Popular Posts

Friday, March 30, 2012

Bimbang

Aku bimbang ..sangat bimbang ..
Bagaimana kalau besok..aku mati mendadak?

Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak

Hutangku masih berlambak-lambak.

Finance kereta belum lagi lunas tertunai

Hutang bank rumahku masih belum selesai

Kewajipanku sebagai ayah masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh

oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah

Atau ................. apakah aku akan dibelasah

oleh samseng-samseng alam barzakh ?

Apakah aku dapat menahan sakit dan perit

Bila ular kubur datang menggigit

Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Maghrib masuk..ayah ke surau menyembah Allah

Aku ke stadium bola..menonton Selangor lawan Kedah

Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan

Aku terjerit..bertepuk-tangan..menyokong pasukan.

Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan

Tapi aku masih berpoya-poya seperti syaitan.

Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang

Bagaimanakah nasibku..setelah dunia ini aku tinggalkan?

Aku bimbang..very bimbang..imanku masih terombang-ombang
Ketika aku di dalam kubur..adakah ada orang yang akan mendo'akan ?

Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an

Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan

Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?

Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.

Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan
?

Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
... taubatlah dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..dan pergi ke mesjid seperti orang

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu

Berhentilah menjadi sahabat syaitan

Agar hidupmu mendapat keredhaan

Sebelum engkau wajib kembali kepada Tuhan.

Thursday, March 29, 2012

Copy Jews and Chinese

This is old news but is still relevant now. Kita disarankan untuk meniru orang Yahudi dan orang Cina. Read about it here. Tapi sebab isu Yahudi juga kita bergaduh dan berpecah.

Tapi sebenarnya budaya apa yang orang kita tiru? Bab kebaikan ke atau sebaliknya? Orang suruh tiru apa yang baik daa! Bukan suruh tiru atau buat plan 5 tahun setelah dapat kuasa untuk mengkayakan poket sendiri atau macam mana nak terus berkuasa - kalau boleh sampai kiamat.

Susahkah untuk menunaikan hasrat rakyat yang paling utama - ketelusan dan kejujuran. Selagi tak telus, selagi itulah juga penyelewengan boleh berlaku. Yang pelik, siapa yang telus kena tangkap sumbat masuk penjara atau jadi mangsa prejudis. Below is an article from Malaysiakini, only available to subscribers. Cerita yang macam ini yang patut kita contohi. Tapi kita tetap ikut cara kita sendiri - tengoklah kebiasaanya contohnya kalau tukar CEO atau Chairman mana-mana company sudah pasti duit syarikat kena keluar dulu sebab nak renovate office yang tak perlu diperbaiki. Malulah orang kita macam ni... or memang orang kita tak tahu malu.

******

Penang Chief Minister Lim Guan Eng related a sob-story today on how he was a “failed accountant” although he graduated in economics and accounting in Australia. Lim said it was difficult for him to get an auditing post in a 'Big 8' accounting firm in 1984, as compared to his classmates.

He was delighted that after months of failed interviews with top accounting firms he finally landed a position with a 'Big 8' firm.

“However, my delight was short-lived as I was unceremoniously sacked without any professional reason after less than a week in the job, when they found out who my father was,” he said in his speech to 150 accountants affiliated to the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) in Penang.

“For some of you who may not know, I am the son of the DAP leader Lim Kit Siang,” he said at the business forum ‘Finance Transformation: Expert Insights on Shared Services and Outsourcing’.

Lim said following his sacking, “I was obviously deemed not qualified to be an accountant as I was feared to share my father’s unhealthy passion for integrity, transparency, full disclosure as well as giving a fair and true view.”

This, he added, definitely disqualified him as an accountant with the 'Big 8' firms as the 1980s was a time of financial hanky-panky and cover-ups such as the scandal of massive Bank Bumiputra losses.

“Needless to say, I was devastated when I found out I could not get a job as an accountant,” said he DAP secretary-general.

“But all’s well that ends well. After failing to make the cut as an accountant, I had no choice but to join politics and became the chief minister,” he added, to applause from the crowd.

