Wednesday, July 21, 2010

Ikrar Satria ESQ 165

Last week, I attended recharge session for ESQ165 Programme - Mission & Character Building (MCB) at Flamingo Hotel in Ampang. Dulu, I would associate this lousy hotel dgn aktiviti maksiat dan sebenarnya pada masa itu penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke sana berdasarkan pengalaman yang disaksikan sendiri oleh penulis dan isteri yang akhirnya menyebabkan penulis memutuskan untuk berhenti serta merta dari menjadi pengamal undang-undang. Tak sanggup rasanya untuk meneruskan kerja sekiranya sumber rezeki yang nak dibawa pulang untuk makan pakai anak isteri being tainted dengan perkara haram. Tapi Allah jua yang menentukan bahawa di hotel yang satu ini juga aku diperkenalkan ...pada awalnya secara "paksa-rela" dgn ESQ165 dan ke Hotel inilah aku kini sering datang dengan niat untuk recharge dah bertemu rakan-rakan seperjuangan. Kalau nak tahu cerita detail, anda yang mahu bertanya mestilah orang-orang yang rapat dengan penulis, else penulis tak mahu menceritakan pengalaman pahit ini.
Seronoknya dapat jumpa kawan-kawan, but again kami sedih apabila mengetahui Wilayah Persekutuan akan tetap melaksanakan Fatwa bahawa ESQ haram di Wilayah Persekutuan. Tapi tak mengapa... in all other states selain Wilayah Persekutuan tidak ada halangan. Ada kawan-kawan yang ajak ke Menara165 di Jakarta untuk attend "MC Square" di Menara165 - 4th Level Training ESQ165 on Mahsyar. Entahlah... masa tu tak nak kommit lagi takut -takut jadualnya clash dgn panggilan ke Tanah Suci... (yang ketika ini telah diketahui jawapannya). Alhamdulilah nama penulis dan ayah telah dimasukkan dalam senarai jemputan ke Tanah Suci Makkah tahun ini. Namun begitu, nama my mother. my wife and my sister tak ada dalam senarai. Khabarnya bagi satu family, hanya satu wakil dibenarkan untuk kes standby list ini. Nak merayu lagi?... hmmm.. for those yg dah masuk senarai, proses rayuan semula seolah-olah macam menolak rezeki atau tak bersyukur aje... tapi kata org-org lama "Daun serai, daun kerabu, kalau tak try mana nak tahu".

Brochure on Parenting Course Oktober 2010.. what a nice date and hahaha... kreatif sungguh korang ye... at first penulis menyangkakan nombor yang berderet tu adalah some sort of Internet IP address tapi ianya sebenarnya no hotline telefon DiGi yang mempunyai no 165 secara berturutan!

I will leave the readers with lagu ikrar Satria ESQ. Tengok dan telitilah liriknya, anda carilah sama ada wujud elemen sesat atau haram didalamnya (sekiranya ada). Have a nice day and Salam 165!

Ikrar Satria ESQ 165
1 Hati
6 Prinsip
5 Langkah

1 Hati - Ihsan Perbuatanku

6 Prinsip
Allah Tujuanku
Malaikat mencatat perbuatanku
Nabi dan Rasul teladanku
Kitab Suci pedomanku
Hari Kemudian cita-citaku
Ikhlas dan Tawakal sikapku

5 Langkah Pengabdian
kepada Allah Syahadatku
Sholat karakterku
Puasa bentengku
Zakat keluarkan potensiku
Haji derap langkahku

Kami-lah Satria 165

No comments: