Popular Posts

Tuesday, March 06, 2012

Berkorban apa saja

Berkorban apa saja - Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra - Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri - Tidak diingini
Bahagia kekasih - Saja yang diharapi

Berkorban apa saja - Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra - Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti - Kasih yang sejati
Itulah tandanya - Jika mahu diuji


Lirik lagu P Ramlee di atas terngiang-ngiang dikepala apabila seorang sister bertanyakan mengenai pengorbanan dan cinta sejati. Memang kebetulan juga ianya merupakan lagu yang diminati penulis. Lirik lagu ini juga berada di dalam kotak fikiran penulis setiap kali penulis mengikuti recharge program ESQ165 (walaupun lagu ini tidak pernah dimainkan di mana-mana sessi program ESQ165) bila mengenangkan kembali perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya yang shahid berkorban segala-galanya untuk memastikan agar kita ummat yang terkemudian ini mendapat rahmat sinar Islam. Oh ya, ada para alim ulama yang menyatakan Rasulullah S.A.W. juga meraih pahala shahid apabila beliau wafat kerana sekian lama menderita sakit akibat termakan daging yang diracun oleh seorang perempuan yahudi.

Penulis hanya mendiamkan diri bila sister ini mengadukan masalah peribadi yang sedang menimpanya dan segala pengorbanan masa dan tenaga yang telah dicurahkannya selama ini.
Ya, korban ada macam-macam jenis antaranya adalah masa, tenaga, harta, cinta, nyawa dan lain-lain lagi.Tanpa berfikir panjang penulis dengan perlahan menyanyikan beberapa bait lagu P Ramlee tersebut, mudah-mudahan sipengadu sedar. Setelah selesai penulis mengutarakan kepada sipengadu beberapa soalan khusus untuk dijawab sendiri oleh sister tersebut, dan dia kelihatan tersentak kemudiannya menitiskan air mata, resah dan termenung seketika. Penulis tidak mahu mendengar apa-apa jawapan dari beliau dan terus berlalu pergi. Tak apalah, biarlah dia bertenang dan fikirkan sendiri dulu ya?




Soalan penulis:
  1. siapakah yang sebenarnya menjadi ketua dalam keluarga?
  2. siapakah yang bertanggungjawab melayan suami dirumah? Anda, pembantu rumah atau pekerja warung mamak?
  3. siapakah orang yang paling ikhlas dan sabar dengan kelakuan dan tingkah laku anda?
  4. berapa lama anda tidak bersua muka dengan suami dan anak-anak anda atas urusan perniagaan?
  5. bila kali terakhir anda dan kesemua ahli keluarga menikmati makan malam bersama-sama atau menunaikan solat berjemaah?
  6. pernahkah anda menunaikan ibadah korban?
  7. siapakah yang paling banyak berkorban untuk diri anda dan keluarga?
  8. Sebelum anda berkahwin, pernahkah atau tergamakkah anda "korbankan" orang lain - ibubapa, rakan, kekasih, wang, masa, demi untuk meraih atau mencapai keadaan anda sekarang?
  9. Jika jawapan soalan no. 8 dijawab Ya, adakah anda bergembira dengan hasil pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang orang lain? Berbaloikah tindakan anda?
  10. Errr....realitinya sekarang anda seolah-oleh mahu mengorbankan keluarga, suami dan anak-anak....betulkan?
Sudahlah tu dik, bertenanglah. Ubahlah sikap anda. Tingkatkanlah semangat kekitaan dalam keluarga, janganlah dahulukan kepentingan diri sendiri. Kita hidup dalam keluarga dan bermasyarakat. Pulanglah segera ke pangkuan keluarga anda yang menanti anda dengan setia.

No comments: