Thursday, May 13, 2010

Abg Abd Majid Kadir Hakir dalam kenangan


Subuh yang hening tanggal 12hb Mei 2010 dikejutkan dengan deringan telefon - siapalah pula pagi-pagi buta yang menelifon kami ini? Berita yang diterima amat mengejutkan sekali - Abg Majid meningal dunia jam 6 pagi semasa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Beliau mengadu kesukaran untuk bernafas dan meminta untuk dihantarkan ke hospital. Penulis sama sekali tidak menyangka akan menerima berita yang sedih amat mengejutkan ini. I have, for quite some time now, been toying with the idea of having a fishing trip story complete with photos with Abg Majid. Tambahan pula, penulis dan keluarga telah merancang dan memutuskan untuk tidak mengunjungi Pameran kamera yang akan diadakan di KL minggu ini dan sebaliknya pulang sahaja ke Johor Bahru untuk memperkenalkan anak lelaki kami, Muhammad AlMuqarrabin kepada ahli keluarga dan saudara-mara di JB dan juga untuk memuktamatkan senarai jemputan untuk menghadiri kenduri perkahwinan Maya yang akan dilangsungkan awal Julai nanti.

Pada pandangan penulis, arwah adalah seorang yang ceria, ringan tulang dalam membantu saudara-mara dan juga sahabat handai, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, senantiasa memiliki pandangan yang jauh, sabar dan cekal dalam menghadapi rintangan hidup. Beliau juga adalah seorang usahawan yang gigih dan tidak mengenal penat lelah sehinggakan secebis kisah serta gambar-gambar beliau dalam menghadapi liku-liku perniagaan Ayam MIM beliau pernah diabadikan oleh penulis didalam slide presentation powerpoint yang dibentangkan beberapa kali dikhalayak anggota kerja tempat penulis bertugas. Gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah gambar-gambar yang sama yang digunakan dalam slide penulis dan wawasan beliau untuk memastikan agar ayam-ayam yang diedarkan dikawasan Johor Bahru untuk ummat Islam disembelih menurut proses yang sepatutnya dan halal 100% adalah amat dibanggakan.

Penulis, isteri serta adik ipar bergegas menaiki kenderaan dari Shah Alam dan bertolak ke JB dan kami sempat menatap wajah abg Majid buat kali terakhir.

Alfatihah untuk Sdr Abdul Majid Kadir Hakir - semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Kepada Kak Ita dan anak tunggal mereka, Bibi Nurshakira, dan ahli keluarga terdekat, diharap dapat bersabar dalam menempoh dugaan ini.

1 comment:

Anonymous said...

Yang hidup pasti akan mati.. kepada yang masih hidup bersyukurlah.. kerana masih ada masa untuk berbakti...