Monday, July 26, 2010

Majlis Perkahwinan Maya - Ustaz Firdaus Sulaiman


Tuanku, jikalau ada penderhaka mengganggu Tuanku Permaisuri, usahlahlah ditikam dengan keris lighsaber Tuanku itu, cukuplah Tuanku ketuk kepala depa dengan benda alah ni..
Ustaz Ismail Kamus yang sudi menceriakan majlis dengan ceramahnya. Punyalah pada... ada ke saya kena berceramah dok atas pelamin? Usaha sedang dijalankan untuk upload rakaman audio ceramah. Kalau nak dengar rajinlah mai ke SINI.
Kalau ceramah Ust Ismail Kamus, disebalik mesej yang nak disampaikan, memang penuh dengan gelak ketawa...
Me any my whole family... with the newly wed
Enam sepupu... bukan Enam jaha***
Makan... makan.. makan... makan... makan..
"There is a great disturbance in the Force" - Emperor Palpatine
Upacara akad nikah dilakukan sendiri oleh Ayah

Hantaran dari Pengantin Perempuan
Lonely.. I am so lonely.. I'have got nobody...to call my own (sekejap je...)
Inilah dia Sakinah, tukang kipas sejati yang boleh membeli jiwa anda!

The band of Brothers.. .

Mengambil berkat dari my latest addition - Muhammad Al Muqarrabin
Ada kisah disebalik sketsa ini... kena tanya kat Ustaz Firdaus
Y Bhg Dato Dr. Mohd Azhar Yahaya (my cousin) mengarahkan agar hantaran diperiksa satu persatu - confirm ok
Ucapan ayah sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan rombongan pengantin lelaki
Ucapan balas Y Bhg Dato, wakil pengantin lelaki - Yb Dato juga adalah rakan setugas ayah
Apa ke halnye hantaran tu letak kat belakang, kita yang didepan ni yang nak menengoknya, bukan kamu tu.. lekas bawak ke depan.... (ujar Pak Uda)
Ni hah group Ustaz-ustaz kita...

Delegasi pengantin lelaki yang datang dari jauh untuk meraikan majlis
Bacaan doa selamat
Sireh Junjung sebagai pembuka kata
Ayahanda (pak Chu) membuka jalan untuk mendapat keizinan pengantin perempuan untuk dinikahkan
Pengantin perempuan membacakan keizinan

Not the whole bunch.. takde dalam gambar - my son, Muhammad Al Muqarrabin, my Bro Mohd Adlan and Aisyah Humairah, Fizi's daughter
Depa ni tukang sakat pengantin aje... takpe nanti turn kome..
Pengantin diapit oleh Tukang Penyepit yang diimport khas... besfren la katakan.. kesian kenapa tak dikipaskan adikku yang kepanasan itu...
Doa seorang isteri...
Wooppsss.. tengah doa ke... takpe.. janji dia bukan "tukang kipas"..
Siapa yang baca doa? Pengantin ka or the Tuan Qadhi?
Pengantin Perempuan menyarungkan cincin...
Pasni frame elok-elok ye...penat along ambik gambo..

Maaf dipinta... kepada pengunjung Blog ini yang mana say difahamkan ramai anak murid Ustaz Firdaus dok bertanya, bilalah gamaknya gambo2 majlis tempoh hari akan disiarkan... harap bersabar je.. Innalaahu ma'a sabirin.. hehhe ada masalah teknikal sikit dengan line internet penulis blog & tambahan pula penulis juga terlibat dengan persiapan untuk Audit ISO di pejabat & Projek 5S. Belum masuk beban kerja harian & perjanjian untuk disemak dan dibetulkan masuk bertali arus. Kalau tak percaya, tengok & compare sendiri bulan Julai ni berapa posting aje yang ada! So penulis akan upload gambo2 yang ada sikit-sikit ye... jgn marah. Rajin-rajinlah melawat posting ini - so stay tuned to this posting. Enjoy the photos. Inilah nasibku... dia gak tukang ambik gambo, dia gak tukang edit & pilih, dia gak tukang upload... kena kutuk pun dia gak yang kena.... huhuhuhuhu..

