Thursday, November 17, 2011

Kasihnya Nabi kepada Ummatnya

Daripada Jabir Radhiallahu berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : "Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api, maka banyaklah belalang dan rama-rama (kelkatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku ( Rasulullah s.a.w) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu masih juga hendak melepaskan diri dari pegangan ku.
H.R Muslim

Malam tadi, Ustaz Don Daniyal muncul memberikan tazkirah di TV AlHijrah (saluran TV bercorak keagamaan kegemaran penulis sejak siaran ASTRO penulis potong sepulangnya dari Tanah Suci). Syabas kepada Ustaz Don Daniyal yang pandai berinteraksi dengan penonton. Adakalanya mimik muka dan cara percakapnya amat mengelikan hati dan tidak kurang juga cara penyampaian beliau yang boleh menyebabkan penonton menitiskan airmata. Semoga Ustaz dapat terus berdakwah dengan pendekatan sebegini. Tiap hari bab lain, topik lain - ada bab tajwid, bab fiqah dan lain-lain lagi. Memang memberikan keinsafan yang amat mendalam. Siarannya keudara tak lama cuma lebih kurang 30 minit campur pesanan penaja, tapi mesej yang diberikan adalah padat dan bernas. Penerangan Ustaz mengenai hadits diatas sangat shahdu sekali.

Jadi sekarang mana kita nak pilih - sanggupkah kita mahu menepis tangan seorang Nabi yang tiada mempunyai niat selain mahu menyelamatkan kita dari jatuh ke dalam Neraka? Nabi kasihkan umatnya, tapi apakah kasih kita setimpal dengan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita?

No comments: