Popular Posts

Wednesday, December 22, 2010

On Asthma, allergies and demonstrasi produk

Look carefully... ada perbezaan ketara di antara dust mite droppings dgn habuk biasa!

Water as the main filter media working in combination with high efficiency particulate air (HEPA) filter. With water as the main filter media, the HEPA filter's job has been greatly reduced. Tak perlu tukar the HEPA filter for years and years and years. Some other product uses several layers of HEPA filters... and the costs of owning such a product jadi teramat mahal due to extensive maintenence!

I asked the salesperson to clean and sanitise our largest teddy bear... it weights more than 7 kgs... and it is larger in size than my 6 year old daughter

Just look at the turbo suction power ....if other teddy bears yg kami ada jadi macam ni, aku tak terkejut, but our big bear yg memang rigid ni pun jadi kempis!!! (Actually, I was planning to bantai her.... sebab mula-mula lagi dia sendiri terkejut that we have a teddy bear this size, so I argued with her, kalau tak nak try bersihkan yang ini, ada lagi satu yang lebih besar - actually aku gertak dia aje) Note : While cleaning, all the plush toys are being deodorized with a pleasant long lasting aroma.

Dust mites dan kaum kerabatnya yang disedut in less then 2 minutes oleh this product. Try this with a vacuum cleaner, you'll only cause them to be suspended in the air for hours due to the filter not being efficient.

I would like to make it clear from the start - I do not usually endorse a product. Jauh sekali-kali, melainkan sekiranya produk itu memang luar biasa kesan dan/atau kegunaannya. Begitu juga dengan promosi apa-apa produk oleh jurujual yang datang dari rumah ke rumah.... I would normally be my usual self – hardly impressed with apa jua barangan yang depa nak jual. Sedangkan nak beli equipment atau accessories yang berkaitan dengan minat ku dibidang fotografi pun tah berpuluh kali fikir – adakah ini satu keperluan? (to me photography is a very subjective matter – I do not subscribe to the idea that by upgrading to new and "better" gears with lots of new features would definitely turn you into a better photographer. To me photography is an avenue to be creative within the limitations set by your camera as one can have the best photographic equipment, but still be a lousy photographer (secara umumnya, a photographic equipment user) Creativity is lost indeed).


Berbalik kepada isu promosi barangan... baru-baru ini aku didatangai oleh seorang jurujual. Barangan yang ditawarkan... baiklah.. memang sebenarnya aku cari-cari selama ini. Aku buat bodoh aje masa mendengar penjelasan yang diberikan. Kesemua fakta mengenainya memang sedari dulu lagi dah lama dalam pengetahuan aku... hanya menunggu masa nak "tembak" jurujual tu sekiranya dia buat statement yang salah or exeggerate performance barangan yang dia nak promote tu (Nota: zaman cuti semenster university days penulis dulu aku pernah berkerja part time sebagai casual worker di Jaya Jusco TTDI (now depa dah pindah ke Bandar Utama)... bertugas di bahagian jualan electical goods. The pay is not great & sesaja je cari pengalaman.


Antara kerja utama aku selain menyusun barangan adalah test barangan untuk pelanggan. (bab yang palig aku tak gemor dan cukup seksa – kena punggah & angkat peti ais / mesin basuh dari loading bay ke tingkat 3 untuk display. Months later due to the stress and agony of doing these chores had severely contributed to my health problems) Bab yang aku paling minat sekali – test barang! Habis segala blender, mixer, vacuum cleaner, oven, stove, stereka, cerek, fryer, dryer, mesin basuh, kipas dan lain-lain perkakas elektrik dari berbagai jenama aku dah test. Boss kata the customer is always right, so untuk memenuhi harapan pelanggan, memang aku test gila-gila. Sampai meletup dan hangit terbakar pun ada. Dari pengalaman tersebut, tahulah aku bahawa barangan buatan Malaysia walau brand cikai dan tak terkenal sekalipun mempunyai kualiti dan toleransi yang tinggi. Ada gak brand dari luar negara, belum apa-apa dah kena pulangkan kepada supplier – rosak, part yang patah dan yang paling kelakar sekali part yg patut ada dalam kotak - bila dah customer bawak balik rumah, baru depa sedar part tu takde!!! Kepuasan utama semasa tu ialah bila melihat all the smiles dari customer yang berpuas hati dengan barangan yang mereka beli.


Balik kepada si jurujual. Nasib baik dia tak kelentong aku... kalau tidak memang nahas!. Barangan yang kini berpindahmilik menjadi milik ku sebenarnya amat kami diperlukan untuk kesihatan seisi keluarga. The product is a multipurpose air cleaner – yang paling efficient sekali dalam pasaran sekarang. Penapis utamanya adalah air dan peralatan ini menggunakan elektrik pada jumlah wattage yang amat rendah. In my previous posting, ada aku paparkan kisah my eldest daughter, with oxygen mask dalam ward di Darul Ehsan Medical Center, akibat serangan asthma. Setakat ini dah banyak kali kami (termasuk aku sendiri) berulang ke klinik untuk mengambil ubat sehinggalah aku sendiri terpaksa mengeluarkan modal untuk membeli mesin nebuliser (ubat ambik kat DEMC) dan juga stethoscope. Kengkadang tu bila anak-anak aku bercuti ke rumah opah mereka, tetiba kena sakit lelah, aku akan berkejar ke TTDI dengan peralatan yang ada – huh... komen ayah... aku ni dah jadi macam Dr on call yang tak bertauliah!!!!Aku juga turut memiliki sebuah mesin air cleaner didalam rumah.... yang asecara jujur, ku tak nampak keberkesanannya....

Dah bermacam-macam ubat untuk Asthma dan allergi yang kami cuba. Dari perubatan moden sehinggalah perubatan tradisional... kalau ke sesiapa ke Makkah tu dulu memang wajib pi beli hati unta... tapi putus aje bekalan, sakit datang balik. Ada yang suruh makan hati tupai.. hati kelawar... hati cicak kubing... huh.. tak selera betul. Yang paling mujarab yang pernah aku cuba - sarang burung walit - tapi harganya... would cost you an arm and a leg.. baik memang baik...(masa jadi lawyer & buat marketing pada klien dulu selalu gak order sup sarang burung ni) tapi masuk aje musim jerubu... sakit la balik... Masalah sukar bernafas senang sikit nak handle – yang payah nak mengubat adalah allergi kulit!!!! Memang ianya menjadi masalah besar ni... sebab budak-budak semasa tidur akan menggaru-garu... tubuh badan sendiri yang hancur tanpa disedari.....

Pada hemat penulis, ubat penawar yang murah dan paling mujarab untuk masalah pernafasan adalah minyak Habbatus Sauda... yang di perolehi dari saudara-mara yang pulang dari tanah suci Makkah. Cara yang aku gunakan, in addition to sabultamol vial aku tambah 2-3 titik miyak habbatus sauda dalam nebulizer & sedut titisannya. Budak-budak tak berapa suka... kena pujuk depa supaya bersabar.... sebab rasanya sedikit pedas! Tapi keberkesanannya cepat.

Jamilah pernah dimasukkan ke dalam ward di Hospital University, PJ kerana masalah kesihatan yang sama. Bukan sahaja Jamilah, Husna pun nyaris-nyaris masuk ward sekali..... the damage... sekali masuk ward dalam RM7.5k! Demam kita dibuatnya. Heatlh is wealth. Maka kami selama ini mengikut nasihat saranan pakar perubatan, tak diperbolehkan dibentang apa jua permaidani di teratak kecil kami. Kucing, arnab atau apa binatang peliharaan walau cute mana sekalipun tak boleh dibela... harap-harap selepas ini, anak-anak ku dapat menikmati kehidupan yang sihat dan selesa dan bebas dari habuk dan jerebu durjana ujian kepada manusia. Masih teringat aku pada kisah zaman lampau, adik-adikku kesemuanya ke sekolah, namun aku terbaring di rumah – cuti sakit! Kalaulah cuti sakit tu boleh buat macam-macam aktiviti yang menyeronokkan lainlah ceritanya........

Those yang berminat nak demo produk tu, (pada hemat aku yang memang kaki sceptical ni, memang bagus dan berkualiti) untuk first time its free of charge & depa akan bersihkan perkakas dalam yr bedroom. Tak beli pun takpe tak jadi masalah, you still get your room cleaned... bersih sampai berlonggok-longgok hama dan suku-sakatnya dapat dikumpulkan dan dibuang. Warna habuk dari hama ni pun berbeza sungguh.Some of my friends will be contacted by the sales person. Manalah tahu korang berminat nak try. Try dulu sebelum beli and they have a simple way to re-coope your costs purchasing the apparatus. Kalau tak salah aku IJN memang gunakan peralatan ni. Likewise for many hotels - kalau tidak jenuh depa nak kena tanggung kos untuk bersihkan tilam, langsir & udara dalam bilik hotel. Kalau anda berminat, pls drop me an email. Selama ni aku lebih banyak cuba mengubat Asthma & allergies.... now the focus is more on prevention.

Update : Hanya jauhari yang mengenal manikam. At as this update, our good friend Dr Norazah Abd Ghani and her husband (surgeon) were really impressed with the product and immediately bought a set, less than 3 days we bought ours. Depa tu doctors, aku hanyalah a scrupulous equipment tester yang super ganas, equipped with extensive knowledge of consumer law and consumer protection and working with ...... ehem..ehem...heheheh Kalau depa tipu, they got the wrong person.

1 comment:

Amsyahril Syahril said...
This comment has been removed by a blog administrator.