Popular Posts

Wednesday, March 31, 2010

Hikayat Satira Malim Kundang Moden

Batu Malim Kundang, Pantai Air Manis, Sumatera Barat.

Tragedi yang menyayat hati diabadikan dalam bentuk arca sebagai pengajaran untuk semua.

(Nota : kisah ini telah diolah semula oleh penulis - so don't take it seriously).

Menurut kata dusta sahibul hikayat, alkisah hidup dua orang anak beranak, Malim Kundang dan ibunya Mande Rubayah di sebuah kampung nelayan yang terletak di Pantai Air Manis, Sumatera Barat. Mereka menjalani kehidupan yang serba-serbi kekurangan, kais pagi dapatlah mereka makan tengah hari, kais petang, merasalah deme makan malam. Mande Rubayah sangat menyayangi anaknya yang dijaga dan diasuh dengan penuh kasih sayang.

Malim Kundang membesar dibawah asuhan ibunya menjadi seorang lelaki dewasa yang tampan lagi macho (Nota: perkataan "macho" di sini adalah bahasa inggeris dan bukan bermakna ikan bilis/ikan teri menurut dialek urang minang). Demi mengubah nasib dan perjalanan hidupnya, Malim Kundang memohon keizinan daripada ibunya untuk pergi meracau… eh bukan… merantau. Berat hati rasanya Mande Rubayah untuk melepaskan anak teruna buah hati pengarang jantung pisangnya yang seorang itu. Demi melihat kesungguhan Malim Kundang, Mande Rubayah bertanya, apakah cita-cita hasratmu wahai anakku? Jawab Malim Kundang, Ibu, ambo berhasrat untuk mengaleh burger di Kampung Baru dan seterusnya menjadi hartawan besar dengan menguasai franchise burger … di Semenanjung Tanah Melayu dan tidak lupa juga kepada cita-cita sampinganku.. berguru dengan ahli gusti professional…di sana… kalau tak pun, cukuplah dapat menonton Sports Channel pun jadilah.. mendengar jawapan itu, Mande Rubayah yang tidak memahami apa itu "franchise" ataupun "burger"..mengizinkan permintaan anaknya - syaratnya, jika pulang nanti jangan lupa anakda belikan bonda hot dog! Dengan menumpang sebuah bot pukat tunda, Malim Kundang pergi merantau. Hari berganti minggu. Minggu pun berganti bulan dan bulan pun berganti tahun. Masa berlalu pantas tanpa apa-apa khabar berita dari Malim Kundang. Mande Rubayah telah begitu memendam rindu. Ke manakah kiranya anakku pergi meninggalkan bonda seorang diri? Sedap bebenor ka burger yang anak ku usahakan? getus hati seorang ibu yang amat merindukan anaknya dan juga hot dog yang dipesan. Setiap hari, Mande Rubayah tidak lupa untuk mendoakan keselamatan dan kejayaan anaknya. Setiap malam pula mande Rubayah bermimpi terbau-bau hot dog idamannya..

Tersebar khabar kononnya, Malim Kundang telah berjaya memiliki rangkaian franchise perniagaan burger dan telah menikah dengan seorang gadis, puteri seorang hartawan franchise burger yang kaya raya, namun malang sekali, tidak satu pun khabar berita diutuskan kepada Mande Rubayah, ibunda Malim Kundang. Apakah gerangan sebabnya, Malim Kundang tak memberi apa-apa khabar kepada bonda?" Masih slow sangat ke broadband berkelajuan tinggi di Semenanjung Tanah Melayu itu? rintih hati Mande Rubayah berkata sambil mematikan netbook terpakai yang baru dimilikinya.

Pada suatu hari, tersiar khabar melalui Facebook dari sebuah Warnet (warung internet) bahawa sebuah kapal besar telah tiba dan berlabuh dipantai dekat kampung tempat Mande Rubayah tinggal. Ramai orang kampung dari jauh dan dekat berpusu-pusu datang ke pantai untuk melihat dengan mata kepala deme sendiri kapal (namanya pun pelik.. apa dia,,, sekerap?.. hakerap?… oh.. hovercraft!!) megah dan indah itu. Kelihatan dari jauh sepasang muda-mudi berdiri di geladak hovercraft berpakaian indah seperti seorang nakhoda berbaju putih tampak handsome giler macam hulubalang Steven Seagal dalam filem "Under Seige". Kelihatan amat tampan dan gagah disamping seorang wanita cantik .. macam huh….err… tak berpakaian… pakaian apa kayak gini?… oh sebutnya … bikini!!!. Kalau tak salah, dari pemerhatian orang kampung yang bagaikan juling matanya melihatkan pakaian sendat wanita yang solid molid sedemikian rupa. Lelaki macho yang menjadi nakhoda hovercraft yang indah tersebut tidak lain tidak bukan adalah si Malim Kundang dan berkemungkinan wanita cantik seakan tak cukup kain yang berdiri disebelahnya adalah isterinya. Maka tersebar khabar bahawa Malim Kundang kini telah menjadi seorang nakhoda hovercraft dan peniaga burger yang berjaya dan mempunyai harta yang melimpah ruah dan isteri yang .. seksi meksi bagaikan pelakon Baywatch. Rindu yang tak terbendung memberikan kekuatan pada tubuh tua dan layu Mande Rubayah yang kini uzur, rambutnya sudah habis memutih, tangannya bergetar memegang tongkat aluminium berspring bagai nak pergi hiking itu agar tidak jatuh rebah dan dia berjalan terdengkot-dengkot menghala ke pantai kerana amat merindukan anaknya itu. "Malim, apakah benar kau sudah pulang bersama hot dog yang ku pesan… kaukah anakku Malim, Malim…rupamu handsome bagai pelakon bollywood … .Ibu amat rindu padamu?" mata Mande Rubayah dibasahi air deras panas.

Setelah mendekati pantai dan menghampirkan diri dengan jeti dimana hovercraft megah itu berhenti berlabuh, kelihatan seorang berwajah tampan sedang mengarahkan anak buahnya menurunkan barang-barang dagangan berkotak-kotak dvd cetak rompak dengan menggunakan peralatan hydraulic (tergeliat lidah penduduk kampung nak menyebutnya) – maka tampak oleh sang ibu tua tersebut bahawa kata orang kampung adalah benar – itulah anaknya yang selama ini pergi merantau ke negeri orang, bukan sahaja menjadi nakhoda kapal tetapi merangkap lanun cetak rompak juga! Mande Rubayah tidak dapat menahan perasaan rindu dendam yang teramat sangat dan terus berlari 100 meter seperti dalam filem hindustani dan dengan erat dan mesra memeluk tubuh Malim Kundang yang juga amat terkejut melihat kehadiran ibunya – namun, belum sempat si anak dan si ibu bertegur sapa melepas rindu, isteri seksi Malim Kundang, tanpa mengenalkan dirinya terus mencaci ibunya, "Inikah ibumu! Kau telah kantoi … kau bohong pada kita selama ini. Katamu ibumu itu orang yang sekufu dengan kita persis Marlon Brando… eh bukan-bukan…. Maryln Monroe. Ternyata ibumu seorang yang tua … miskin hina pulak tu!"

Setelah mendengar kata-kata isterinya, Malim Kundang merasa terkejut dan malu teramat sangat. Serta merta dengan gaya "reverse powerslam" yang dipelajarinya, dihempaskan tubuh perempuan tua yang disedarinya adalah ibunya sendiri, sehingga Mande Rubayah yang kempunan nak merasa hot dog "tergolek dog" ke gigi air.

"Wahai perempuan tua, kau ini bukan ibuku! Ibuku adalah seorang saudagar pasar yang kaya yang cantik rupawan…walaupun body macam tempayan.. dan tidak seperti dirimu itu seorang perempuan tua yang miskin lagi hina!"

Hancur luluh bagai kaca terhempas ke batu hati Mande Rubayah mendengarkan ucapan anak yang dirinduinya itu. Amat perit sekali rasanya dihati. Orang-orang kampung yang terut menyaksikan peristiwa itu amat terkejut dan terkesima tidak terkata dan merasa kasihan melihatkan keadaan Mande Rubayah tergeletak di atas pasir terkena "reverse powerslam" anaknya sendiri. Sukar untuk mempercayai bahawa Malim Kundang sanggup untuk memperlakukan sedemikian kepada ibunya. Malim Kundang dengan suara yang keras lantang terus mengarahkan anak kapal dengan segera menaikkan sauh dan meninggalkan kampung nelayan itu pada kadar segera. Mande Rubayah dalam keadaan jatuh tertirap dan menangisi perlakuan anaknya menatap kepemergian hovercraft megah milik Malim Kundang yang sedang meluncur seolah-olah terapung menari diatas ombak, pergi menjauh dengan perasaan hiba. Anak tunggal harapannya yang selama ini dibesarkan dengan susah payah dan penuh kasih sayang bagai menatang minyak petroliam yang makin mahal harganya dipasaran dunia, bukan sahaja telah melupakan dirinya, bahkan telah secara terang-terangan melebihkan isterinya dan menyakiti hatinya.

Dengan hati yang pedih Mande Rubayah yang tidak lagi dapat menahan kesabarannya lalu menadahkan kedua tangannya ke hadrat Illahi dan berseru:

"Ya Allah, jika dia bukan anakku, aku maafkan perbuatannya, namun jika dia benar Si Malim Kundang, anakku yang juga lanun cetak rompak…maka aku sumpah jadi katak!... eh eh tersilap skrip.... aku mohon padamu, kerana hatinya sudah mengeras seperti batu. Maka jadikanlah dia batu sebenar-benar batu!"

Serta merta itu juga, laut menjadi bergelora - langit yang tadinya cerah disinari sang suria tiba-tiba menjadi berubah menjadi hitam pekat likat dan melekat. Badai terhempas ke laut dan petir saling sabung-menyambung seolah-olah mahu membutakan penglihatan selah-olah pahlawan satria si Penjejak Awan dan si Penjejak Badai sudah muncul berjuang. Bertempiaranlah lari kesemua orang kampung yang berada di tepian pantai menyelamatkan diri. Di tengah laut kelihatan ombak besar serta puing-puing air berpusar ligat seolah-olah air laut dan langit kini bercantum menjadi satu - bergerak laju umpama dinding air yang tinggi melanda hovercraft yang dinaiki Malim Kundang yang kini terkandas ditengah laut… Terdengar teriakan yang dibawa deruan angin "Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…………..anakda tersalah move… sepatutnya demonstrate kasi "bear hug" aje…" Hovercraft yang malang tersebut seolah-olah mainan anak-anak dan melambung tinggi, musnah dan hanyut ke tepian pantai.

Ketika badai reda, orang-orang kampung datang ke tepi pantai. Mereka dengan hati yang hiba melihat kepingan-kepingan hovercraft megah Malim Kundang bertaburan. Berhampiran dengan sebuah bukit kecil di tepi pantai terdampar sebongkah batu sebijik rupanya seperti bentuk manusia dalam keadaan tertirap seolah-olah melaksanakan jatuhan "pin" kemenangan. Mereka mengatakan itulah jelmaan Malim Kundang yang telah disumpah ibunya menjadi batu dek tergilakan sangat menonton wrestling. TAMAT.

(Nota : harap maaf : kisah digubah sedemikian rupa kerana kisah ini sebenarnya, amat menyayat hati).

Serious part - diantara hiburan dan pengajaran:

1. Wahai ibu-ibu, jagalah lisan anda dalam mendidik anak-anakmu.
2. Mendoakan agar ditimpakan keburukan kepada seseorang bukanlah sesuatu yang patut dicontohi.
3. Balaslah keburukan dengan kebaikan.
4. Jangan jadi lanun cetak rompak, nanti kena sumpah jadi katak.
5. Jangan percaya sangat kisah dusta sahibul hikayat!


Nota: Imej dirakamkan oleh penulis sendiri dalam format RAW pada 12/02/2010 Nikon D60 mengunakan prime lens Nikkor 35mm dan kemudiannya diolah menggunakan perisian Gimp 2.6 dan Photoscape (untuk mendapatkan tindanan arca). Jalan cerita diolah semasa penulis bosan menunggu meeting yang tak kesampaian, Mac 2010)

Saturday, March 27, 2010

Melayu

Adakah esok bila kita mati nanti, Munkar & Nakir akan bertanya - Ma Jinsiyatuka?

Friday, March 26, 2010

Nikmat dari Allah

Kenikmatan dan kekurniaan Allah itu tiada dapat dihitung banyaknya, namun bila manusia hendak menghitung amalannya berbanding dengan kenikmatan yang diterimanya dari Allah akan binasalah dia. Sebab itulah para wali dan orang-orang soleh sentiasa hidup dalam keluhan.

Diriwayatkan bahwa Al-Hasan bin Ali radhiallahu-anhuma pernah bermunajat:

Tuhanku! Engkau telah melimpahkan nikmatMu kepadaku, namun Engkau tiada mendapatiku tahu bersyukur,
dan Engkau menimpakan bala ke atas diriku, namun Engkau tiada mendapatiku tahu bersabar.

Engkau pun tidak merampas semua nikmat itu daripadaku kerana aku meninggalkan syukur kepadaMu,
dan Engkau pun tidak kekalkan bala dan bencana ke atas diriku kerana aku meninggalkan sabar.

Tuhanku! Tiada yang patut datang dari Yang Mulia lagi Murah hati melainkan kemaafan dan kemurah-hatian, dan tiada yang patut datang dari yang berbuat salah, melainkan kekecewaan dan penyesalan.

Thursday, March 25, 2010

Hilangnya kelayakan hadanah (hak penjagaan anak)

A sister asked me, dalam sebuah kes penceraian keluarga muslim, bagaimana seorang ibu boleh hilang kelayakan penjagaan anak?

Seingat penulis - jika mahkamah mendapati seseorang tidak layak menjaga kebajikan anak disebabkan :

1. Jika perempuan itu sudah berkahwin dengan seorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak berkenaan,
(notes : 1. Yes, I know it is difficult to accept - ramai yang bertanya kenapa...kalau camni kalau saya ada calon suami lain pun tak nak kawin semula.. but that is the law - there must be good reasons for it, but penulis tak ingat kenapa - kena bukak buku balik!.. 2. hak hadanahnya akan kembali semula jika perkahwinannya itu dibubarkan).

2. Jika org itu berkelakuan buruk keterlaluan dan terbuka atau berperangai keji mengikut hukum syarak.

3. Jika perempuan itu menukar tempat pemastautin dengan niat untuk menghalang atau mencegah bapa kanak-kanak menjalankan pengawasan ke atas anaknya

4. murtad

5. perempuan tersebut menganiaya kanak-kanak dalam jagaannya

Kalau sabit dimahkamah perkara ini (walaupun satu sahaja), maka hak hadanah boleh gugur dan hadanah diserahkan kepada orang lain lebih berkelayakan menurut turutan keutamaan. Bab turutan keutamaan, penulis tak berapa ingat lagi - rasanya next in line would be nenek sebelah ibu sekiranya berkelayakan. (better check dgn a true Sharie lawyer).

Harap menjawab soalan ye!

Monday, March 22, 2010

Pesta Makanan Lazat

Alangkah bahagia dan makmurnya kehidupan di negara kita Malaysia - setiap kali musim perayaan, betapa banyaknya majlis rumah terbuka diadakan tanpa mengira tempat, dari rumah orang persendirian, dewan orang ramai, balai raya hinggakan di hotel-hotel ternama. Tak kurang juga apabila musim cuti sekolah, saban minggu juga terdapat banyak undangan majlis perkahwinan.. kadangkala jemputan undangan kenduri perkahwinan bertindan-tindan banyaknya! Juadah hidangan yang bermacam-macam jenis dan rasa dapat dinikmati bersama. Ada juga tuan rumah yang bersikap tetap menjemput makan "second round" walaupun para tetamu telah kekenyangan! Dan lebuh buruk lagi - apabila Bulan Ramadhan yang mulia diibaratkan sebagai Pesta! Ya - itulah hakikatnya.

Apakah tradisi dan budaya seperti ini baik dan elok untuk diamalkan?

Apakah tujuan kita diutuskan ke dunia ini adalah untuk makan - dalam ertikata kita hidup ini untuk makan? Atau apakah sebenarnya, kita dianjurkan makan, untuk meneruskan kehidupan agar kita dapat memberikan khidmat yang dituntut sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini?.

Kita ini makan untuk hidup atau kita makan untuk mengisi "tembolok naga" kita?

Adakah makan secara berlebih-lebihan merupakan nikmat atau sebenarnya satu ujian kepada kita?

Makan secara berlebihan sudah pastinya membahayakan kesihatan.

Jauh berjalan, luas juga pemandangan.. dah bermacam-macam jenis juadah makanan yang pernah penulis nikmati. Untuk menjawab soalan yang pernah ditujukan kepada penulis - mengenai makanan apa yang penulis gemari - kalau setakat Nasi Kapau (Nasi padang asli) serta berapa puluh hidang lauk pauknya, dah berapa banyak kali sapu (tak terkira banyaknya), western food, chinese food, japanese, arab, turkish... tak payah ceritalah... memang penulis sukakan variety. Janji halal aje. Tapi sedarkah kita apa yang kita amalkan ini sebenarnya tidak mencerminkan kita ini sebagai orang yang beragama Islam waima ummat Nabi Muhammad S.A.W.? Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama (termasuk diri penulis sendiri) merenung dan mengambil iktibar kisah Nabi Muhammad S.A.W yang berikut ini:

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnyapenghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.
(Kanzul Ummal 4:41)


Dengan jujur, tulus ikhlas marilah kita muhasabah diri kita sendiri:

Berapa kalikah dalam sehari kita makan?

Makanan yang kita nikmati itu, berapakah pula nilai harganya?

Amat lazat dan sedapkah rasanya?

Pernahkah kita mengundang anak yatim atau orang miskin bersama-sama menikmati sedapnya kualiti makanan yang kita nikmati itu?

Mampukah orang kebanyakan, tanpa bantuan, membeli makan yang kita nikmati tersebut?

Apakah nilai zakat fitrah yang kita keluarkan (menurut apa yang ditetapkan oleh majlis agama negeri mastautin kita) benar-benar menyamai nilai beras berkualiti tinggi yang kita nikmati selama ini?

Apakah kita sebagai anak, tatkala menikmati juadah makanan kita, pernah teringat dan bertanya-tanya, apakah makanan yang dinikmati oleh ibubapaku saat aku menikmati juadah ini?

Pernahkah didalam majlis, kita mengambil makanan beraneka jenis secara berlebihan dan tidak mampu untuk menghabiskannya - maka berlaku pembaziran!

Maka marilah kita bersama-sama merenungi Ayat Allah dalam Surah Al Maa'un:1-7:
1. Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?
2. Itulah orang-orang yang telah mengherdik anak yatim
3. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka celakalah bagi orang yang sholat.
5. Iaitu orang yang lalai dari sholatnya,
6. Orang yang telah berbuat riya.
7. Dan enggan menolong dengan barang yang berguna.

Menjalin Ukhwah

Sis Nurul Aini on her last day of work in the Legal Department

Ukhwah atau persaudaraan sesama Muslim adalah binaan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebaik saja beliau tiba di Madinah.. Ini menunjukkan bahawa ukhwah memainkan peranan yang amat penting untuk menegakkan persamaan, keadilan dan keamanan. dan merupakan senjata untuk melawan syaitan yang sukakan perpecahan dan peperangan. Ianya adalah sifat orang mukmin yang sangat disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Antara keutamaan membina ukhwah menurut ulama adalah adalah seperti berikut:
1. Mendapatkan keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menjalin ukhwah, begitu juga penduduk di langit.
2. Dapat menambah pahala amalnya setelah meninggal dunia kelak.
3. Dapat menambah dan mewujudkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
4. Dapat menambah dan menerima keberkatan rezeki.
5. Allah berkenan memanjangkan usianya.
6. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
7. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
8. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
9. Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak, di mana tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang beriman.

Thursday, March 18, 2010

Iktibar dari Rama-Rama

Suatu hari, seseorang saintis membuat kajian ke atas kitar hayat rama-rama. Semasa kajian awal dibuat dia mengkaji dan memerhatikan seekor rama-rama yang sedang muncul keluar dari lubang kepompong yang kecil. Saintis tersebut duduk dan memerhatikan rama-rama itu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memaksakan dirinya melalul lubang kecil itu. Kemudian rama-rama itu seakan-akan berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya ia telah berusaha semampunya dan ia tidak boleh pergi lebih jauh lagi. Atas perasaan belas kasihan, saintis tersebut memutuskan untuk membantu dengan mengambil sebuah gunting dan dengan berhati-hati memotong sisa yang mengekang rama-rama tersebut daripada keluar daripada kepompong itu.

Dengan bantuan saintis tersebut, rama-rama itu dapat keluar dengan mudahnya. Namun, ia mempunyai bentuk badan yang tidak normal - tubuh kembung dan kepaknya berkerut-kerut. Saintis tersebut terus melanjutkan pemerhatiannya kerana dia amat berharap dapat menyaksikan saat kepak-kepak sirama-rama itu mekar dan berkembang, mengepakkan sayapnya dan berupaya terbang. Namun, semuanya tidak terjadi. Rama-rama itu menghabiskan sisa hidupnya hanya dengan merangkak di sekeliling tumbuhan dengan tubuh kembung dan kepak yang tetap berkerut. Ia tidak mungkin boleh terbang untuk mendapatkan makanannya.

Ternyata, yang tidak difahami daripada kebaikan dan tergesa-gesanya saintis tersebut ialah, bahawa sisa kepompong yang menghalang perjuangannya untuk keluar sebenarnya amat diperlukan untuk menyediakan rama-rama tersebut untuk menempuhi peringkat kehidupan selanjutnya. Itu adalah proses yang rama-rama perlu lalui iaitu menempuh lubang kecil tersebut sebagai jalan yang telah ditentukan Allah yang Maha Pencipta bagi memaksa cairan daripada tubuh sirama-rama masuk ke dalam kepak-kepaknya, untuk menambah kekuatan pada sayap-sayapnya agar ia berupaya terbang apabila ia memperolehi kebebasan daripada kepompong tersebut.

Kadangkala, kita perlukan cabaran dan kesukaran dalam hidup kita. Sekiranya Allah membiarkan kita hidup tanpa kesusahan dan cabaran, ia mungkin boleh melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat dan setabah seperti sekarang. Kita juga mungkin langsung tidak berupaya untuk dapat “terbang” untuk selama-lamanya.
  • Saya memohon kekuatan…dan Allah memberi saya kesulitan-kesulitan untuk menjadikan saya kuat.
  • Saya memohon kebijaksanaan fikiran... dan Allah memberikan saya persoalan-persoalan untuk diselesaikan.
  • Saya memohon kemakmuran dan rezeki yang halal... dan Allah memberikan saya akal fikiran dan tenaga untuk bekerja.
  • Saya memohon keteguhan hati... dan Allah memberikan saya bahaya untuk diatasi.
  • Saya memohon kebahagiaan dan cinta kasih...dan Allah memberikan kesedihan demi kesedihan untuk dilalui.
  • Saya memohon cinta... dan Allah memberi saya orang-orang bemasalah untuk dibantu.
  • Saya memohon kemurahan dan kebaikan hati.... dan Allah memberi saya kesempatan dan peluang dalam menjalani kehidupan.
  • Saya memohon kesabaran dan ketabahan… dan Allah memberikan saya ingatan dan kesakitan untuk diinsafi.
  • Saya tidak memperolehi yang saya inginkan - saya memperolehi apa yang saya perlukan.

Wednesday, March 17, 2010

Kelebihan Menghafal AI-Quran

Menghafal Al-Qur’an adalah amalan yang sangat ditakuti Iblis, dan sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Qur’an seperti yang digambarkan seperti berikut. (sumber dari hadis-hadis).

Mereka Adalah Keluarga Allah

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bersumber daripada Anas r.a. : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Iaitu ahli Qur’an (orang yang membaca atau menghafal Al-Qur’an dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa di sisi Allah.”


Ditempatkan di Syurga Yang Paling Tinggi

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda: “Di akhirat nanti para ahli Al Qur’an diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Qur’an dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Ahli Al-Qur’an adalah Orang Yang Arif di Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda: “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”

Menghormati Orang Yang Menghafal Al-Qur’an Bererti Mengagungkan Allah

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Musa Al Asya’ari r.a. ia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda: “Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Qur’an tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.

Hati Penghafal Al-Qur’an Tidak Diseksa

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.: “Bacalah AlQur’an kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Qur’an. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Qur’an maka hendaklah dia bergembira.”

Mereka Lebih Berhak Menjadi Imam Dalam Solat

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Mas’ud r.a: “Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al-Qur’an.”
Disayangi Rasulullah

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad. Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Qur’an? Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.

Dapat Memberikan Syafaat Kepada Anggota Keluarga

Sabda Rasulullah s.a.w. danipada Ali bin Abi Thalib r.a.: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

Penghafal Al-Qur’an Akan Memakai Mahkota Kehormatan

Sabdar Rasulullah s.a.w. danipada Abu Hurairah r.a: Orang yang hafal Al-Qur’an nanti pada hari kiamat akan datang dan Al-Qur’an akan berkata; “Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. AlQur’an berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan.
Hafal Al-Qur’an Merupakan Bekal Paling Baik

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair: “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Qur’an”.
Orang Tua Memperoleh Pahala Khusus Jika Anaknya Penghafal Al-Qur’ an

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Buraidah AlAslami r.a. ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al-Qur’an akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dan kuburnya. Al-Qur’an akan menyerupai makhluk dan bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?” Penghafal tadi menjawab: “Saya tidak mengenal kamu.” Al-Qur’an berkata; “Saya adalah kawanmu, Al-Qur’an yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan”. Maka penghafal Al-Qur ‘an tadi diberi kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan di tangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi cantik yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “Kenapa kami diberi dengan pakaian begini?”. Kemudian dijawab, “Kerana anakmu hafal Al-Qur’an.” Kemudian kepada penghafal Al-Qur’an tadi diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil).
Akan Ditempatkan di Kelas Tertinggi dalam Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Aisyah r.a.: “Jumlah tingkat-tingkat dalam Syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al-Qur’an. Maka tingkat Syurga yang dimasuki oleh penghafal Al-Qur’an adalah tingkat yang paling atas, di mana tidak ada tingkat lagi sesudah itu”.

Friday, March 12, 2010

Old is gold

Graduation night - MRSM Jasin 1988

My bro Fizi - Mat Bungga Manggar..

Me & Bro Zairus Effendi

My photo taken when I was in standard 6, Sekolah Sri Petaling, PJ

Me and my bro Wajdi - Masjidil Quba' Madinah AlMunawwarah 1997

Good friends - Juan, myself & Ariff 1986

Me & Sis Dora Ahmad, Graduation Day

Montage at Masjid

Photo taken late evening @ Masjid AlGhufran, TTDI

Wednesday, March 10, 2010

Happy couple

somebody forwarded me this:

Once upon a time a couple celebrated their 25th marriage anniversary. They had become famous in the city for not having a single conflict in their period of 25 years. Local newspaper editors had gathered at the occasion to find out the secret.

Editor: "Sir. It's unbelievable. How did you make this possible?" Husband recalling his old honeymoon days said: "We had our honeymoon after marriage. We selected the horse riding, we both started the ride on different horses. My horse was pretty okay but the horse on which my wife was riding seemed to be a crazy one.

On the way ahead, that horse jumped suddenly, making my wife topple over. Recovering her position from the ground, she patted the horse's back and said "This is your first time". She again climbed the horse and continued with the ride. After a while, it happened again. This time she again kept calm and said "This is your second time" and continued. When the horse dropped her third time, she silently took out the revolver from the purse and shot the horse dead!

I shouted at my wife: "What did you do, you psycho. You killed the poor animal. Are you crazy?".

She gave a silent look and said: "This is your first time!".

Husband: "That's it. I understood her, I accepted her as it is, and hence we are happy ever after."

One of the secrets to become happy is: “To accept the person as it is”.

Friday, March 05, 2010

For friends and families

Assalamualaikum wrt wbt

Limited time posting.

Saya dan keluarga dengan sukacitanya menjemput adik, abang, kakak & kengkawan sekeluarga untuk meraikan kelahiran anak lelaki kami yang lahir pada 24/02/2010 lalu, Muhammad Al-Muqarrabin bertempat di alamat berikut

No. 84, Lorong Zaaba,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Tarikh : Sabtu, 06hb Mac 2010

Aturcara Majlis Mula : 10.00 am
Marhaban & Berzanji
Bacaan Surah Ya-sin
Tahlil Ringkas & Doa Selamat

Jamuan makan : 12.30 pm

Harap dapat reply untuk mengesahkan kedatangan tuan puan (répondez s'il vous plaît (RSVP)) diemail saya zhelme@gmail.com

Sekian terima kasih
Helmi/mi/ abg mie/Zaws (whatever names you guys call me) & Neny
zaws 017- neny 017-330

Family Trip to Bukittinggi 2010 (Part 2)

Husna @ Jam Gadang

Paris Antang... depan rumah nenek

Jam Gadang.. objek wisata Bukittinggi

On the way to Solok, we stopped to enjoy a riverine view.. the river is soo pristine and clear you can see schools of fishes swimming although the river bank is another 70-100 feet down!

Lukisan wanita minangkabau.. lokasi Ngarai SiAnok

Yet another painting...nice.

Aspiring leader, harapan agama, nusa dan bangsa.

Janjang 40... means 40 steps upwards to the Pasar.. 40 big ones! Those yg takde stamina, dinasihati tak payah mengada-ngada nak naik..

Wakil DPR, mewakili Kapau?

Maya di panorama terindah Indonesia

Siapa mau panjat sendiri ye..

Model busana muslimah didatangkan khas dari Malaysia!

Like father, like son... cuma daddy hangus sikit sebab kuat sangat menembak ditengah hari..

Wednesday, March 03, 2010

On Pain Killers and stuffs

Seorang Hamba Allah menulis melalui email..bertanyakan penulis mengenai "Pain Killers"... or what I thought as short cuts..

My dear brother,,,,Pain killer??? mana ada pain killer? alangkah bagus kal
au benar ada "pain killer" dalam kehidupan ini. Selalunya all these short cuts would cause more harm than good. Takde jalan pintas. Selama ini penulis hanya boleh "embrace the pain" - apa jua yang datang, setelah berusaha habis-habisan & dan betul-betul habis ikhtiar (menurut cara yg dibolehkan sahaja), berserah & bertawakkal kepada Allah, despite the pain, sekiranya perlu, jadikanlah the pain part of our life (although at times the pain can become very hard to bear) supaya kita lebih ingat pada Allah , bahawa hakikatnya kita ini milik Allah sebenarnya, selaras dengan kata-kata hikmat, dunia ini adalah penjara bagi mukminin. Nescaya kawan dan lawan akan tetap hormat pada kita. For what its worth, itulah pain killer yang sebenarnya.

Kalau dapat himpunkan sifat sabar dan pemaaf dalam diri seseorang, (untuk mendapat keampunan Allah, kita sendiri harus berubah menjadi seorang yang pemaaf), Insya Allah selamat dunia akhirat.

Monday, March 01, 2010

Kisah Nabi Zakaria & Maryam


Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya, putra tunggalnya - lahir setelah dia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristri Hanna, ibu saudaranya Maryam, Zakaria mendambakan mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya dia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai seorang putra yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Dia khuwatir bila dia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan, bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, dia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari generasi sepanjang Allah mengizinkannya dan memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam anak iparnya yang diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nazarnya sewaktu dia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh para Pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam yang dia diserahkan oleh ibunya. Tugas Pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria melalui undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala menerima bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara istrinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan mengherankan Zakaria telah terjadi pada suatu hari ketika dia datang ke mihrab sebagaimana biasa. Dia meiihat Maryam di salah satu sudut mihrab sedang tenggelam dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis buah-buahan musim panas. Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-buahan musim panas ini, padahal mereka mnasih berada dalam musim dingin. Dia tidak sabar menanti anak saudaranya selesai sembahyang, dia lalu mendekatinya dan menegur kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"

Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa kucari dan aku minta. Di waktu pagi di kala matahari terbit aku mendapatkan rezekiku sudah berada didepan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudara merasa heran dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?"

Note:
1. Sumber Al Quran Syaamil 15 in 1 (milik Ustaz Firdaus Sulaiman);
2. Ustaz Tan Sri Dato' Hassan Azahari membacakan beberapa ayat dari surah di atas semasa majlis takhnik anak penulis.