Tuesday, October 25, 2011

Action & Reaction

“While we are free to choose our actions, we are not free to choose the consequences of our actions” - Stephen Covey

Laporan Audit Negara bagi tahun 2010 telah dikeluarkan semalam dan sesalinan laporan tersebut yang melibatkan projek dimana penulis terlibat amat menarik perhatian. Rata-rata pihak media hanya menceritakan pencapaian yang baik-baik sahaja untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kenapa yang bocor, tiris dan projek yang dijalankan yang tidak mendengar nasihat tidak ditunjukkan?

Kenapa kita dianjurkan supaya berfikir? – sedangkan rata-rata, aksaran nas, majoritinya memilih untuk berdegil dan tidak berfikir! Malah nasihat golongan orang yang berfikir hanya dibakul-sampahkan. Bila kena odit, baru mengelabah memohon pertolongan atau mencari alasan menunding jari kepada orang lain, sedangkan anda selama ini hanya mengenepikan pandangan ikhlas yang diberikan!

Banyak tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah seumpama ”group think” – just follow the mob, tak payah berfikir lagi dengan hujah bahawa:
  • orang lain dalam situasi yang sama pun akan pasti membuat keputusan yang sama, membuat pilihan yang sama;
  • barang yang lepas jangan dikenang, nanti kita boleh buat damage control – boleh tutup kes and get away with it;
  • kalau buat keputusan untuk organisasi - pakat sama-sama, tidak perlu gusar, kita semua tanggung ramai-ramai – takde siapa nak siasat kita sorang-sorang!.
  • Ya, saya tahu ini hanya ”quick fix”. Tapi terpaksa – ”darurat” - buat juga untuk menyelamatkan keadaan dan kedudukan saya didalam organisasi. Nanti kalau dah tak terkawal sama ada resign atau ditukarkan jabatan aje!
Sama ada sedar atu tidak, kegagalan kita untuk berfikir akibat masa depan kepada diri sendiri atau organisasi akan menyebabkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit dan juga kekesalan berterusan yang akan datang kembali menggigit kita pada masa akan datang.

Selama ini, anda hanya memikirkan alasan yang mungkin boleh diberikan kepada orang perseorangan yang anda pernah sakiti atau kepada pihak Jabatan Audit Negara apabila projek anda didapati bermasalah. Berfikirlah dengan matang dan lebih jauh lagi - sekiranya ianya melibatkan kesusahan dan penganaiyaan trauma, mental atau fizikal yang berterusan kepada orang lain walaupun hanya seorang, fikirkan juga - walaupun mereka yang dianaiya tersebut (sekiranya anda memohon maaf kepada setiap dan tiap-tiap orang) telah memberikan kemaafan dan menghalalkan tindakan anda – sesungguhnya anda TETAP akan ditanya juga kelak!

Apakah jawapan yang akan anda kemukakan untuk melepaskan diri apabila laporan catatan Illiyin dan Sijjin dibentangkan didepan Mizan dan anda ditanya mengenainya satu persatu di akhirat kelak?

Renungilah satu persatu tafsiran surah dibawah ini. Sekiranya ditolak menjadi imam dalam solat berjamaah, penulis mencintai surah ke 84 didalam AlQuran ini dan sering membacanya disertai dengan sujud sajadah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Apabila langit terbelah!
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Maka Aku bersumpah, demi mega;
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
(Sujud sajadah)
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

No comments: