Popular Posts

Tuesday, August 24, 2010

On Digital SLRs - a beginner's note

Tersenyum sampai ke telinga penulis, apabila ditunjukkan blog my fellow learned brother yang memaparkan penulis "in action" sedang mengambil gambar semasa majlis walimah perkahwinan adik penulis. Read about it here. Photography is one of my favourite hobbies as it jibes and complements my other main hobby - menulis. Banyak lagi sebenarnya perkara yang penulis hendak ceburi dalam kehidupan yang singkat ini. It all started out masa zaman sekolah rendah... tah kenapa zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun ada aje sessi fotografi, ambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah Sekolah Sri Petaling "Seruling Jaya". Sekolah masih wujud lagi, cuma status majalah sekolah yang memaparkan karya nukilan pelajar (termasuk cerpen pendek bahasa dalam bahasa Inggeris oleh penulis), tidak diketahui sama ada masih diteruskan atau tidak.

Back to photography, penulis mempunyai rasa ingin tahu yang sangat kuat - macam mana ye sesuatu imej dihasilkan. Then masa penulis di Tingkatan 1, rasanya cuti penggal ketiga, kami sekeluarga dan my cousin kak Muznah pi bercuti ke Johor Bahru, menginap di Rest House JB (kini didirikan sebuah hotel 5 bintang) dan keesokan harinya kami menyeberangi Tambak Johor ke Singapura. Singapura, ayah membeli sebuah kamera SLR jenama Nikon model EM berserta 2 lensa - 35mm dan 50mm dan micro attachment lens untuk merakamkan gambar keluarga. Dengan kamera ini jugalah penulis mula belajar cara-cara mengambil gambar yang betul dan bagaimana nak menghaslkan gambar yang "pleasing to the eye". Takut-takut juga nak membawa kamera SLR balik ke Asrama sekolah di SMKA Maahad Hamidiah - maklumlah hidup di asrama... kalau kena pow or rosak dek tangan-tangan ganas tak ke naya. Dengan berbekalkan kamera tersebut, penulis dapat berniaga kecil-kecilan. Dapatlah juga extra pocket money zaman sekolah dulu. Kamera filem tersebit digunakan dan berfungsi dengan baik sehinggalah ke tahun 2007 dan kini direhatkan kerana tidak lagi praktikal.

Fast forward to zaman sekarang

Penulis dan isteri memiliki dua (2) DSLR body – Nikon D60 dan D40. Kedua-dua body kamera ini tidak lagi berada dalam pasaran. Kalau ada pun dalam pasaran barangan terpakai!

Kenapa penulis memilih Nikon – harga lensanya lebih murah sedikit dari jenama Canon. Kalau nak beli camera – dicadangkan antara Nikon dan Canon sahaja yang kedua-dua jenama ini mempunyai pilihan lensa yang banyak berbanding dengan jenama kamera lain.

Tips - Fill the frame - If you are not close enough, you are not good enough!
My new nephew on his birthday

Faktor kesamaan antara dua body kamera ini (D40 dan D60) adalah kedua-duanya tidak memiliki motor dalam kamera. Oleh itu, ianya memerlukan gabungan body kamera dan juga lensa y ang memiliki motor sekiranya system focus auto diperlukan. Antara body kamera Nikon yang tidak memiliki motor dalaman adalah seperti model D3000 , D5000 dan juga model terbaru yang baru sahaja dilancarkan - D3100. Kamera-kamera ini tergolong dalam katagori yang menggunakan lensa “dx” iaitu luas permukaan sensor (zaman dulu, “sensor” dalam kamera adalah filem) yang lebih kecil. Jadi harganya lebih murah berbanding dengan kamera full frame. Sekadar untuk pengetahuan, kamera Full Frame seperti D700 dan D3 harganya mencecah ribuan ringgit. D3 adalah kamera flagship Nikon - kalau tak salah dalam RM17,000-00 boleh mengambil gambar dalam keadaan cahaya extreme rendah. (As at 2013, the Flagship Full Frame Model for Nikon adalah D800).

Meskipun tanpa memiliki lensa bermotor – sebenarnya takde masalah – kita masih lagi boleh menggunakan lensa secara manual – sama seperti zaman awal SLR dulu (pada penulis ini bukan masalah yang besar – alah bisa tegal biasa). Dalam zaman yang serba canggih ini, mungkin ada yang akan mengatakan nak focus secara manual adalah sesuatu yang leceh dan sukar. Tapi tepuk dada; tanya budget anda untuk membeli lensa yang kesemuanya mempunyai motor, bukanlah sesuatu yang murah dan terjangkau oleh kita!