Lim, who is also Bagan MP, then congratulated the accountants for making the grade, adding, “If you do not make the grade, do not despair”.

“You can always be like me and hope to become Penang chief minister.”

Kisah lain Lim Guan Eng disini

dan juga di sini

Wednesday, March 28, 2012

Ingin anak Lelaki?

Teori - bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri!

Teori ini merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Dr. M. Zaky Syafi’i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya “Al Azmatus Zaujiyah wa’ilajuha” - “Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. Hah....Mana nak cari supplement vitamin B yang reliable? Seperti mana yang pernah dikisahkan dalam blog ini dulu, seorang isteri timbalan menteri berdasarkan pengalamannya pernah mencadangkan agar penulis menggunakan produk ini.

Tuesday, March 27, 2012

Mengasihani Anak Yatim

Klik untuk membesarkan foto

Sesiapa yang berlaku zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah S.W.T. dan golongan ini dianggap mempunyai ciri-ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Allah S.W.T. berfirman:

“Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.”
(Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Penulis berasa amat kesal sekali - sesungguhnya dalam banyak situasi, hamba Allah ini terperangkap dan tidak mempunyai wang lebih untuk menghulurkan sedekah kepada setiap dan tiap-tiap anak-anak yatim yang datang meminta ihsan wang sumbangan. Ada di antara mereka yang terpaksa keluar dari asrama menjual kalendar, buku-buku agama atau meminta derma di pasaraya sebagai ikhtiar untuk menampung dana menguruskan rumah/sekolah tempat mereka berlindung.

Nabi S.A.W. pernah bersabda:

"Tangan yang diatas (yang memberi) adalah lebih baik dari tangan yang dibawah (yang menerima), dan utamakanlah mereka yang dibawah tanggungan kamu".

Apa penulis ada hanyalah kemahiran fotografi untuk dipergunakan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Semoga dengan ikhtiar sementara ini penulis tidak akan dihisab dengan berat apabila ditanya diakhirat kelak "Kenapa kamu seorang lulusan universiti dan bertaraf professional, mampu keluar negara setiap tahun dan dikurniakan rezeki yang banyak tidak mahu berikhtiar menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim yang datang meminta-minta kepadamu?".

Ya Rabb, ampunkan dosa dan kekurangan yang ada pada diri hamba Mu ini. Aamin.

Para pengunjung adalah bebas tanpa sekatan untuk menggunakan atau menerbitkan semula foto bidikan penulis dilaman blog ini.

Monday, March 26, 2012

Mengapa manusia melakukan kejahatan?

Sumber : Foto banner dari email Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam tempat penulis bertugas yang dikirimkan kepada penulis.

Saturday, March 24, 2012

Positive Words

A group of frogs was traveling through the woods, and two of them fell into a deep pit. All the other frogs gathered around the pit. When they saw how deep the pit was, they told the unfortunate frogs they would never get out.

The two frogs ignored the comments and tried to jump up out of the pit. The other frogs kept telling them to stop, that they were as good as dead and there was no use trying at all.

Finally, one of the frogs took heed to what the other frogs were saying and simply gave up. He fell down and died.

The other frog continued to jump as hard as he could. Once again, the crowd of frogs yelled at him to stop the pain and suffering and just die. He jumped even harder and finally made it out.

When he got out, the other frogs asked him, "Why did you continue jumping. Didn't you hear us?" It turned out that the valiant frog was deaf.

He thought they were yelling to encourage him the entire time.

Rumusan hikmah kisah adalah:

Jagalah lisan anda. Sesungguhnya nasihat dan kata-kata dorongan yang baik dapat membantu insan yang mengalami kesusahan dan kepayahan hidup.

Kata-kata negatif, celaan atau atau apa jua tindakan yang menjurus untuk menyakitkan hati, sama ada dengan sengaja atau tidak boleh "membunuh" golongan ini. Maka, berhati-hatilah dengan lisan anda.

Alangkah istimewanya mana-mana individu yang boleh meluangkan masa untuk memberi semangat, perangsang dan nasihat berguna sebagai panduan yang boleh menyelamatkan manusia lain. Bukankan itu juga contoh teladan yang selama ini ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai Rahmatan lil Alamin?

Thursday, March 22, 2012

Man Jadda Wajada

A truly inspiring story of an Indonesian lady being a professional photographer.
Oh ... she has got no hands!

Read about it here.

Tuesday, March 20, 2012

Gone to the dogs!


Hari ini boss ku membuat statement “the county has really gone to the dogs!” sambil membincangkan suatu isu yang melibatkan kerja pejabat.

Gone to the dogs! Yeah, what an ideal topic for my blog entry. Amat jarang sekali penulis mahu menulis mengenai isu politik. Nak tulis pun tak payah kot sebab isu-isu ni dah jelas lagi bersuluh - hanya orang yang tak mahu berfikir sahaja yang akan terkeliru dalam isu-isu yang ditimbulkan untuk mengalih perhatian dari masalah pokok sebenar. Penulis tak terkejut apabila dimaklumkan bahawa seorang bekas pemimpin OKU (Orang Kuat UM*O) setengah abad jadi ahli parti dah officially letak jawatan dalam semalam - khabarnya dia banyak memberikan komen bahawa terlalu banyak politik wang (panggilan berhemah untuk rasuah) yang diamalkan oleh parti tersebut selama ini.

Kisah 1 - Circa 2001 - 2002

Dahulu pun, kisah politik wang pernah dimaklumkan oleh bekas landlord penulis semasa penulis tinggal di Presint 9 Putrajaya. Masa penulis tinggal di Putrajaya dulu, rumah-rumah disana masih banyak yang kosong dan Pasar Presint 8 baru sahaja dibuka. Menurut landlord penulis ...masa Kelantan terlepas kepada PAS & Semangat 46 tahun 1990 dulu, tak lama lepas tu ada dua orang ADUN (Limbunge & Sg Pine – sebutan ikut dialek kelante) yang melompat parti dan menyertai BN.
Penulis pada mulanya mengira bahawa apa yang dinyatakan oleh landlordku itu hanya cakap-cakap kosong tapi muka dia memang serius semasa menceritakan pengalaman beliau itu. Tambahan pula dia menceritakannya di HQ Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Putrajaya dan dihadapan pegawai tinggi. Penulis diminta beliau mengikut beliau ke sana untuk satu projek penswastaan cadangan mengadakan mercu tanda di Putrajaya iaitu Dataran Demokrasi dan dapatlah juga penulis berpeluang bersalaman dan makan tengahari bersama dengan Dr Mahathir ketika itu... alah penulis bukannya VIP, duduk sebelah meja dengan Dr M pun dah kira ok la juga. Kalau projek tu jalan, alamatnya jodoh aku bertugas disyarikat R&D pendek, tapi projek tersebut tak dapat dilaksanakan. Apa pun Alhamdulillah jua.
“Mi, you tahu....I diarahkan agihkan duit masa pilihanraya kecil di Limbunge dan Sg Pine, sorang dapat RM50-00, siap bawak 2 briefcase penuh dengan duit...tapi kelakar juga”.
“Apa yang kelakarnya?” tanyaku hairan, orang biasanya kalau dapat duit, takde tanya banyak, kalau hulur ambik aje.
“Tiap kali I hulur sehelai, I siap dapat balik duit baki..”
“Hah? Duit baki macam mana tu?.. dah bagi habih la” tanya ku kehairanan.
“I dapat balik setiap seorang RM4-00!...”
“Ceh...rupa-rupanya pakcik makcik yang dapat seorang RM50 kasi bakinya. RM50 - RM4 = RM46. Sahlah depa tu akan pangkah Semangat 46 punya!” jelas landlord ku itu dengan sambil ketawa kecil.

Kisah 2 - Kini dah masuk tahun 2012.
“Ante dah duduk menetap di Malaysia ni berpuluh tahun mi, tapi sampai sekarang masih tak dapat khabar berita. Macam mimpi dalam mimpi ajelah Ante untuk mendapat kerakyatan Malaysia”, keluh Ante M (nama sebenar dirahsiakan) dengan nada yang sedih sambil menunjukkan sesalinan surat rasmi berchop Jabatan Pendaftaran Negara yang baru diterimanya. Surat tersebut jelas menyatakan bahawa Ante M tidak dapat dipertimbangkan untuk mendapat status kewarganegaraan.
Ante M tinggal disebuah rumah pangsa kos rendah yang dibelinya sendiri di Petaling Jaya bersama-sama anak-anaknya. Dahulunya Ante M tinggal dikawasan setinggan Kg Lanun. Suaminya telah meninggal dunia kira-kira tahun yang lalu. Beliau kini menyara kehidupannya anak beranak dengan mengambil upah membawa van sekolah.

“Takpelah Ante, bersabarlah, Insya Allah manalah tahu, esok-esok adalah Ante dapat jawapan positif”. Jawabku menenangkan hati Ante, sambil tak berhenti menyuap nasi dan lauk-pauk yang dihidangkannya - masakan stail minang Ante M memang power, sedap dan kelas!
“Tapi Ante rasa hairan la, mi. Ramai kawan-kawan Ante yang berniaga di pasar malam di [ nama kawasan dirahsiakan ] , yang masuk menetap di Malaysia ni tak sampai pun lima tahun, tup-tup isi borang, bayar duit pemprosessan sikit (tak mahal pun) tau-tau diaorang semua dah dapat pun IC Biru... ante dah duduk menetao di Malaysia ni berpuluh-puluh tahun....” keluh Ante M.
“Macam mana proses nak dapat cepat macam tu?” jawabku, tersentak dan aku dan isteri saling pandang memandang, dan berhenti makan seketika – dan sekilas itu juga aku meneka secara jujur - hati yang buruk sangka – apakah ini mainan politik parti pemerintah? Iyelah tu getus hatiku ini. Kali ni nyata aku terjumpa dengan sumber berita asal.
“Alah mi, kalau Ante apply ikut cara tu pun, Ante tetap tak layak juga”
“Apakah syarat-syaratnya? Lain macam ni cerita Ante ni?” aku menduga.
“Syaratnya payah untuk Ante penuhi... kan dah berapa kali kita ada Pilihanraya Kecil – tiap kali ada pilihanraya kecil, syarat yang dikenakan, kami kena ikut pergi berkempen, kalau kat Melaka, pergilah dengan berbas-bas ke Melaka.... apa nama tempat tu... Merlimau?... Macam mana Ante nak ikut pergi... Ante ambil dan hantar budak pergi sekolah. Subuh-subuh Ante dah keluar rumah, balik dah jauh malam – penat dan sakit-sakit badan, kita ni bukan muda lagi. Siapalah pula nak Ante harapkan untuk gantikan Ante sementara ikut pergi ikut rombongan tu???”
Aku hanya mengelengkan kepala. Macam tu la pulak....
“Dah dapat IC biru tu, ada pesanan lagi, jangan guna lagi sampai diberitahu kelak, sebab katanya nak kena update rekod dulu. Tempohnya menunggunya tak lama juga”
“Habih tu semua orang tu sekarang ni dah boleh guna IC biru tu la....”
Ante M hanya mengganggukan kepala bersetuju.
“Takpelah ante, kalau ada lagi program macam tu, usahakanlah agar ada orang lain yang boleh gantikan buat kerja Ante. Namapun berusaha”.
“Bukan cara ni salah ke, mi?... ”
“Entahlah Ante, saya pun dah tak tahu & tak kuasa nak komen macam mana...”.
(Penulis masih mengingati pesan ustazah Faizah masa di tingkatan 3 dahulu "Assha'i wal murtashi... haramullahu alaihimul jannah!" (Pemberi dan penerima rasuah diharamkan Allah untuk masuk ke syurga!). Ustazah kata, kalau tak boleh masuk ke syurga, bolehlah cuba duduk kat luar...kalau ndak la... kat mana ye?
Kisah diatas berbeza zaman namun ianya berlaku atas dasar pemikiran yang sama. Masih di takuk lama. Tak ada apa-apa peningkatan. Itu belum lagi campur cerita-cerita lain lagi.

Kisah dibawah yang dipaparkan oleh siaran SCTV Indonesia - kisah berlaku pada tahun 2005 mengenai rakyat Indonesia yang menukar kerakyatan menjadi warga Malaysia. Anda boleh fikirkan sendiri. Tiada tindakan undang-undang atau tuntutan memohon maaf dibuat oleh UMNO (yang namanya disebut dalam dokumentari ini) ke atas penyiaran berita tersebut. Tiada penafian, maka boleh jadi berita ini adalah benar! Maka kisah Ante M pun berkemungkinan besar, benar juga.
Kisah 3 - Cerita Ayah
Kalau dengar cerita secara langsung dari ayah penulis (seorang pesara kerajaan yang pernah kena audit query oleh Badan Pencegah Rasuah ketika bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Negeri di Terengganu) lagilah teruk cerita sebenarnya. Hehehe.. ayah memang suka dan amat mengalu-alukan sangat kalau ada orang BPR datang sendiri tengok projek yang ayah monitor - tapi heran...kenapa tak ada tangkapan dibuat? Penat ayah bersenjatakan kamera (ayah beli pakai duit sendiri) ambil gambar projek terbengkalai atau tak ikut spesifikasi yang diluluskan, sampai bertimbun-timbun fail hantar ke JPM. Ayahku sendiri mahu tak mahu, jadi photojournalist - dan aku amat bangga sekali!

Link kepada laporan berita bagaimana Tn Guru Ustaz Abd Hadi Awang boleh menang pilihanraya tahun 1990.
Setahun yang lepas penulis bertemu di majlis Sessi Recharge ESQ165 dengan seorang pegawai yang bertugas di pejabat lama ayah... dan bertanyakan masih macam tu lagi ke keadaannya di sana? Terkejut gak mamat ni - awak ni siapa & macam mana tahu dengan penuh detail cerita ni? Mestilah saya tahu - nak buat macam mana kalau banyak kontraktor nak jumpa ayah (utk bodek & cuba-cuba kasi rasuah supaya dapat luluskan projek sampai datang ke rumah. Malang bagi mereka, ayah memang ikut segala peraturan yang ada, sehingga bekas MB minta KSN agar ayah ditukarkan segera. KSN tidak membenarkan ayah ditukar dan akhirnya kisah ini sampai ke pengetahuan DSAI (ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia) yang menyokong agar ayah dapat tetap terus berkhidmat di Terengganu). Cukuplah penulis berkongsi cerita setakat ini sahaja. Yang lain tu, sendirilah jawab. Kubur asing-asing.
Terpulanglah kepada anda untuk menentukan sendiri sama kisah-kisah yang penulis perolehi ini berada dan berlaku dialam nyata, cerita fiksyen, mitos atau hanyalah fitnah yang dibuat-buat semata-mata. Wallahuaklam.
Semoga rakyat Malaysia lebih cerdik dan boleh berfikir - pemimpin dan negara macam mana kita mahukan. Pilihan muktamad tetap ditangan anda. Janganlah jadikan pilihan kita suatu penyesalan yang mana kita akan ditanya di akhirat kelak.

Catatan Pengalaman: Perubatan Islam


From an old email archive in 2001. I am the original writer of this email. Sorry, no attachment is enclosed.
Ibu saya sekarang menderita sakit kanser payudara. Antara tempat yang kami sekeluarga pernah membawa ibu saya berubat sementara menunggu tarikh pembedahan adalah Pusat Perubatan yang dikelolakan oleh Ustaz Jahid di Kundang, Selangor. Ustaz Jahid adalah bekas Professor Madya di Universiti Malaya (kini bersara). Saya telah berkesempatan untuk menghadiri suatu seminar pada 14 Oktober 2001 di Dewan Kuliah Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras yang mana diseminar tersebut, Ustaz Jahid adalah salah seorang panel penceramah dan Kertas kerja yg saya attachkan di sini in pdf format (hanya boleh dibuka dgn Adobe Acrobat) adalah kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz tersebut. Saya memohon maaf kerana "scanning" kertas kerja ni tak sempurna sepenuhnya and ada a few Quranic verses tak dapat masuk.
Menurut kata Ustaz Jahid, memang persengketaan diantara Manusia - Iblis adalah antara lain, punca manusia dapat sakit… terutama sekali sekiranya kita ada mendapat "saka" atau menuntut ilmu salah. For my mother's case, according to Ustaz, memang ada saka peninggalan moyang yang pernah menjadi bidan. (Selama ini kami sendiri pun tak tahu mengenainya).
Antara lain beliau kesal masih ramai org Melayu mempercayai Bomoh & Pawang boleh membantu dalam kehidupan harian, sedangkan apa yang diajarkan/diubatkan belum tentu betul caranya. Ramai yang terpedaya dgn ajaran [name witheld] kononnya dapat mengubat org dgn Ayat Al Quran tapi terpesong caranya. Ada juga Ustaz lulusan Al-Azhar menggunakan jin untuk mengubat. Ustaz Jahid sendiri hampir terpedaya oleh rakannya sendiri yg berkawan dgn Jin.

Menurut Ustaz, kalau kita belajar AlQuran dari Yahudi, kita adan dapat Yahudinya. Likewise, kalau belajar AlQuran dari org yg berdamping dengan Jin, kita pun akan dapat jin jugalah.

Cara beliau mengubat - ketuk/pukul dengan ranting pokok Nona (panjang dan besarnya lebih kurang straw minuman) sambil berzikir kepada Allah. Tapi kalau kena tempatnya, sakitnya adusss.... pijar macam kena api. Lepas selesai "ketuk" pesakit akan dimandikan dengan air zikir… yang ada didalamnya berketul2 air batu. Sejuk macam tu pun ada yg marah2 pada Ustaz - "kenapa ustaz bakar saya?" dan badan keluar asap. Sebelum mandi Ustaz akan ajarkan berniat mandi sunat taubat dan berpesan agar jangan lagi percaya atau buat benda2 yg boleh menjatuhkan kita pada Syirik dan buang terus ilmu yg tak bermanafaat (kalau ada).

Kalau pesakit ada kemasukkan jin yang teruk, susah nak describe sakitnya sedangkan pukulan yg dikenakan adalah lembut dan hanya tempat2 tertentu sahaja yg akan sakit bila diketuk. Kadang2 jin tu akan mengamuk dan pesakit tidak sedar apa yg dilakukan. Kalau yg mengamalkan ilmu persilatan (yg salah) akan mula bersilat tunjuk bunga sampai sedar semula (penat) - kemudian sambung balik berubat "ketuk". Kalau dah tahap silat boleh terbang tu apalagi.. badan pun macam kuda belanglah bengkak2.

Kalau nak tahu lebih lanjut atau ingin berubat, hubungilah terus dgn Ustaz Jahid. Saya dan isteri sendiri dah kena satu round pada 21/10/2001. Kes yg biasa pada org perempuan ni adalah susuk atau penyeri muka - kadang2 tu bukan kita yg nak tetapi dimasukkan oleh Mak Andam masa nak kahwin dulu. Untuk kes adik ipar saya sendiri (masa dia tak sedarkan diri semasa sessi mengubat - mulut dia mula membebel2 tak tentu pasal) - Ustaz itu pun bertanya - "Mak Andam awak dulu mulut laser ke?" - rupanya jin susuk tu mengajuk Mak Andam tersebut!

Lagi satu important information, kalau anak lelaki yg kena gangguan, kena cari bapak dan datuk (kalau masih ada) dulu yg kena ketuk. Kalau tak dapat sakit aje... sebab jin tu lari sekejap dan kemudian masuk balik. Kalau anak perempuan yg ada masalah - mak dan nenek mesti kena ketuk dulu. Sakit tu jangan ceritalah…..
Just to share dgn kalian semua.