Monday, February 21, 2011

ATM Bank "telan" wang pelanggan

Alkisah, pada pagi Sabtu 19/02/2011, penulis dan isteri singgah di Tesco Shah Alam untuk mengeluarkan sejumlah wang dari ATM Bank R untuk digunakan membayar deposit kenderaan MPV terpakai jenama Toyota yang telah ditempah sebelum penulis berangkat mengerjakan fardu haji tahun lepas. Wang deposit diperlukan (walaupun sebenarnya tak perlu, kerana mekanik kami (berbangsa cina) amat mempercayai kejujuran penulis) sebab dah beberapa kali orang lain termasuk seorang haji juga berkenan nak "pow" MPV tersebut! Cara pembayaran yang akan dilaksanakan adalah secara pembayaran tunai/deraf bank. Khuatir barang yang dihajati kena sapu orang lain, maka apalah kiranya penulis ambil inisiatif keluar sikit deposit tanda setuju. Macam nak pergi meminang la pulak!

Kenderaan tersebut telah digantikan engin, gear box dan beberapa peralatan baru dan kini masih menunggu shipment dari Jepun untuk seats dan steering baru. Walaupun ianya merupakan model lama generasi pertama, Yap, mekanik kepercayaan kami memaklumkan bahawa alat gantinya relatif murah dan amat senang diperolehi.

"You angkatlah itu MPV dulu, bayar kemudian pun tak apa.... saya percaya awak, tak payah deposit tak apa" ujar Yap.

"Nanti orang lain potong que bayar deposit dulu... aku macam mana... malam susah mau tidur maaa..."

"Hei... ini kereta la... bukan awek" .. ditambah dengan hilai ketawa si Yap!

"You punya pasal saya boleh tunggu punya... kalau lain orang saya kena tengok dulu" ujar Yap dengan jujur.

"Terima kasih Yap, habis tiba-tiba kalau aku mati, tak sempat bayar macam mana?... kira free ke?" - Makin gamat Yap ketawa.

Iyelah... anak-anak penulis makin membesar, ruang tempat duduk kenderaan yang sedia ada adalah kecil, ditambah dengan ruang boot kereta yang dihuni tong gas CNG didalamnya! Pandu uji MPV tersebut berjalan lancar. Walapun model lama, ianya amat selesa dan memenuhi keperluan kami sekeluarga.

Kat mesin ATM - tekan punya tekan, maka keluarlah RM1500-00 dari ATM. Nak cukupkan RM3k sebagai deposit, maka penulis pun mengulangi transaksi pengeluaran RM1500-00 sekali lagi. Malang... kali ini setelah menunggu hampir 5 minit, transaksi pengeluaran seakan terhenti "system hang". Akhirnya kad ATM penulis dikeluarkan... slip transaksi tak keluar la pulak... duit pun takde... so nak tak nak kena check baki yang ada.... masuk balik kad ATM semata-mata nak memeriksa baki yang tinggal. ... confirm - wang RM1500-00 pengeluaran kali kedua yang tak keluar tu dah lesap dari jumlah baki yang sepatutnya. Maka dengan hati yang runsing, penulis dan isteri pun cuba menelefon helpdesk Bank R tersebut... tah berepa kali telefon - sama ada tak ada orang yang menjawab atau dijawab oleh mesin... akhirnya adalah suara seorang petugas lelaki berbangsa melayu menyatakan kes seperti ini perlu dilaporkan ke cawangan Bank R yang berhampiran. Ada borang yang perlu diisikan.

S: berapa lama agaknya saya boleh dapat balik duit saya yang tak keluar tu?
J: Abg jangan risau, selalunya dalam seminggu kami akan bank in balik....

S: Seminggu... lamanya! Kalau saya nak pakai duit lagi macam mana?
J: Tak apa, abg boleh pergi ke mana-mana ATM Bank R lain dan ubah had limit pengeluaran abg yang sedia ada dari RM3 ribu ke Rm5 ribu. Lepas tu abg boleh keluarkan baki yang ada.

S: Kalau saya terlupa atau tak buat laporan, apa akan terjadi?
J: Duit tu akan "floating" tak tahu kepada siapa nak dikembalikan....

Begitulah perbualan melalui telefon penulis dengan petugas berkenaan. Carian web di laman sesawang Bank R juga tidak memberikan apa-apa maklumat yang boleh membantu. Maka tiada pilihan lain selain ke pajabat Cawangan Bank R yang berhampiran.

Tengah hari tadi 21/02/2011, penulis ke cawangan Bank R di Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan. Dah siap isi borang, penulis bertanya kepada petugas di kaunter:

S: Berapa lama duit yang bank R dah tolak dari akaun saya akan dikembalikan?
J: Biasanya kalau pemilik akaun Bank R, paling cepat tiga minggu....

S: paling cepat.............TIGA MINGGU!!!!!!!!!! Apasal lama sangat???
J: Itu prosedur biasa encik. Nasib baik encik keluarkan wang akaun bank R dengan mesin ATM Bank R juga. Kalau encik pengguna MEPS, paling cepat 4 minggu!!!!

Penulis cuma menggelengkan kepada.... ku lihat seorang wanita india yang menghadapi masalah yang sama dengan penulis terus duduk terjelepok di atas lantai apabila mendengar penjelasan yang diberikan. Agak penulis, dia memerlukan wang untuk suatu kes kecemasan.... ke manakah dia akan pergi untuk menampung keperluannya itu sementara menunggu paling cepat sebulan lebih...hish.... takkan terpaksa jumpa "Along Bukit Beruntung"???



Hakikatnya :
Syukur penulis panjatkan kepada Illahi kerana-
1. Bukan semua orang mempunyai kemudahan simpanan wang dalam beberapa buah bank seperti penulis.
2. Bukan semua orang boleh dengan mudah mengubah had pengeluaran harian kepada jumlah yang lebih tinggi - ianya bergantung kepada baki akaun yang masih ada.

Menunggu 4 minggu atau sebulan lamanya untuk mendapat kembali wang akibat system error Bank R di zaman Internet yang serba canggih dan pantas ini adalah tidak dapat diterima.

Penulis pernah terlibat dengan rancangan penstrukturan semula beberapa buah bank.... dalam kes sebegini jika dibandingkan dengan Bank M, jangkamasa pengemaskinian akaun adalah 3 hari, sementara Bank C adalah seminggu lamanya.

Keputusan:

Penulis tiada pilihan lain selain dari menutup akaun Bank R dan memindahkan simpanan ke bank lain!

Friday, February 18, 2011

Photoshoot February 2011

Time to reflect... & reflections.
Location - 5 km away from Lembah Anai waterfall, Sumatra Barat

A rare shot - Kantor Walikota Bukittinggi in good weather. Normally its either gloomy or washed out sky!

Jam Gadang Bukittinggi at night. Fact: believe it or not - it is recorded that the watch tower's main engine is actually a twin sister of the famous Big Ben in London.

A signboard is a signboard.... is a signboard.... is a signboard...
one may notice it....but none shall take heed.
Location : Petaling Street.

I took this shot at Putrajaya during Macro photography class by the humble sifu Cikgu Shark
(Sharkawi Che Din).
Google his name and you will be rewarded with great photographs!