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan DSLR – anda harus melupakan tentang body kamera mana yang akan memberikan megapixel yang besar. Itu hanya gimmik sahaja. Saiz gambar bermegapixel yang besar sememangnya akan memberikan gambar yang cantik – namun persoalannya sama ada kita akan mencetak gambar yang kita ambil. Ada cara untuk mengiranya – kalau tak salah penulis gambar dari kamera seminima 6 megapixel boleh mencetak gambar saiz 8R dengan jelas tanpa kecacatan pecahan pixel gambar yang dicetak. Nak beli body kamera yang menghasilkan gambar megapixel tinggi – boleh, silakan tapi ianya adalah tidak praktikal kerana ianya akan memenuhi storan kad memori/hard disk sahaja. Lainlah kalau anda memang fotografer professional yang memerlukan cetakan ganbar dibuat atas kertas saiz besar untuk tujuan pengiklanan atau memang anda memiliki wang yang banyak untuk dileburkan dalam hobi ini. Memiliki kamera yang paling besar dan model terbaru dalam pasaran tidak memberi anda sebarang kelebihan sekiranya anda tidak mahir menggunakannya. Lihat sahaja hasil dari Nikon D40 penulis di sini.

Selain dari kit lens, pada hemat penulis lensa yang perlu ada untuk beginners adalah lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX. Ianya murah dan amat berguna dalam cahaya rendah kerana mempunyai bukaan rana yang besar 1.8. Lensa ini tidak ada fungsi vibration reduction (VR) kerana ianya sudah cukup laju. Bokeh yang dihasilkan juga amat cantik. Lensa ini boleh didapati dipasaran pada harga RM790 (baru) dan dalam RM600-00 (terpakai).


Lensa 35mm milik penulis - terpakai atau terpokai... janji gambar cantik!
(lensa 35mm pada DSLR format DX (crop factor 1.5) menjadikan focal length lensa
ini lebih panjang daripada asalnya - 52mm)


Antara aksesori penting adalah filter untuk melindungi lensa kamera dari habuk dan calar. Pastikan ianya dipasang.

Antara tempat di alam cyber (sebenarnya ada banyak tak terkira) untuk estimate harga kamera, lensa dan aksessorinya dipasaran terpakai adalah seperti berikut:
http://paparissa.blogspot.com/ (now defunct)
http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php
(The latter ni macam ruangan iklan kat surat khabar - nasihat penulis beli secara COD sebab penipu banyak).

Yang paling penting sekali sebagai beginner – bukan peralatan yang anda guna – tetapi adalah bagaimana (dalam fikiran kepala anda) anda membuat composition gambar yang anda akan ambil. Google “rule of thirds” dan “golden rule” dan pelajari bagaimana ianya diapplikasikan. Percayalah, secanggih manapun peralatan kamera anda jika anda tidak mempunyai imaginasi untuk membuat composition gambar, gambar-gambar anda akan kelihatan hambar.


Contoh gambar yang mematuhi "rule of thirds" - ehsan my cousin, Khairul Rizal Ramli, gambo diambil with his high end Nikon D300 (Now in 2013, not so high end)

Malulah… anda mungkin memiliki sebuah DSLR tetapi orang lain yang hanya memotret gambar menggunakan kamera compact dan kamera telefon dapat menghasilkan gambar yang lebih menarik dan memberikan impak yang lebih besar. Apa barang beli kamera canggih tapi tak reti nak gunakan kesemua feature yang ada. Ada juga yang penulis pernah jumpa, mamat ni memiliki model Nikon D700 atau D800 tapi hanya berupaya shoot gamba r dalam mode “Auto” dan “P” sahaja! Sesunguhnya, kamera yang baik untuk anda adalah kamera yang anda SEDANG MILIKI SEKARANG dan digunakan sepenuhnya tanpa mengira jenis/modelnya sama ada kamera DSLR, kamera telefon, kamera filem ataupun kamera saku. Jurugambar yang baik akan tetap dapat menghasilkan imej yang baik, walau apa jua jenis kamera yang digunakannya. Fahimtum? Eh... kome ni faham ke idak??


Sebuah artikel menarik mengenai kreativiti fotografi secara jujur - untuk membacanya sila klik pada imej untuk membesarkannya

Lagi satu contoh.. a pianist that can really play the piano, kome kasi la dia piano cikai macam mana pun.. for sure dia masih boleh bermain piano dengan baik dan boleh compensate apa jua not yang sumbang sebab piano out of tune... Nah.. berikan piano yang paling mahal dalam dunia pada mamat yg tak reti bermain piano.... hancus tak? Maka, analoginya, peralatan canggih tidak menjamin gambar yang dihasilkan cantik...

Sama aja kisahnya dengan kebanyakan pengguna telefon Blackberry (sama ada di Malaysia dan Indonesia – sama aje), tapi hanya reti nak bercakap, bersms dan ambil gambar aje tanpa menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan lain yang ada – just to show off yang dia banyak duit – bila ditanya nak guna feature yang ini macam mana – muka blank aje!

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan penulis, tapi pada hemat penulis, sebuah gambar digital yang mempunyai nilai artistik yang baik sewajarnya tidak perlu lagi diedit dan dimanipulasi menggunakan perisian Fotoshop dan sebagainya. Ianya boleh berdiri sendiri – dah semulajadi cantik. Manipulasi melalui perisian sewajarnya hanyalah pilihan tambahan dan sekiranya dilakukan, ianya diubah secara minima sahaja. Again, kepakaran m anipulasi digital menggunakan apajua perisian juga tidak menjamin imej akhir yang dihasilkan akan menjadi cantik.... sekiranya gambar yang diambil memang tak kena gaya, tak cukup pencahayaan atau dah memang macam s@aL! hahahahhahhhh!.. (jgn marah - aku dah cakap, kome yang tak nak dengor).

Hakikatnya perisian manipulasi sebenarnya berfungsi untuk touch-up sikit-sikit aje atau hanya salvage gambar cikai daripada terus tak dapat digunakan.

Contoh gambar cikai yang disalvage menggunakan perisian. Imej asal sebenarnya fail/reject sebab dah salah komposisi... macam tak percaya aje org dok puji kononnya cantik.. (hanya selepas dimanipulasi)

Memanglah hasil grafiknya cun, tapi keasliannya sebagai gambar yang dipotret telah tiada. Ianya masih berunsur seni dan bernilai tinggi, namun ianya tapi telah melangkau konsep asal yang kita mahukan iaitu fotografi yang asli.

For a start, pi tumpang sekaki banyak kelab fan forum fotografi yang ada dialam Cyber sama ada lokal atau tempatan. Kadangkala dianjurkan kelas atau gathering ramai-ramai. Those yang serious nak belajar boleh ikut serta kursus di Nikon Centre di Berjaya Times Square. Keahlian adalah percuma. Kelebihan Nikon Centre - hangpa pi la sendiri baru tau!!!

Opah Chik meninggal dunia

Gambar Opah Chik yang dirakamkan penulis pada bulan Julai 2010

For those yang ambil aliran sastera more than 20 yrs ago, ini bukan footage kisah "Seorang Tua di Kaki Gunung" but actually some photos of Tok Chik yang diambil penulis sebelum & selepas jenazah Opah Chik disemadikan. Opah Chik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat petang 20hb Ogos 2010 yang lalu di Teluk Intan Perak kerana sakit tua. Alfatihah untuk arwah Opah Chik, semoga ruhnya dicucuri rahmat. Penulis buat selamba dek aje merakamkan gambar-gambar semasa majlis tahlil ... sampai orang ingat tah mamat dari syarikat media cetak/elektronik manalah pulak nak datang ambil gambo. Bila ditanyakan soalan, senang aje penulis menjawabnya... kita dah la jarang jumpa, sekali sekali bersua pun belum tentu dapat peluang walaupun di Hari Raya.. nak tunggu kenduri kahwin atau kematian.. kalau ada gambo, kan elok boleh tunjukkan pada anak-anak yang sudah tidak lagi mengenal orang-orang tua kaum kerabat keluarga sendiri...

Tok Chik masa dia muda-muda dulu memang champion, mengikut khabar dari Abg E, ada dua org champion kat Kg Teluk Penadah dulu.. First - Tok Chik dan No 2 tak lain ayah penulis sendiri yang kononnya deme berdua boleh mendayung sampan dari Kg Banda ke pekan Teluk Intan pergi balik. Tah betul entah tidak, penulis tak tahulah.. tapi kalau ikut cakap Abg E, itulah sebabnya tangan ayah penulis macam tangan popeye! Itu baru cerita pasal champion mendayung, belum campur cerita siapa yang paling power berlawan makan sambal/cili api...

More than ten years ago, masa penulis masih menjadi pengamal undang-undang, Tok Chik pernah mengadukan bahawa tanah yang diterokainya dengan titik peluh kudrat tulang empat keratnya "ditindan" orang... penat dia membersihkan kawasan tersebut dan menebang balak tah berapa pemeluk, tapi bila dah bersih & bertanam, ada orang pejabat tanah nak sapu, kononnya nak ukur tanah & buatkan geran (sebenarnya depa nak pow tanah tu atas nama depa). Apa lagi, Tok Chik pun pergi ke Pejabat Tanah, nak jumpa Menteri Besor.. Ramli Ngah Talib... (mi, khabornya kamu kerje dengan pejabat peguam si Ramli tuh ... aku mintak tengok pelan & nak tahu siapa yang nak sapu tanah aku... so next time, kalau ada aje orang yang datang kononnya nak ukur tanah, Tok Chik dah siap asah parang...sampai berkilat-kilat... moh le kome ukor masuk tanah aku, siap le aku parang... kalau bab seni mempertahankan diri pulak Tok Chik ada ajar satu jurus... tah silat minang katanya...dia kata untuk kamu ni sebonornya satu jurus je dah cukup dan kalau dia boleh bangun lagi lepas tu, takde susah.. gunakanlah pulak gerak langkah seribu.... (lain macam je pesan Tok Chik...) tapi Alhamdulillah sampai ke hari ini penulis tak pernah menggunakan jurus yang Tok Chik ajor tu.. tapi menurut pengamatan Penulis, jurus Tok Chik ajar tu sebijik ada persamaan macam seni beladiri Krav Maga... kebetulan aje kot...

Inilah dia group sepupu sepapat yang sibuk berposing dgn Muqarrabin. Memang fotogenik deme ni.. masa gambo ni diambil, deme ni tengah mendapat pandangan penulis untuk beli kamera DSLR baru. Penulis dah survey camera yang dihajatkan... dan sampai 3 -4 org ahli keluarga yang berminat nak beli DSLR. Nak beli kena tengok budget.. an entry level Nikon DSLR D3000 with kit lens & 4GB memory card would now cost RM1700. Kalau nak bagus lagi kena aim for D90. Tapi budget kena lebih la... rasanya dalam RM2.5k dah boleh dapat body D90. Nantilah kalau free kita buat trip ramai-ramai & penulis akan tunjukkan lubuk lens second hand in KL & tempat murah beli accessory kamera.

Monday, August 23, 2010

Do not disturb a hornet's nest

Nikon D60 Tamron SP90

21 August 2010
Location : Pak Uda's house, Teluk Intan, Perak.

The photo is not as sharp as intended. Photo taken less than 1 feet away from the nest!

Friday, August 20, 2010

Amalan yang menghindari Azab Neraka

Ada beberapa amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada bahaya api neraka. Bagi mengetahui apakah amalan itu, ikuti sebuah hadis panjang yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat, tetapi telah diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan yang ikhlas yang dilakukannya semasa di dunia.

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie', daripada Ibnu Abi Hudaie daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai'd bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu).

Begitujuga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu, Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya, Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya,

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; 'Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbuat-buallah) terbadap orang ini.' Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah S.W.T.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitujuga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir terjerumus ke dahtmnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan 'Husnu Dzan (sangka baik) terhadap Allah, maka husnu dzannya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengesot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah S.A.W) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman."

Thursday, August 19, 2010

Contract - fulfill your obligations



The above are some excerpts from the Holy AlQuran on contract/covenant/janji. Those yang belajar subject Islamic transaction law (Mualamat) kena belajar semua ini. It is not easy. As to why these Quranic text are here... somebody wrote an email quoting Quranic text, tapi out of context.. either through ignorance or memang tersilap. And the burden untuk membetulkan kesilapan itu was passed to me.... susah..susah...susah... personally I rather dok diam - biar org bertaraf Ustaz aje yang menegur orang macam ni...

Monday, August 16, 2010

Meniti Titian Usang

Bridges in Alor Setar

What is the significance of a bridge? It is just a connector or a device/contraption to overcome hindrances or obstacles to get across from point A to point B. There are lots of famous bridges in this world i.e. Golden Gate, the Penang bridge, the suspended bridge in France which is touted to be the highest in the world and historically during the second world war in these part of the world for sure some of you have heard or watched the movie entitled "The Bridge on River Kwai" - what's underneath the bridge really matters. Kalau kat Sarawak, for sure the famous "bujang senang" (alligators, cayman, gavial - whatever names you call it) dah sedia menunggu. The type of bridge that I want to share my thoughts with is not similar to all these bridges at all and it is all out of this world. This same "bridge" was actually mentioned and referred to in the song "Meniti Titian Usang" written by M Nasir and made popular by the Malaysian rock band "Search".

Actually ages ago, Search used to perform in TTDI's Hard Rock Cafe (I really doubt that it was the real HRC as we know today as it was located in a shop unit). Bro2 Search used to play football at Taman Zaaba with some of us (me included). Malangnya, budak2 kita yang jadi masa tu jadi Mat Rock, telah gagal, enggan, cuai dan/atau lalai untuk memahami hakikat sebenar apa yang dimaksudkan dengan "Titian Usang"dalam lagu ciptaan M. Nasir tersebut. I am talking about the Sirat Al-Mustaqim! Wake up everyone... Apakah kita dapat selamat ke seberang sana atau apakah takdir kita terjun ke dalam Neraka? Again talking about "Neraka" reminds me of what my youngest daughter used to say to me "Ayah, marilah Kinah nak sangat pergi Zoo Neraka"... although I had corrected her a couple of times, (its Zoo Negara, the National Zoo actually)but she still tends to say "Zoo Neraka".....

Masjid Zahir, a famous landmark in Alor Setar

Menara Alor Setar

Another view of the famous Tower

One of the famous dishes in Alor Setar would be the Mee Gulong...but look at the gargantuan size of the serving plate! Frankly I had never tasted it before. Biar bebenor Ustaz Firdaus kita ni.. :-)

Masjid Zahir, at a different angle and in black and white

As to what we were doing in Alor Setar... it was my sister's official Khatam AlQuran hafazan ceremony. It is certainly not an easy task to become a hafizah.

Friday, August 13, 2010

IDEA : Malaysian Inventors' Challenge

Dah agak lama penulis tak tengok TV3 melainkan berita ... this personaliti TV3 yang jadi MC dalam majlis ni rasanya (tah tak sure) jadi host untuk Rancangan 999

Exchange of duly signed MOU for the Reality Show between PROTON & SIRIM

Inilah pasangan yang akan menjadi host rancangan kita nanti - Major Dr Faiz Khaleed dan Daphne Iking

Sessi penerangan dengan pihak media

CEO PROTON menceritakan aspirasi Program TV mengenai inovasi rakyat tempatan

YB Tn Haji Fadilah Yusof, Timbalan Menteri MOSTI berucap merasmikan majlis pelancaran

Adalah gambo kenangan penulis dgn Angkasawan kita & kedua-dua dokumen MOU yang telah sempurna ditandatangani

I will be off to TV3 this morning... akhirnya the launching of the Programme menjadi kenyataan. There would be many VVIPs present.... just wait for the photos that I will post here (if they ever let me to take some photographs of the event). 10 episodes.. dont know how they plan to shoot at all those locations. For me cukup pi launching ajelah... as all the legalities dah siap - cuma tinggal putting pen to paper by the respective CEOs aje. Alhamdullilah.

Update : segalanya berjalan dengan lancar. Sempat bergambar dengan Angkasawan Negara & nyaris lagi dengan Daphne Iking... tapi mengingatkan bulan Ramadan, Hari Jumaat & plan nak pi jauh... takpelah.... jadi kepada para perekacipta sekalian, rebutlah peluang keemasan ini untuk menampilkan rekacipa anda sekalian. Syarat pertandingan mudah - tak perlu rocket science, semuanya dari grassroot level. Sesiapa yang berminat boleh walk-in sahaja ke 4 lokasi saringan untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk keterangan lanjut layari laman sesawang rasmi www.1idea.com.my

Nota: Ada suara-suara sumbang di ruang internet (secara spesifiknya di CARI forum) oleh individu-individu yang hanya serkap jarang yang mempertikaikan pemilihan Dr Faiz sebagai host rancangan ini seolah-oleh Dr Faiz sendiri yang memohon kerja ini dan/atau memberikan komen negatif mengenai penglibatannya. Rancangan ini adalah untuk mencungkil bakat perekacipta - bukan pertandingan nyanyian melalak lompat sana lompat sini tak tentu arah! Maka layaklah Dr Faiz dipertimbangkan dan dilantik sebagai host rancangan sebagai idola/contoh kepada golongan muda rakyat Malaysia untuk mempertingkatkan ilmu dan mempertajamkan minda. Setahu penulis, pemilihan Dr Faiz tiada kena mengena langsung dengan mana-mana individu personaliti TV yang dikaitkan dengan beliau.

Thursday, August 12, 2010

Doa Jibril diaminkan Nabi

Malam hari raya Eid fitri, seperti biasanya Rasul dan para sahabat membaca Takbir,Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram.


Pada saat sedang bertakbir tiba- tiba Rasululah keluar dari kelompok dan duduk di tepi arah dinding dan mengangkat kedua tangannya seperti layaknya orang berdoa, saat itu Rasul mengatakan amin sampai tiga kali.


Setelah Rasul mengusapi kedua tangan diwajahnya seperti layaknya orang baru selesai berdoa, para sahabat mendekatinya dan bertanya: Ya Rasul apa yang terjadi hingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan "AMIN" sampai tiga kali?.


Rasul menjawab: Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.


Apakah gerangan doa yang dibacakan Jibril ya Rasul? tanya sahabat.
Rasul menjawab: Kalau kamu ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan:


1. Ya Allah, ya Tuhan kami Janganlah terima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila ia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan. Rasul mengatakan AMIN.


2. Ya Allah, ya Tuhan kami Janganlah terima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan? Rasul mengatakan AMIN.


3. Ya Allah, ya Tuhan kami janganlah terima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila ia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling memaafkan. Rasul mengatakan AMIN.

Thursday, August 05, 2010

Doa hambaMu

Di antara aku dan Engkau, Ya Rabb ada kehormatan Al-Furqan
Dengan Al-Qur'an, lapangkanlah dadaku untuk mengenali petunjuk
Dengan Al-Qur'an jagalah hatiku dari Shaitan
Dengan Al-Qur'an mudahkanlah urusanku dan perkenankanlah segala keinginanku
Dengan Al-Qur'an, lindungilah jasadku daripada api neraka
Dengan Al-Qur'an, hapuskanlah dosa-dosaku dan ikhlaskanlah niatku
Dengan Al-Qur'an kuatkanlah diriku dan perbaikilah urusanku
Dengan Al-Qur'an, hilangkanlah ketamakanku dan tinggikanlah semangatku
Dengan Al-Qur'an, tambahkanlah sikap wara'ku dan hidupkanlah hatiku
Engkaulah yang memberiku bentuk, menetapkan petunjuk dan keimanan
Engkaulah yang memberiku makan dan minum tanpa kerja usaha
Engkaulah yang memberiku tempat berlindung dan mengasihiku
Engkau memberiku petunjuk dari bingungnya kehinaan
Engkau tanamkan rasa cinta untukku di antara manusia
Engkau mengasihiku dengan rahmat dan kasih sayang
Engkau tebarkan kebaikanan-kebaikanku di alam semesta
Engkau tutupi penglihatan manusia dari kemaksiatan-kemaksiatanku

Demi Allah, seandainya mereka mengetahui keburukan batinku,
Sungguh orang yang bertemu denganku pasti enggan mengucapkan salam kepadaku
Sungguh mereka akan berpaling dariku dan tidak akan berteman denganku dan sungguh kehinaan pasti akan menimpaku dimana jua aku berada!

Namun, Engkau tutupi semua keburukan dan kekuranganku
dan Engkau juga bersikap lembut terhadap kesalahan dan kedurhakaanku
Maka, untuk-Mu lah segala puja dan puji
yang terdetik dalam benakku, hatiku dan lisanku

Ya Rabb, hamba-Mu datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah, agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, kerna aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.

Ya Rabb, Jadikanlah kehendak-Mu
dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Monday, August 02, 2010

Thoughts on Planning

Something happened today. There...countless time, and again, we have told you so. We hope you have learned your lesson, but you guys never really learn anything - right?

It boils down to planning. Not a simple mundane ordinary planning but a detailed meticulous type proper planning.

One must properly plan your work, your life, your love interest, your future your time...and being a muslim, it also includes preparing for your death.
Yeah, I know... most people would raise their eyebrows when I mentioned about "preparing your death". Do you really want to live forever?

Failure to plan properly would cause regret, hardship, suffering (to self and others) and would be viewed by other as being selfish/inconsiderate. It is akin to planning to FAIL, in whatever great many things that you do.

Without a map/plan/compass to act as "guidance" we may get ourselves lost midway - and risk not reaching our intended destination.

The life in this world is just a journey. Plan it well as this journey does not end by a simple demise.

Sama ada hidup atau mati, keredhaan Illahi yang dicari-cari. Maka bersyukurlah kepada Allah dan rancangkanlah hidup/kerja anda dengan teliti.