Popular Posts

Thursday, August 25, 2011

BANK RAKYAT TELAN WANG PELANGGAN (Part 2)

ENAM (6) purnama telah berlalu sejak kejadian itu, sehingga kini penulis tidak mendapat apa-apa maklum balas positif dari pihak BANK RAKYAT yang telah menelan wang penulis walaupun penulis dengan sabar menunggu ianya dikembalikan. Dan dalam tempoh itu juga, penulis tidak mengeluarkan baki wang simpanan yang ada agar bukti dapat dikekalkan yang mengakibatkan penulis terpaksa meminjam wang dari isteri dan rakan baik yang mengetahui perihal kejadian yang berlaku.

Flashback perbualan diantara penulis dan staff kaunter Bank Rakyat yang disiarkan dalam blog penulis di link ini.

"S: Berapa lama duit yang bank R dah tolak dari akaun saya akan dikembalikan?
J: Biasanya kalau pemilik akaun Bank R, paling cepat tiga minggu....

S: paling cepat.............TIGA MINGGU!!!!!!!!!! Apasal lama sangat???
J: Itu prosedur biasa encik. Nasib baik encik keluarkan wang akaun bank R dengan mesin ATM Bank R juga. Kalau encik pengguna MEPS, paling cepat 4 minggu!!!!"


Persoalannya sekarang, semasa di kaunter bank, kenapa dikatakan penulis "bernasib baik" kerana kononnya "bertindak bijak" hanya mengeluarkan wang dari Mesin ATM yang dioperasikan sendiri oleh BANK RAKYAT dan bukannya bank lain dalam rangkaian MEPS? Mana perginya tempoh TIGA MINGGU seperti yang dijanjikan (yang dirasakan tersangat lama oleh penulis berbanding dengan bank-bank lain?).

Selama ini memang penulis ada membuat tindakan susulan dengan membuat panggilan telefon kepada call centre yang hanya menyatakan perkara tersebut apabila telah dibuat laporan mungkin sedang diproses. Bila ditelefon asyik sedang diperoses gamaknya. Ada juga beberapa panggilan telefon dari BANK RAKYAT, lega hati bila mengetahui sipemanggil adalah staff BANK RAKYAT, Insya Allah, wang penulis yang ditelan tersebut dapat dikembalikan semula, namun hampa kerana tujuan sipemanggil dalam setiap dan tiap-tiap panggilan hanya ada dua - sama ada menawarkan pinjaman bank rakyat pada kadar rendah atau tawaran untuk mendapatkan KAD HUTANG mudah-mudahan Penulis bertambah hutangnya! Apabila ditanya, kenapa mesti saya berhutang sedangkan BANK RAKYAT sendiri dah telan wang saya sampai la ni tak dikembalikan dan tanpa apa-apa khabar berita, para pemanggil semuanya NAFSI-NAFSI memohon maaf dan mengatakan bukan kerja kami. Apabila ditelefon, jawapannya mungkin dalam proses! Mungkin????

Jawapan apa tu?

Jelas kredibiliti BANK RAKYAT telah terjejas teruk pada pandangan mata penulis. Dah la jawapan standard paling awal TIGA (3) MINGGU melampai standard mana-mana bank lain yang beroperasi diMalaysia. Sekarang kesulitan yang dihadapi penulis dah melampaui tempoh yang sepatutnya. Apakah BANK RAKYAT tiada standard operating prosedur dalam hal ini.

Maka dengan hati yang agak panas, disiang hari bulan Ramadan 25 Ogos 2011 (siang tadi) penulis siap dengan dokumen salinan slip transaksi, salinan aduan yang dibuat pada 21/02/2011 dan juga salinan print out dan extract Blog Penulis bertarikh yang sama pergi ke Bank Rakyat Seksyen 9 Shah Alam dengan hajat untuk berjumpa terus dengan pengurus bank.

Sampai sahaja ke bank, penulis terpaksa beratur lama untuk membuat semakan akaun bank di ATM. Hah! Dah sah... sampai la ni wang yang hilang tersebut tidak lagi dimasukkan ke dalam akaun simpanan penulis. Hajat penulis untuk bertemu manager ditahan dikaunter kerana petugas perlu mencari laporan simpanan bank yang telah dibuat. Pada mulanya penulis diarahkan agar balik dahulu kerana ianya mengambil masa untuk mencari fail transaksi - tapi penulis dengan tegas mengatakan, tak apa, carilah fail tu sekarang, saya akan tunggu. Lagi pun dah ENAM BULAN saya menunggu, takkan nak TUNGGU lagi ENAM BULAN!!!! Hari tu janji paling lama 3 minggu aje!

