Monday, June 28, 2010

Pengurusan Projek Mega di dalam AlQuran

Pengajaran dari Surah AlKahfi:

"Kemudian di tempohnya sebuah jalan lagi (92) Sehingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung didapatinya di dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tidak mengerti perkataan.(93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat bencana di muka bumi, sebab itu, mahukah kamu kami beri upah, supaya kamu buatkan dinding antara kami dan mereka?(94) Berkata Zulkarnain: Apa sahaja kekuasaan yang di berikan Tuhan kepadaku lebih baik (dari upah itu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (orang dan perkakas), supaya aku bina sebuah dinding yang kukuh, antara kamu dan mereka.(95) Berikan aku beberapa potong besi, sehingga apabila besi itu sama tinggi dengan kedua belah gunung itu, maka Zulkarnain berkata: Tuipkan api! Sehingga apabila besi telah menjadi api, dia berkata: Berikan aku tembaga, supaya aku tuang ke dalam api itu (sehingga besi bercampur dengan tembaga).(96) Sebab itu mereka tidak dapat menaikinya dan tidak dapat pula melubanginya.(97) Berkata Zulkarnain : Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku; apabila datang janji Tuhan, dirobohkanNya dinding itu menjadi datar dan adalah janji Tuhanku amat benar.(98)"

Penulis pernah diamanahkan dengan penyediaan perjanjian penswastaan beberapa buah projek. Sesungguhnya diakui bukan mudah untuk menguruskan projek mega. Ada juga projek mega yang menelan ratusan juta ringgit terbengkalai... dan sampai ke hari ini tidak dapat disiapkan. Cost overrun! Syarikat tidak mendapat apa-apa keuntungan, sebaliknya menanggung kerugian. Bila masuk bab projek financing pun... komplikated jadinya terutama sekali apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Hakikatnya pengajaran kisah yang dipaparkan di dalam AlQuran, bahawa pengurusan projek oleh pemerintah tidak seharusnya membebankan rakyat. Islam tidak menghalang ummatnya untuk terus maju kehadapan dengan wujudnya pembangunan. Usaha dan ikhtiar perlulah dibuat agar perbelanjaan untuk membangunkan apa jua projek mega memberikan nilai tambah sepenuhnya kepada masyarakat - bukannya siapa yang dapat untung atau target kebendaan semata-mata. Teknologi perlu dimanfaatkan agar apa yang dihasilkan dapat menepati maksud projek. Tapi, malang untuk rakyat Malaysia - tak sampai 2 -3 tahun, siap aje projek & tamat aje "defect liability period" (nota: bila tempoh waranti tamat kontraktor boleh ambil balik wang deposit) masa tu... tiang highway mula bergoyang, jalan yang dibina cepat benar rosaknya (soalan : pembinaan jalan ikut spesifikasi tak? - ada atau tidak audit projek dibuat & apakah follow-up dibuat?) atau sekolah/stadium yang dibina runtuh!

1 comment:

Brahem said...

Jika sesuatu kerja diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai kompetensi atau bukan ahli, maka hasilnya tentulah bukan seperti yang diharapkan.