Monday, July 11, 2011

Contoh Surat Amaran - Penyalahgunaan maklumat peribadi (email)

Email tuan bertarikh [ insert tarikh ] yang dilampirkan di bawah serta Personal Data Protection Act 2010 yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 2010 ("Akta tersebut") adalah dirujuk.

Pihak tuan telah didapati melakukan kesalahan jenayah "spamming" kepada email saya dan juga kepada email anggotakerja organisasi kami yang mana alamat email kami adalah merupakan maklumat peribadi milik kami yang telah pihak tuan salah-gunakan bagi tujuan komersil.

Dibawah Akta tersebut, kami secara kolektif ataupun secara individu boleh melaporkan kesalahan tuan kepada Commissioner of Data Protection untuk siasatan:

(i) mengenal pasti pihak yang telah mendedahkan maklumat peribadi kami untuk diambil tindakan;
(ii) tuan didapati bersubhat dengan pihak yang melakukan kesalahan tersebut;
(iii) dakwaan ke atas tuan kerana mengutip maklumat peribadi tanpa kebenaran dibawah Seksyen 130 (1) Akta tersebut.

Kami percaya bahawa email kami telah tuan ambil dan/atau telah diberikan kepada pihak tuan tanpa kerelaan dan tanpa memperolehi kebenaran kami terlebih dahulu ataupun sekiranya pihak kami telah ataupun pernah memberikan kebenaran, kebenaran tersebut (yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa) telah ditarik balik selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Akta tersebut.

Tindakan penyalah-gunaan data peribadi kami tanpa kebenaran adalah merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dibawah seksyen 130 (1) Akta tersebut (Penalti – tidak lebih RM500,000-00 atau dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya).

Oleh yang demikian, sukacita kami agar pihak tuan tidak lagi mengulangi kesalahan tuan, bukan hanya kepada kami tetapi juga kepada sesiapa lagi yang lain pada masa akan datang.

Sekian dimaklumkan.

[ tandatangan ]

Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi
Syarikat ABC

(Ini adalah contoh sahaja. Penulis telah diamanahkan untuk memberikan taklimat kepada kesemua anggotakerja organisasi tempat penulis bertugas mengenai Akta ini) Itulah sebab blog ini seolah-oleh terbiar sepi untuk beberapa lama... terima kasih kepada abang-abang,adik-adik dan kakak-kakak yang sudi berkunjung menziarahi saya di sini.

Insya Allah, saya akan kembali menulis semula secara aktif dalam masa terdekat ini)

No comments: