Saturday, April 24, 2010

The Joy of friendship

Itu hutang kasi bayar daa... dekat 20 tahun baru settle..

Nak borak ke nak posing?

The good wife

Yan, Lain kali kalu pi memancing jangan lupa kasi ikan sikit ya..

A call from Captain Aizul... kome tunggu kejap, I tengah nak parking Boeing 747 dulu ye..

Gambar kenangan lawatan berjumpa kawan lama

Shidi and his wife, Kak Zuraidah

Lawan siapa lagi besar

Yang ni konpirm tak terlawan...

Manalah si Kolon (Dr Hj Zaid Othman) ni tak sampai-sampai!

Esok you tak pi mengundi ka?

Hari jumaat..23/04/10.. penulis mendapat pesanan sms ditelefon bimbit memaklumkan perihal cadangan sahabat lama yang ingin melawat Sdr Rashidi Ramli daripada Hj Edymainoe.. serious benar bunyi smsnya. Bukan selalu dapat berjumpa dan berkumpul.. tambahan pula apabila dimaklumkan bahawa kami akan menziarahi kawan yang seorang itu semasa dia menjalani rawatan dialisis di Selangor Medical Centre Shah Alam.... ah.. kalau aku tak datang ni memang tak patut, getus hati penulis, kerana lokasi SMC terletak tidak sampai 5 minit dari teratak kecil kami di seksyen 13... tambahan pula hari Sabtu.. jalannya tak macet. Bila lagi nak rebut pahala... doa ikhlas dari org yang sakit, makbul disisi Allah.

Usai sahaja solat Zohor berjamaah bersama isteri dan setelah baby Muqarrabin disusukan ibunya, kami berdua meluncur laju menaiki kenderaan ke destinasi...agak laju juga. penulis memecut - sebab janjinya jam 2 petang, tapi kami hanya bertolak ke destinasi jam 2.45 petang... setelah memakir kenderaan dideretan kedai berhampiran, menyeberangi jalan dan masuk ke kawasan hospital, terlihat dari jauh susuk badan yang besar bak dinosour brontosaurus diperkarangan lobbi hospital sedang menunggu lif... (alah... takkan nak panjat tangga ke tingkat 4! semput bro...). Dari jauh kelihatan kelibat berkopiah putih... itu nampaknya macam siEdymainoe, isterinya Ira dan anak-anak mereka!, ujar isteriku.

Sampai sahaja di tempat rawatan dialisis, kelihatan Syed Mokhdzar Alhaddad sedang berbual dengan Shidi.. kalau cukup korum yang hadir - macam reunion Homeroom P aje ... (without the girls, Dr Shahrain, Sdr Munir (yg baru bernikah ari tu) and Jawa Rock) yg still missing in action...Sdr Shidi kelihatan gembira dan terhibur menerima kunjungan kami. Ada beberapa ketika seolah-olah Sdr Shidi kita kelihatan amat derita... bukan apa - stress tak tahan nak tergelak mendengar celoteh kami dan cerita kawan-kawan. Apa pun, kami berasa gembira dapat bertemu semula (dengan lawatan VIP, Bro Azanuddin, bekas guru kami).

(A personal note to Bro Azanuddin, harap jangan marah ye...rasanya 3 lagi anak buah Homeroom T yg dipimpin oleh Bro Azanuddin masih single - berdasarkan hujjah 'Annikahu sunnati, falam ya'mal bi sunnati falaisa minnni" maka, saya dengan ini menasihati diri sendiri dan Bro Azanuddin, sekiranya mampu (sebab dah memang jadi businessman besar - memang dari dulu saiz besar pun) - pinang ajelah seorang dari balance kawan2 kami yang ada tu, jadikan teman hidup).

Sedang kami nak wrap up eprjumpaan kami yang julung-julung kalinya itu, tetiba Edymainoe mendapat pangilan dari Captain Aizul Paizal... suruh kami tunggu... dia nak datang juga... Shidi ko jangan lari lagi.......hah apasal?... rupanya dia tengah nak land or baru aje landing his Boeing 747 yang dipilotnya .... tengah nak cari parking kapal terbang! Tak sampai beberapa minit selepas tu, kelihatan Dr Hj Zaid Othman, jiran selang beberapa buah rumah dari penulis baru terkedek-kedek tiba... alahai maklumlah, tadi pi jalan dgn org rumah... masih pengantin barulah katakan....

Penulis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf sekiranya pertemuan kita (dan juga kandungan posting ini) dicemari dengan kata-kata dusta or menyakitkan hari kawan-kawan sekalian. To Bro Yazid Salleh - yang tak dapat menghadirkan diri sebab kerje overtime kena cuci kapalterbang dari volcanic ashes gunung berapi Iceland... rajin-rajin buat keroje, & stay cute - mate, you are the man!

Nantikan gambo-gambonya... penulis nak pi tengok cerita korea Dae Jo0Young sekejap!.


1 comment:

Dr. Zue said...

Salam to all,

This enty is very meaningful. Terima kasih kepada Penulis. Tinta ini abadi dalam memori dan kekal sebagai inspirasi buat kami sekeluarga. InsyaAllah.

Friendship is bliss, and my husband is blessed with a circle of thoughtful, caring and jovial friends who have ultimately contributed happiness in his life in every possible way. Alhamdulillah. Thanks guys for giving him the smile on his face, a memento most remarkable forever.

To all MRSMJ friends who read this 'fantabulous' blog entry, and to all who have visited Shidi and prayed for his health and joy, kindly accept our heartiest gratitude. Friendship remains and never can end; for true friendship is made in heavenly gestures and fondest appreciation, kindest thoughts and pensive stratosphere.

~zue and shidi~