Popular Posts

Thursday, July 21, 2011

Presiden SIRIM Meninggal Dunia


Penulis baru mendapat berita sedih sebentar tadi, Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato' Ir Yahaya bin Ahmad baru sahaja meninggal dunia. Pak Ya beberapa bulan yang lalu didiagnose mengidap penyakit kanser pankreas stage 4. Kali terakhir penulis berbual bicara dengan beliau adalah semasa majlis meraikan kejayaan Program Malaysian Inventor's Challenge. Beliau sempat bertanya penulis mengenai pengalaman penulis menunaikan haji tahun lepas. Ya Allah, sesungguhnya organisasi kami telah kehilangan seorang pemimpin yang mengamalkan dasar pintu terbuka, tulus dan telus. Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah mengampuni dan mencucurkan rahmat kepada Allahyarham.

Jenazah akan di solatkan di Surau Seksyen 6 Shah Alam dan dijangka dikebumikan selepas Asar hari ini.
Link
Allahumahfirlahu warhamhu waafina wa'fuanhu. Wasallahu ala saidina Muhammad Wa ala Alihi wasahbihi wassalam. Amin.

Link berikut adalah berkaitan: Pesanan khas ahli keluarga Allahyarham Presiden.

3 comments:

Kasih Harmoni said...

inalillahi waina ilaihi rajiuun. Dato' Ir.Hj.Yahaya Ahmad pernah turun padang bersama2 staf Sirim dalam program Iftar Ramadhan tahun 2010. Sangat merendah diri. Semoga Allah tempatkan Roh beliau bersama2 Roh para Solehin & Sidiqin. Amin. al-fatehah... ♥♥♥

Nurhalawa Md.Yusof said...

Mengikut email yang baru diterima, Jenazah Allahyarham Pak Ya akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas waktu zuhur..al-fatihah dari kami di NML-SIRIM, Sepang..

Iskandar aka DR Bubbles said...

Salam,

saya mendapat khabar duka ini daripada Tuan Azizul Azman, rakan sekolah saya. Allahyarham seorang yang budiman dan suka membantu anak-anak yatim.

Kami pernah sama-sama menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim Badan Amal Nurzaharah di Janda Baik. Beliaulah yang bersusah payah menyiapkan rak buku untuk perpustakaan itu. Sehingga sekarang saya masih mengingati jasa baik Allahyarham.

Moga Allah menempatkan beliau dalam lindungan rahmatNya. Amin. Amin.