In addition to the photos contained herein, there is another blog on selected & manipulated photos appearing at http://hairimanipulasi.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

Wednesday, July 21, 2010

Ikrar Satria ESQ 165

Last week, I attended recharge session for ESQ165 Programme - Mission & Character Building (MCB) at Flamingo Hotel in Ampang. Dulu, I would associate this lousy hotel dgn aktiviti maksiat dan sebenarnya pada masa itu penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke sana berdasarkan pengalaman yang disaksikan sendiri oleh penulis dan isteri yang akhirnya menyebabkan penulis memutuskan untuk berhenti serta merta dari menjadi pengamal undang-undang. Tak sanggup rasanya untuk meneruskan kerja sekiranya sumber rezeki yang nak dibawa pulang untuk makan pakai anak isteri being tainted dengan perkara haram. Tapi Allah jua yang menentukan bahawa di hotel yang satu ini juga aku diperkenalkan ...pada awalnya secara "paksa-rela" dgn ESQ165 dan ke Hotel inilah aku kini sering datang dengan niat untuk recharge dah bertemu rakan-rakan seperjuangan. Kalau nak tahu cerita detail, anda yang mahu bertanya mestilah orang-orang yang rapat dengan penulis, else penulis tak mahu menceritakan pengalaman pahit ini.
Seronoknya dapat jumpa kawan-kawan, but again kami sedih apabila mengetahui Wilayah Persekutuan akan tetap melaksanakan Fatwa bahawa ESQ haram di Wilayah Persekutuan. Tapi tak mengapa... in all other states selain Wilayah Persekutuan tidak ada halangan. Ada kawan-kawan yang ajak ke Menara165 di Jakarta untuk attend "MC Square" di Menara165 - 4th Level Training ESQ165 on Mahsyar. Entahlah... masa tu tak nak kommit lagi takut -takut jadualnya clash dgn panggilan ke Tanah Suci... (yang ketika ini telah diketahui jawapannya). Alhamdulilah nama penulis dan ayah telah dimasukkan dalam senarai jemputan ke Tanah Suci Makkah tahun ini. Namun begitu, nama my mother. my wife and my sister tak ada dalam senarai. Khabarnya bagi satu family, hanya satu wakil dibenarkan untuk kes standby list ini. Nak merayu lagi?... hmmm.. for those yg dah masuk senarai, proses rayuan semula seolah-olah macam menolak rezeki atau tak bersyukur aje... tapi kata org-org lama "Daun serai, daun kerabu, kalau tak try mana nak tahu".

Brochure on Parenting Course Oktober 2010.. what a nice date and hahaha... kreatif sungguh korang ye... at first penulis menyangkakan nombor yang berderet tu adalah some sort of Internet IP address tapi ianya sebenarnya no hotline telefon DiGi yang mempunyai no 165 secara berturutan!

I will leave the readers with lagu ikrar Satria ESQ. Tengok dan telitilah liriknya, anda carilah sama ada wujud elemen sesat atau haram didalamnya (sekiranya ada). Have a nice day and Salam 165!

Ikrar Satria ESQ 165
1 Hati
6 Prinsip
5 Langkah

1 Hati - Ihsan Perbuatanku

6 Prinsip
Allah Tujuanku
Malaikat mencatat perbuatanku
Nabi dan Rasul teladanku
Kitab Suci pedomanku
Hari Kemudian cita-citaku
Ikhlas dan Tawakal sikapku

5 Langkah Pengabdian
kepada Allah Syahadatku
Sholat karakterku
Puasa bentengku
Zakat keluarkan potensiku
Haji derap langkahku

Kami-lah Satria 165

Wednesday, July 07, 2010

ESQ165 difatwakan haram di Wilayah Persekutuan

Penulis ditanya dan diminta memberikan pendapat undang-undang mengenai Fatwa Dato Menteri Wilayah Persekutuan mengenai pengharaman ESQ165. Fatwa tersebut boleh didapati di link:

Hanya siapa yg pernah attend training ESQ165 dan benar-benar mengamati kandungannya sahaja yg tahu.

This is based on apa yg saya belajar dulu sekolah & universiti : Adalah hak mufti/mujtahid dalam menjalankan amanahnya untuk mengeluarkan Fatwa/hukum. Sekiranya fatwa yang dikeluarkan tepat disisi Allah, si mujtahid mendapat 2 pahala. Kalaupun dia terkhilaf, dia tetap mendapat 1 pahala. Maka org bertanya, 1 pahala tu macam mana – pahalanya sebesar gunung Uhud (selagimana org tetap berpegang dengan ijtihadnya). [nota : kalau saya tersalah dalam bab ini tolong betulkan saya]

Bukan senang nak mencapai tahap mujtahid - syaratnya ketat. Bukan sebarang orang boleh jadi Mujtahid. Oleh yang demikian orang kebanyakan (khusus warga Wilayah Persekutuan) perlulah menghormati dan mematuhi Fatwa Dato Mufti WP. Walau apa pun fatwa Dato Mufti WP hanya terpakai dalam WP sahaja. Ianya tiada mempunyai kuasa undang-undang dinegeri-negeri lain. Fatwa by a Mufti of FT is only binding on persons residing/staying within the boundaries of the FT (unless the person fall under the exceptions stated in S 34(3) of the Act). Inilah masalahnya kalau pengurusan pentdbiran Agama Islam tidak diseragamkan. Bidang kuasa mengenai undang-undang Islam adalah hak mutlak Sultan negeri masing-masing. Sila lihat Perlembagaan Persekutuan dalam hal ini.

Saya ingin bertanya (tak bererti saya menentang atau memperlekehkan Fatwa Dato Mufti WP): Kalau org bukan beragama Islam buat kajian saintifik dapat results dia “A”. Later on dia mendapati results yg sama yaitu “A” dah lamaaaaaaaaaa dah dok cerita dalam AlQuran lebih 1400 tahun dulu. Adakah ini bererti kita menyamakan kajian dia dgn Islam atau agama dia sama je dgn Islam? Tidak… ini cuma bermakna apa yg dibawakan oleh Islam sudah terlebih dahulu (advanced) dalam menyatakan yg hak. Buatlah kajian macam mana hebat pun, maka kita akan bertemu dengan ALLAH juga.

Kod 19 Dr Rashad Khalifa yg mengaku jadi nabi in US tu takde pun saya jumpa dalam ESQ. Konsep TRINITI pun takde – kalau ada dah lama dah saya jauhi benda ni. Bab org jepun baca ikrar berkali-kali disamakan dengan solat ada disebut dengan sinis… bukan dengan niat untuk menyamakannya dengan ajaran Islam. Kenapa kat jepun rata-rata orangnya jujur sedangkan kita solat 5 kali sehari mengadap Allah, tidak dapat berlaku jujur!

Also how come hampir semua mufti dah ikut training ESQ tak kata apa-apa pun. Some of them ada dalam panel penasihat syariah ESQ165 sebagai penasihat termasuk bekas mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abd Kader Talib. Dengan rendah hati saya memohon penjelasan.

Please read ESQ Traning Centre’s answer at:
http://esq.com.my/v1/2010/07/malaysia-kenyataan-rasmi-esq/

and the comments made by Ustaz Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95/#maxcomment91864

Amatlah menyedihkan institusi Mufti di Malaysia masih haywire and causing confusion among muslims. Dari zaman penulis pelajar kat law school lagi, ura-ura untuk menyeragamkan urusan pentadbiran Undang-Undang Syariah dah banyak kali diutarakan. Sampai la ni depa masih bercakap. Action speaks louder than words. Bagi Fatwa-fatwa lain yang sedia ada pun contohnya fatwa merokok yang dikatakan haram, nama aje ada fatwa... it lacks sanction! That being the case, terpulanglah kepada individu terbabit sama ada nak ikut atau tidak. Tepuk dada, tanya iman.

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

Sekarang ini tanggapan masyarakat seolah-olah mufti/bekas mufti kita tak sehaluan atau ada yang menyatakan ala.. depa ni boleh di"beli".Nauzubillah... Orang yang tak berilmu dalam bab ini, harap diam sahaja dan jangan buat kecoh. Kita serahkan aje kepada mereka yang mempunyai ilmu untuk membahaskannya. Karang kome dapat dosa free aje kerana membahaskan sesuatu tanpa ilmu. Refer kepada hadis diatas agar kita terselamat dari fitnah ini.

Kalau ESQ165 benar didapati salah, tetaplah salah. Maka ianya perlulah diperbetulkan dan diperbaiki. Maka marilah kita berdoa agar kesemua mufti kita diberikan taufik dan hidayah - berani untuk membetulkan keadaan. Kalau dakwaan yang dinyatakan tidak berasas, penjelasan yang jelas perlulah diberikan kenapa Dato Mufti mengeluarkan fatwa sedemikian.

Wallahuaklam

Friday, July 02, 2010

Thursday, July 01, 2010