Popular Posts

Saturday, July 30, 2011

Trip to Melbourne

SOS! my wife bought us 2 Airasia tickets super cheap... now what..???

Not that I am complaining.. but I really do not know what to expect down under. Other than the famous Victoria Market, I know next to nothing about Melbourne... my former boss selalu balik ke sana hanya semata-mata untuk tengok tennis matches.... kalau pi NSW boleh bayangkan the great barrier reef, all those kambing & lembu... especially fishing & tangkap ketam. Dah ponat den buat research baca buku mana nak pi ... tak kan nak pi sana utk belajar tangkap buaya.. or take photos with wallabies & kangaroos...

Now... any good samaritan with a good wide angle lens for me to borrow?..

Monday, July 25, 2011

Pesanan dari keluarga Presiden SIRIM

(Hari ini, pulang sahaja ke pejabat daripada menghadiri sebuah bengkel perundangan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebuah tugas istimewa telah sedia menunggu...penulis berasa amat terharu apabila diamanahkan dengan tugas menulis kata-kata amanat ahli keluarga Allahyarham Pak Ya).

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada semua anggota kerja SIRIM Berhad dan anak syarikatnya (dan juga orang perseorangan yang mengenali Allahyarham).

Sebagaimana yang tuan-puan sedia maklum, Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad yang kita kasihi telah pulang ke Rahmatullah baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, wakil keluarga Allahyarham ada menyampaikan beberapa amanat dan pesanan kepada anggota kerja seperti berikut -
Ahli keluarga Allahyarham menyusun sepuluh jari, untuk dan bagi pihak diri Allahyarham, dengan rendah diri:
  1. memohon keampunan dan kemaafan daripada keseluruhan anggota kerja/tuan-puan sekalian sekiranya dan jika semasa hayat beliau, Allahyarham ada tersalah dan silap dalam pergaulan seharian Allahyarham semasa bertugas di SIRIM Berhad. Maka haraplah dapat diampunkan segala kesalahan dan kesilapan Allahyarham;

  2. sekiranya Allayarham ada termakan atau terminum, amat besarlah harapan keluarga Allahyarham agar ianya dapat dihalalkan;

  3. seandainya tuan dan puan, anggota kerja SIRIM ada memberikan apa jua bentuk pinjaman kepada Allayarham atau sekiranya Allahyarham ada terhutang wang ringgit, barangan atau perkhidmatan, harap dapat datang dan membuat tuntutan terus kepada ahli keluarga Allahyarham; dan

  4. seterusnya ahli keluarga Allahyarham mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diatas lawatan dan ziarah yang dilakukan oleh anggota kerja dan orang persorangan/sahabat handai/ kenalan dll kepada Allahyarham semasa Allahyarham terlantar sakit.
Pertolongan yang anggotakerja berikan dan bantuan kesemua pihak dalam melancarkan pengurusan jenazah Allahyarham didahului dengan ucapan terima kasih. Allah jualah yang mengumpulkan kita dan kepada Allah jua kita semua akan dikembalikan. Semoga dengan usaha ini, ruh Allahyarham dapat bersemadi dengan tenang, dihindari daripada azab kubur, dicucuri rahmat serta ditempatkan didalam jannah bersama-sama dengan ruh para anbia, shuhada’, siddiqin serta solihin. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Presiden SIRIM Meninggal Dunia


Penulis baru mendapat berita sedih sebentar tadi, Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato' Ir Yahaya bin Ahmad baru sahaja meninggal dunia. Pak Ya beberapa bulan yang lalu didiagnose mengidap penyakit kanser pankreas stage 4. Kali terakhir penulis berbual bicara dengan beliau adalah semasa majlis meraikan kejayaan Program Malaysian Inventor's Challenge. Beliau sempat bertanya penulis mengenai pengalaman penulis menunaikan haji tahun lepas. Ya Allah, sesungguhnya organisasi kami telah kehilangan seorang pemimpin yang mengamalkan dasar pintu terbuka, tulus dan telus. Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah mengampuni dan mencucurkan rahmat kepada Allahyarham.

Jenazah akan di solatkan di Surau Seksyen 6 Shah Alam dan dijangka dikebumikan selepas Asar hari ini.
Link
Allahumahfirlahu warhamhu waafina wa'fuanhu. Wasallahu ala saidina Muhammad Wa ala Alihi wasahbihi wassalam. Amin.

Link berikut adalah berkaitan: Pesanan khas ahli keluarga Allahyarham Presiden.

Wednesday, July 20, 2011

Skrip kehidupan yang telah sedia ada ..

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Alhadid 22-23)

Tuesday, July 19, 2011

Doa ganguan/sukar tidur malam

A sister emailed me last week menceritakan masalah one of her students menghadapi gangguan tidur malam - dah beberapa hari tak tidur. Oleh kerana penulis kena pi kursus 3 hari di UIA Gombak, maka lambat sikit untuk poskan doanya. Sebaiknya dibaca sekali dengan Bismillah 5 (earlier posting). Diharap dapat membantu, Insya Allah. Klik imej untuk membesarkannya.




Monday, July 18, 2011

Bismillah 5


Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi maupun di langit, dan Dia yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Monday, July 11, 2011

Contoh Surat Amaran - Penyalahgunaan maklumat peribadi (email)

Email tuan bertarikh [ insert tarikh ] yang dilampirkan di bawah serta Personal Data Protection Act 2010 yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 2010 ("Akta tersebut") adalah dirujuk.

Pihak tuan telah didapati melakukan kesalahan jenayah "spamming" kepada email saya dan juga kepada email anggotakerja organisasi kami yang mana alamat email kami adalah merupakan maklumat peribadi milik kami yang telah pihak tuan salah-gunakan bagi tujuan komersil.

Dibawah Akta tersebut, kami secara kolektif ataupun secara individu boleh melaporkan kesalahan tuan kepada Commissioner of Data Protection untuk siasatan:

(i) mengenal pasti pihak yang telah mendedahkan maklumat peribadi kami untuk diambil tindakan;
(ii) tuan didapati bersubhat dengan pihak yang melakukan kesalahan tersebut;
(iii) dakwaan ke atas tuan kerana mengutip maklumat peribadi tanpa kebenaran dibawah Seksyen 130 (1) Akta tersebut.

Kami percaya bahawa email kami telah tuan ambil dan/atau telah diberikan kepada pihak tuan tanpa kerelaan dan tanpa memperolehi kebenaran kami terlebih dahulu ataupun sekiranya pihak kami telah ataupun pernah memberikan kebenaran, kebenaran tersebut (yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa) telah ditarik balik selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Akta tersebut.

Tindakan penyalah-gunaan data peribadi kami tanpa kebenaran adalah merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dibawah seksyen 130 (1) Akta tersebut (Penalti – tidak lebih RM500,000-00 atau dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya).

Oleh yang demikian, sukacita kami agar pihak tuan tidak lagi mengulangi kesalahan tuan, bukan hanya kepada kami tetapi juga kepada sesiapa lagi yang lain pada masa akan datang.

Sekian dimaklumkan.

[ tandatangan ]

Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi
Syarikat ABC

(Ini adalah contoh sahaja. Penulis telah diamanahkan untuk memberikan taklimat kepada kesemua anggotakerja organisasi tempat penulis bertugas mengenai Akta ini) Itulah sebab blog ini seolah-oleh terbiar sepi untuk beberapa lama... terima kasih kepada abang-abang,adik-adik dan kakak-kakak yang sudi berkunjung menziarahi saya di sini.

Insya Allah, saya akan kembali menulis semula secara aktif dalam masa terdekat ini)