Dan macam mana dengan keuntungan simpanan saya?

J : Oh.... biasanya kita cuma pulangkan wang yang hilang sahaja...

S: daH ENAM BULAN saya mengalami kesukaran tak dapat mengeluarkan wang dan tak dapat apa-apa faedah sedangkan BANK dah ENAM BULAN mengaut keuntungan. Patut ke? Tak HARAM ke - sebab saya tak akan halalkan.

J: Itu kena tanya bank yang bertamggungjawab, cawangan Seksyen cuma jaga ATM di UITM Shah ALam. Kami tak jaga ATM TESCO Shah Alam? Itu bukan bidangkuasa kami. Kami tak boleh nak periksa pun. Kalau Kat ATM TESCO, Branch Subang Jaya yang jaga.


(Lagi penulis jadi hot, hari tu kata suruh laporkan ke Cawangan Bank Rakyat Seksyen 9 Shah Alam - baru hari ini penulis mendapat pendidikan geografi terbaru bahawa Tesco Seksyen 13 Shah Alam berada dalam kawasan Subang Jaya) NAFSI-NAFSI! Sebijik macam masalah yang penulis pernah hadapi masa masih menjadi pengamal undang-undang setiap kali ada laporan yang perlu dibuat ke pihak POLIS. Kalau dengan pihak polis lagilah pening..... Tuan, salah Balai, walaupun anakguam encik aksiden depan sana (tempat kejadian jauh lebih hampir dengan balai tersebut) tapi encik kena buat laporan kat Balai polis KL sebab dalam kawasan KL. Habis tu depa tu bukan anggota polis ke?

Berbalik kepada kes BANK ENAM BULAN, setelah menunggu beberapa lama, barulah fail transaksi laporan diperolehi - oh ya encik ada buat laporan pada sekian haribulan, kami dah faks (penulis dengan geram mendengarnya) pada sekian haribulan (setelah beberapa hari). Ini staff pejabat cawangan Subang Jaya yang kena ambil tindakan dan pegawai tersebut memberikan no telefon Puan Wani 03-8023 XXXX untuk encik buat follow-up.

S: bagaimana dengan keuntungan dividen atas deposit wang yang hilang tersebut tu? Leboh macam tu aje ke?
J: Itu tak tentu dapat lagi encik, encik kena telefon cawangan sana (jawab mamat tu, mengelak).

Nampaknya terpaksalah penulis menggunakan cable penulis tak lain tak bukan adik ipar sendiri yang dahulunya pernah bertugas di Jabatan Perundangan Bank negara. beliau kini ditempatkan di Bahagian Perbankan Islam.

Macam ni ajelah. Penulis dengan ini membuat saranan:
  1. agar nama BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA ditukar sahaja kepada "BANK ENAM BULAN"; dan
  2. Penulis mengetahui bahawa BANK ENAM BULAN adalah merupakan sebuah koperasi - saranan saya, agar BANK ENAM BULAN digabungkan sahaja dengan koperasi-koperasi yang banyak diluar sana yang turut memberikan pinjaman bercirikan Islam dan seterusnya diubah Standard Operation Prosedure mereka kesemuanya agar selari atau lebih baik berbanding dengan bank tempatan dan dapat meningkatkan daya saing sebagai institusi yang mengamalkan perbankan Islam. Sama ada Akta Koperasi perlu diubah lagi, itu kena tanya pihak AG Chambers. MOF dan Bank Negara.
Baiklah penulis akan menunggu.... sabar, Ya Allah, dibulan Ramadan aku boleh mengamuk macam ni. Astaghfirullahhal Azim...

Hmmmmmmm..................BANK ENAM BULAN...........what an apt name!

Rephrase balik - sepatutnya soal jawab saya terdahulu dengan staff bank goes somewhat like this, tak la saya mengamuk macam ni.

"S: Berapa lama duit yang bank R dah tolak dari akaun saya akan dikembalikan?
J: Biasanya kalau pemilik akaun Bank ENAM BULAN, paling cepat ENAM BULAN la....

S: paling cepat.............ENAM BULAN!!!!!!!!!! Apasal CEPAT sangat???
J: Itu prosedur biasa encik. Nasib baik encik keluarkan wang akaun bank ENAM BULAN dengan mesin ATM Bank ENAM BULAN juga. Kalau encik pengguna MEPS, paling LAMA pun 4 minggu je!!!!"

No comments: