Popular Posts

Tuesday, January 31, 2012

Sudahkah anda bayar harganya?

Seorang makcik sedang duduk berehat di kerusi menunggu yang disediakan di Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam sambil menantikan anak-anaknya beratur sambil menolak troli untuk membayar barangan keperluan harian. Ya, Tesco Extra adalah antara pasaraya hypermarket yang sering dikunjungi penulis untuk membeli keperluan harian keluarga, selain dari Giant, Carrefour dan Hero. Namun pada hari itu, kerutan didahi makcik tersebut seakan memperlihatkan beliau memikirkan sesuatu masalah lalu penulis menegur makcik itu, "Assalamualaikum, Apa khabar makcik? nampak macam orang susah hati aje?", aku membuka bicara.

"Walaikumsalam nak, makcik sihat Alhamdulillah... selalu ya kita terjumpa kat sini" (memang dah beberapa kali penulis tersua dengan makcik ini). "Makcik tengah berfikir... harga barang keperluan harian kita tak boleh dijangka, sekejap naik sekejap turun.. selalunya naik aje... duit pencen yang makcik dapat berapalah sangat", keluh makcik sambil membetulkan baju seorang anak kecil, mungkin cucu yang dipangkunya.

"Nak buat macam mana, makcik? Dah jadi lumrah dunia, kenalah kita pandai-pandai berbelanja dan adjust perbelanjaan di sana-sini, saya dan isteri yang masih berkerja ni pun sebenarnya pendapatan hanya cukup makan. Nak hulurkan duit belanja untuk anak isteri, ayah dan emak sendiri pun susah" jawabku, sedikit terkilan.

"Jadi anak ni buat macam mana ye?" tanya makcik tersebut, ingin tahu.

"Kami ubah cara hidup... semua kenderaan kami adalah kenderaan terpakai atau dibeli secara tunai. Kena kumpul duit dulu baru boleh membelinya dan kena rajin hantar servis kalau ada masalah. Lama kelamaan saya pandai dan kini berani servis kereta sendiri dirumah. 5 tahun yang lalu saya memberanikan diri menghantar kereta saya untuk dipasang kit NGV pada kereta saya...walaupun orang kutuk saya kata kereta saya nanti jadi macam teksi, Alhamdulillah banyak perbelanjaan saya jimat sebab kos gas asli untuk NGV cuma RM0.68 seliter"

"Wah!... jimat banyak tu..." komen makcik, meninggikan keningnya.

"Memang jimat makcik, bayangkan dari Shah Alam kalau ke KL kos untuk gas kereta saya cuma RM2-00 sehala... dan bila dapat berjalan murah macam tu, makin jauh saya dan isteri merayau mencari tempat yang dapat menawarkan harga yang berpatutan untuk barang keperluan".

"Makcik tak berapa faham, ceritalah sikit macam mana tu?"

"Begini makcik, bagi setiap pasaraya harga barangan mereka berbeza. Kita kena tahu di Tesco ni apa barang yang paling murah & barangan apa yang harganya mahal. Kita bandingkan harga. Kalau tak percaya, cuba makcik tengok harga susu jenama Dugro di Tesco dan bandingkan dengan harganya di Carrefour. Dah tentu harga di Tesco jauh lebih murah. Sama juga dengan pasta, jauh lebih murah di Tesco ni daripada apa yang ada di Giant misalnya. Pada masa yang sama kita tengok pula harga bawang dan daging lamb chop, contohnya di Carrefour - terbalik jadinya - di Carrefour, untuk barangan ini ianya jauh lebih murah dan kualitinya cun gila" jawab ku dengan penuh ketawa...memang bawang Carrefour Shah Alam dah la murah, cun dan gebu-gebu belaka.

"Sekali sekala kita kena juga melawat Pasar Seksyen 6 Shah Alam, walaupun harga sayur melambung tinggi - cuba makcik pergi ke sana selepas jam 11 pagi...kalau ikut kata isteri saya, masa tu ikan segar dari Kuala Selangor baru sampai... dan bandingkan harganya.... Kalau pandai, kita kena cuba berniaga, cuma saya sahaja yang tak ada masa" aku menambah.

"Susah ye kalau begitu, kita kena berusaha lebih sikit nak jana pendapatan tambahan" gumam makcik.

"Takde benda yang senang makcik... kita nak mati nanti pun kita tetap kena bayar" jawabku.

"Hah? mati pun kena bayar? Kita kena bayar apa lagi? - rupanya makcik tu amat terkejut mendengar kenyataanku tadi.

"Makcik dah buat wasiat? Sama ada kita buat atau tak buat, sebelum harta simati dibahagi-bahagikan kepada waris yang layak, pemegang amanah harta simati kena jelaskan duti estate harta pusaka si mati dahulu rasanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dah undang-undangnya macam tu... selain dari hutang simati yang perlu dijelaskan segera, cukai kepada kerajaan pun tetap kena bayar!"

"Kena bayar lagi!!!...Tak puas hati betul!!!" ujar makcik menggelengkan kepala. "Anak ni tahu semua ni ... anak ni kerja sebagai peguam ke?" makcik tersebut menerka.

"Adalah ilmu sikit-sikit... kalau org lain LB je, saya ada LL.B" jawabku mengelak, sambil ketawa.

"LB? LL.B - hah? benda apa tu?" tanya makcik penuh kehairanan.

" 'LB' tu bermaksud Loyar Buruk!" sementara "LL.B" pula adalah singkatan perkataan bermaksud Ijazah Perundangan - tapi pada saya sekarang tak ada apa-apa erti sangat, maka saya ubah jadi "Lebih Loyar Buruk!!!" diikuti dengan hilai tawa makcik dan seorang penjual jamu yang berniaga berhampiran.

Aku menyambung bicara "Memang begitu halnya makcik, semua kena bayar, tak boleh berhutang... kalau kita berhasrat nak masuk ke syurga pun kena bayar juga.".

"Mana boleh macam tu...bayar pada siapa nak?"

"Bayarannya adalah melalui ketaatan kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangannya, mengerjakan kebajikan, membantu orang dalam kesusahan, pengorbanan masa, tenaga, wang dan lain-lain lagi termasuk pengorbanan jiwa dengan niat yang satu, untuk mencari Redha Illahi. Banyak cabaran dan halangan yang menanti. Tentangan mungkin datang dari rakan, teman, saudara ataupun nafsu didalam lubuk hati dan fikiran kita sendiri. Kita ini manusia, ada tanggungan. Ada cacatan amalan. Catatan amalan kita ada expiry date nya... kalau dah expired, mustahil nak tambah-tambah lagi - bila kita mati kalau tak berilmu untuk menambah dan melipatgandakan catatan amalan baik kita - tutup buku terus. Rugi kita. Kalau catatan yang dapat semua yang buruk-buruk aje atau tidak ikhlas, menunjuk-nunjuk, lembaran catatan amal tu tak dibawa naik ke langit mengadap Allah, tapi dicampakkan ke muka kita kembali.... Itulah harga yang mesti kita bayar untuk menggapai jalan ke Syurga. Betul tak makcik? Kalau tak mampu atau tak boleh bayar, nak berhutang dah tentu tak boleh macam guna kad kredit kat dunia ni ... ikut cakap ustaz saya dulu, kalau kita tak berbuat perubahan drastik dalam hidup kita, kita bukan sahaja tak boleh masuk ke syurga, nak cuma nak tengok-tengok keadaannya pun tak boleh.... inikan pula nak mencium bau syurga langsung tak layak!"

Makcik tersebut mengangguk-angguk perlahan-lahan tanda setuju. Kemudian beliau bersuara dengan suara yang perlahan dan tersekat-sekat... "Nak, kalau kita tak boleh bayar... untuk masuk ke.... Syurga, maksudnya, kita masuk ....Nerakalah ya?...

Dengan suara yang perlahan aku menjawab "Makcik.... kita sendiri yang akan menentukan nasib kita - sama ada kita ini golongan Ashabul Yamin, Ashabul Shimal, Ashabul Maimanah, Ashabul Mash-amah dan golongan Wassabiqun nas sabiqun" jawabku sambil mengingati kembali Surah Al-Waqiah, antara surah yang paling kucintai. Ya, Jagalah Allah, Allah pasti akan akan menjagamu. Dialah yang memberikan segala-gala kenikmatan yang tidak terhingga kepada kita selama ini, tapi saban kali kita terlalai dan terlupa.

Melihatkan makcik tersebut pamit meminta diri, berlalu pergi sambil menyeka air matanya dengan hujung lengan baju beliau, aku tertunduk diam seketika dan sepintas lalu pesanan seorang makcik yang amat ku kenali terbayang dimata. Sehingga kini penulis senantiasa ingat dan tidak akan lupa kepada Makcik yang seorang ini. 'Mi tak payah fikirkan atau ingat lagi hal orang lain yang tak pedulikan Mi. Tak apa, kubur kan asing-asing. Kosongkan kepala dan fikirkanlah mana Mi nak bawa diri sendiri dahulu ya. Makcik tahu, Mi dah berikan sepenuhnya 100%. Mungkin bukan sekarang masanya, mungkin di lain masa baru Mi dapat perolehi apa yang Mi mahukan". (Alfatihah untuk makcik M. Semoga makcik sihat dan berbahagia sentiasa disamping keluarga dan jika kita tidak berkesempatan bersua muka, semoga kita dipertemukan kembali di akhirat kelak. Amin).

Ternyata, nasihat yang sama seperti yang makcik berikan ku perolehi lagi ketika mengikuti Program ESQ165 - Zero Mind Process. 1/0 = infiniti. Jika kita mahu kembali mencari Allah yang satu kosongkan fikiran, kemahuan, perasaan rindu, ingatan, kenangan, pengalaman, persepsi diri, sudut pandang, cita-cita, cinta dan lain-lain lagi yang menggangu fikiran kita, maka kita akan pasti berjumpa dengan yang Maha Maha Tinggi, Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Untuk anda yang sudi membaca nukilan penulis ini - renungkanlah persoalan ini - Sudahkah atau mampukah anda untuk membayar harganya? Jika jawapannya negatif, marilah kita bersama-sama melakar masa depan yang lebih baik mulai sekarang.

Zaws
Shah Alam
31 Januari 2012

Tuesday, January 17, 2012

The Winner in You

Dear friends,

Are you a winner? Find the winner in you. Lets us reflect on the following:

The winner always has a program;
The loser always has an excuse.

The winner always says "Let me do it for you".
The loser says "That is not my job!".

The winner always sees an answer in every problem;
The loser sees a problem for every answer.

The winner says "It may be difficult, but it's possible";
The loser says "It may be possible but it may be too difficult".

When a winner makes a mistake, he says, "Yes, I was wrong";
When a loser makes a mistake, he says, "No, It wasn't my fault!".

A winner makes valuable commitments;
A loser makes empty promises.

Winners have dreams;
Losers have schemes.

Winners say, "I must do something";
Losers say, "Something must be done!".

Winners are part of the team;
Losers are apart from the team.

Winners see the gain;
Losers only see the pain.

Winners love to build bridges;
Losers destroys bridges if it suits their purpose.

Winners see the possibilities;
Losers see problems.

Winners believe in a win/win situation;
Losers believe for them to win someone has to lose.

Winners see the potential;
Losers see the past failures.

Winners may not forget their failures, they learned from it.
Losers brush aside their failures, they want to win at all costs.

Winners are like a thermostat;
(they are in control)
Losers are like thermometers.
(someone or something is controlling them).

Winners choose what they say;
Losers say what they choose.

Winners make it happen;
Losers let it happen.

Winners use hard arguments but soft words;
Losers use soft arguments but hard words.

Winners stand firm on values but compromise on petty things;
Losers stand firm on petty things but compromise on values.

Winners follow the philosophy of empathy;
(Don't do to others what you would not want them to do to you");

Losers follow the philosophy,
("Do it to others before they do it to you").

Losers may apparently win the battle, but they truly lost the war.

Monday, January 16, 2012

Photography = Vision

It's never been about the gear. Huh? Betul ke?

It's always been about seeing something, knowing how you want it to look, and making it so. Seeing it in the first place (yes, this is the hard part) is what makes a photographer.

Any Tom, Dick and Harry can snap tonnes of photos. So let us be different and "drive" the camera by making strong changes to the basic controls to get the look that we want. And no... it is definitely not about Photoshop and great many other image editing software in the market!

Real photographers "make" their photos while a mere camera owners "take" photos.

They have a system or a work flow when taking images. They first envision their ideas in their mind and turn their vision into reality. Trust me, this is a skill that can be learned, even by you, my dear readers.

It's not about your expensive camera. It's not about my lousy and outdated camera. It's all about you, how you see and what you were thinking when you press the shutter button! (Ada sister yang pernah komen after borrowing my ancient D40 for about half an hour during last hari raya gathering, ceh... nak ambik gambar pun kena fikir ke? Well, the results speaks for itself - ....there I told you... itu sebab most of your photos are plain boring... biasa-biasa sahaja, nak hasil dewa-dewa, tapi tak mahu berfikir dan berusaha lebih sikit...)

It's all about our ability to see. It's all about our ability to view new things, and to see old things in different new ways.

It's all about our vision. It's never about your camera.

Try changing your angles. Although there may be only one subject, but there are always great many angles and way to see it.

Cameras don't take pictures, photographers do. Take a photo today, everyday trying different angles and you would be surprised with what you see.

Do you have a "vision" in your mind? Why don't you try to turn it into a reality?

On another note (with a twist):
Apakan visi anda dalam menjalani kehidupan ini? Bolehkah... atau mampukah anda realisasikan impian anda menjadi kenyataan?

Have a nice day & Wassalam.

Friday, January 13, 2012

The Story Of Your Life

Don't say you're not important,
It simply isn't true,
The fact that you were born,
Is proof, God has a plan for you.

The path may seem unclear right now,
But one day you will see,
That all that came before,
Was truly meant to be.

God wrote the book that is your life,
That's all you need to know.
Each day that you are living,
Was written long ago.

God only writes best sellers,
So be proud of who you are,
Your character is important,
In this book you are the "Star".

Enjoy the novel as it reads,
It will stand throughout the ages,
Savor each chapter as you go,
Taking time to turn the pages.

by Anonymous

Feeling any better now?

Thursday, January 05, 2012

True Story

BOY : Dik! kira dik...

DIK : Makan apa bang?

BOY : Nasi goreng biasa dengan air kosong.

GIRL : Saya punya nasi goreng thai, sup ayam, telur mata dengan fresh orange dua.

DIK : Kira sekali ke bang?

BOY : Tak tak, kira asing-asing.

GIRL : Awak ni memang tak gentlemen langsung...

BOY : Laaa bila masa saya kata nak belanja awak makan?

GIRL : Memang la awak tak cakap. Tapi boyfriend kan kena belanja girlfriend dia.

BOY : Siapa cakap kena buat macam tu?

GIRL : Tak ada orang cakap tapi dah itukan kebiasaan. Dah lumrah. Semua couple macam tu la.
BOY : Oh... Kalau macam tu saya ni luar biasa sikit la. Dah la order banyak, makan tak habis dan membazir... Awak bukan tanggungjawab saya lagi. Habiskan duit untuk awak beribu-ribu pun belum tentu awak akan kahwin dengan saya lagi.
GIRL : .......

*********************

Yes, how true....


Wednesday, January 04, 2012

Perjanjian Kerahsiaan dan kegunaannya sebagai strategi pengkomersilan produk

Perjanjian Kerahsiaan digunakan untuk menghalang pekerja dari mendedahkan maklumat sulit dan rahsia milik sesebuah organisasi semasa pekerja sedang bekerja dengan organisasi tersebut. Ianya juga adalah bertujuan untuk mengawal pendedahan maklumat sulit dan rahsia tersebut semasa dan selepas kontrak pekerjaan pekerja tersebut tamat. Sebaiknya, sesebuah organisasi perlu mempertahankan maklumat sulit dan rahsia milik organisasi tersebut dengan menandatangi dokumen bertulis yang dikenali sebagai Perjanjian Kerahsiaan dengan setiap dan tiap-tiap orang yang mempunyai pengetahuan tentang perkara sulit dan rahsia tersebut. Dengan menerapkan amalan menandatangani perjanjian kerahsiaan ini secara konsisten dan menyeluruh, seandainya terma perjanjian kerahsiaan ini dimungkiri oleh mana-mana pihak, organisasi tersebut akan mudah untuk membuktikan bahawa satu pihak telah melakukan pemecahan kontrak yang telah dan seterusnya beruipaya untuk mengambil tindakan untuk melindungi maklumat sulit dan rahsia tersebut dari terus disebarkan melalui perintah injunksi dan/atau untuk menuntut gantirugi daripada pihak yang mungkir menerusi tatacara perundangan.

Perjanjian Kerahsiaan boleh dibuat dengan sesiapa sahaja (pekerja, rakan niaga, sekutu niaga, para penyelidik dan lain-lain lagi) yang mana anda sebagai pemilik maklumat sulit dan rahsia, mahu menetapkan obligasi kerahsiaan mengenai tatacara penggunaan dan pendedahan maklumat sulit dan rahsia milik anda.

Rahsia Perniagaan (Trade Secret)

Rahsia perniagaan adalah sejenis harta intelek dan juga merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk melindungi harta intelek anda. Ianya berpotensi untuk memberikan perlindungan yang efektif untuk melindungi portfolio harta intelek tertentu yang anda miliki. Namun, ingatan khusus perlu diambil iaitu sesuatu rahsia perniagaan hanya boleh dilindungi dengan baik sekiranya produk yang dihasilkan dari rahsia perniagaan tersebut sukar untuk ditiru oleh orang lain. Ini mungkin meliputi proses pembinaan, pemasangan atau cara membuat (formula atau resepi) pembuatan produk yang mana untuk menghasikannya produk tersebut secara ”reverse engeneering” adalah sesuatu yang mustahil.

Mengambil langkah untuk menjadikan atau menggunakan rahsia perniagaan sebagai harta intelek akan menyebabkan ianya tidak didaftarkan dibawah mana-mana akta yang melindungi harta intelek atau sekiranya sesebuah organisasi mahukan rahsia perniagaan tersebut digunakan secara ekslusif melebihi jangka hayat yang biasanya terpakai sekiranya ianya didaftarkan sebagai sebuah paten.

Contoh yang selalu diberikan disini adalah resepi Coca-Cola yang mana sehingga ke hari ini, tatacara pembuatan Coca-Cola dan formulanya telah disimpan sebagai rahsia perniagaan untuk tempoh berdekad-dekad lamanya! Penulis pernah berpeluang untuk melawat World of Coca-Cola di Atlanta, Amerika Syarikat dan cukup kagum dengan strategi pengkomersilan perniagaan syarikat tersebut yang cukup innovatif sehingga ianya berupaya menjadi pusat tarikan pelancong dan berupaya menjadi pemangkin perniagaan hiliran ”merchandising” seperti mug, pakaian, memorablia, magnet peti sejuk, poster penajaan dan lain-lain barangan yang kini menjadi kegilaan pengumpul barangan Coca-Cola. Namun ada juga keburukan penggunaan rahsia perniagaan kerana ianya tidak memberikan perlindungan kepada pemiliknya sekiranya ada pihak ketiga mahu bersaing dengan produk asal dan mencipta produk yang sama untuk bersaing dengan produk asal.

Sekiranya ada pemecahan kerahsiaan, undang-undang memberikan perlindungan kepada rahsia perniagaan, pemecahan kerahsiaan dan juga tindakan ”passing off” dibawah common law untuk tanda niaga. Adalah menjadi kebiasaan melalui amalan bahawa pemilik harta intelek akan memadankan Rahsia Perniagaan dengan Tanda Niaga (Trade Mark), hakcipta dan juga Industrial Design dalam satu produk untuk menguatkan tuntutannya sebagai pemilik.

Apa yang perlu kita disedari adalah kerahsiaan tidak dapat menghalang orang lain dari merekacipta produk yang sama atau menggunakan proses yang digunakan dalam maklumat rahsia milik kita dalam proses pembuatan bahan lain. Ianya juga tidak dapat menghalang pihak ketiga dari menggunakan proses rahsia tersebut secara komersil. Kerahsiaan tidak memberikan hak ekslusif dan anda sebagai pemiliknya adalah terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan untuk mengalami kerugian apabila pekerja anda yang mengetahui rahsia pernigaan anda berhenti kerja. Kerahsiaan perniagaan juga adalah sukar untuk dilindungi pada jangkamasa yang lama atau sekiranya terlalu ramai orang boleh memperolehi rahsia yang dilindungi tersebut. Untuk membuktikan pemecahan kerahsiaan dibawah common law adalah sukar dan mungkin akan melibatkan belanja yang besar daripada mempertahankan harta intelek anda melalui tatacara pendaftaran.

Sebagai tambahan, selain dari menandatangani perjanjian kerahsiaan, antara cara berkesan yang boleh dicadangkan untuk mengurangkan risiko pendedahan kerahsiaan anda adalah apabila kontraktor atau pekerja anda mula-mula berkhidmat dengan anda, anda boleh meminta mereka memberikan akujanji bertulis untuk bersetuju tidak menjadi pesaing kepada perniagaan anda sekiranya khidmat mereka tamat atau kontrak pekerjaan mereka ditamatkan. Tambahan pula, adalah lebih mudah untuk membuktikan pemecahan kontrak untuk tidak bersaing daripada membuktikan pemecahan kerahsiaan. Namun, akujanji sebegini agak sukar untuk dikuatkuasakan dimahkamah dan ianya perlu disediakan oleh pengamal undang-undang supaya terma yang terkandung didalamnya adalah munasabah, adil dan tidak menghalang hak kontraktor atau bekas pekerja anda mendapatkan peluang untuk menyara kehidupan mereka ditempat lain.

Artikel ringkas ini ditulis untuk kegunaan organisasi tempat penulis bertugas.