunakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Semoga dengan ikhtiar sementara ini penulis tidak akan dihisab dengan berat apabila ditanya diakhirat kelak "Kenapa kamu seorang lulusan universiti dan bertaraf professional, mampu keluar negara setiap tahun dan dikurniakan rezeki yang banyak tidak mahu berikhtiar menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim yang datang meminta-minta kepadamu?".

Ya Rabb, ampunkan dosa dan kekurangan yang ada pada diri hamba Mu ini. Aamin.

Para pengunjung adalah bebas tanpa sekatan untuk menggunakan atau menerbitkan semula foto bidikan penulis dilaman blog ini.

No comments: