Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul & Majlis Takhnik baby

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati - ummati..
kutahu bimbangnya kau tentang kami

Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Begitulah indahnya bait-bait nasyid Raihan yang menyentuh perasaan.... ketika kami beramai-ramai bergandingan tangan dan mendendangkannya ketika mengikuti program ESQ165.......

Kali ini tarikh keramat ini jatuh pada hari Jumaat 26hb Feb 2010... Ya hari yang diberkati...Jam telah menunjukkan jam 1.30 tengah hari dan waktu untuk menunaikan solat Jumaat telah hampir masuk sedangkan isteriku masih belum mendapat pengesahan dari pihak Hospital Putrajaya sama ada boleh discharge bersama putra tunggalku... ah.. sama ada sempat atau tak sempat majlis marhaban & takhnik anak lelaki ku ini (yang hanya baru dirancangkan bersama ibu ku malam tadi) dijalankan aku tidak peduli - janji penulis telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakannya. Penulis bergegas ke Musolla Presint 9 untuk menunaikan solat jumaat - dan tersenyum puas apabila mendapati musolla tersebut telah dilengkapi dengan sistem audio visual yang membolehkan khatib menayangkan kepada jemaah, slide power point serta grafik khas yang memberikan butiran mengenai isi kandungan khutbah yang dibacanya! Isi kandungan khutbah tidak lain menyentuh erti menyayangi Rasulullah S.A.W. - apakah kita memahami erti sebenarnya. Diantara 2 khutbah, penulis memanjatkan doa, semoga isteri dan anak dapat pengesahan untuk keluar, kerana mengikut aturan, majlis akan bermula jam 3 petang. Alhamdullilah...usai sahaja solat Jumaat, penulis menerima sms yang menyatakan bahawa kebenaran discharge telah diperolehi.

Biar lambat asakan selamat... seolah-oleh tidak dipedulikan apabila penulis memecut kenderaan ke rumah mak saudara yang terletak di Kg Dato Abu Bakar Baginda yang sedang berlangsung suatu majlis. Di majlis ini, penulis dan keluarga menumpang untuk mengadakan upacara marhaban dan takhnik baby(yang pada masa itu hanya mempunyai cadangan 2 nama... yang kedua-dua nama cadangan bermula dengan nama "Muhammad"). Khabarnya VVIP majlis telah bersetuju untuk menjalankan sunnah nabi mentakhnik dan marhaban untuk satu-satunya putraku ini. Malang sekali, tanpa pengetahuan penulis, majlis telah dipercepatkan dan setibanya kami, sekalian jemputan sedang menikmati hidangan- oleh itu, upacara marhaban telah pun dijalankan tanpa kehadiran kami ... takpe, sabar... belum habis penulis makan, tiba-tiba dimaklumkan bahawa majlis takhnik akan dijalankan. Alhamdulillah, tercapai hajatku ini dan aku bergegas ke ruang hadapan rumah mak saudara ku itu dan terus duduk dihadapan, sementara anakku dipangku oleh ayah.

VVIP yang akan menjalankan upacara takhnik tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Tan Sri Hassan Azahari, seorang tokoh yang tersohor dalam bidang pengajian AlQuran di rantau ini. Turut hadir anak-anak beliau, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan & Datuk Jalaluddin Hassan berserta ahli keluarga terdekat mereka. Sebelum majlis bermula, Ustaz Hassan Azahari menerangkan kepada hadirin yang hadir mengenai sunnah Nabi S.A.W. yang makin jarang diikuti ini dan mengenai tatacara menyambut kelahiran anak yang antara lain perihal tanggungjawab ibubapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak. Penulis mengakui bahawa penulis berasa gementar duduk berhadap-hadapan dengan tokoh yang tidak asing lagi dengan program TV Muqaddam ini dengan disaksikan oleh ahli keluaga yang hadir. Tambahan pula, masa zaman persekolahan dulu pernah dimaklumkan kepada penulis bahawa Ustaz Hassan jugalah yang dipertanggungjawabkan untuk mengalunkan azan selepas laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman... lebih 50 tahun dulu!

Apabila ditanyakan kepada ayah penulis, sudahkan anak ini diberikan nama? Dengan suara yang perlahan ayah menjawab, sudah Ustaz... nama yang diberikan - Muhammad Al-Muqarrabin... Masya Allah, Indahnya nama itu... amat jarang sekali orang menggunakan nama yang cukup indah ini... disahut pula oleh Tan Sri Musa... ada org yang pernah mengunakan nama ini, orangnya telah menjejakkan kaki memanjat Gunung Everest... lantas penulis tersenyum dan menjawab, saya amat kenal orang tersebut - tidak lain - mesti saudara Muqarrabin, salah seorang trainer ESQ Leadership Training Center... maka ternyata juga bahawa keluarga Ustaz juga mengikuti ESQ165.... (sebenarnya nama itu penulis pilih kerana ianya disebut dalam Surah AlWaqiah, surah yang menjadi kecintaan penulis... dimana ayat selanjutnya menyatakan golongan Muqarrabun akan dimasukkan ke Jannatul Naim).

Maka Ustaz pun menerangkan apa yang akan dilakukan beliau, madu lebah, kurba ajwah (kurma nabi) & air zam-zam digunakan dan disuapkan ke mulut dan dikenakan ke lelangit anak yang tercinta, Muhammad Al-Muqarrabin. Ustaz juga mengajarkan doa untuk diucapkan (sebanyak 3 kali) oleh hadirin serta pemasyuran nama anak tersebut kepada khalayak ramai. Tak dapat digambarkan perasaan kegembiraan penulis ketika itu. Mudah-mudahan anak ini akan hanya berkata-kata yang benar dan manis-manis sahaja berkat doa dari hadirin seperti yang diterangkan oleh Ustaz.

Terima kasih kepada Al Ustaz ke atas kesudian beliau walaupun masa yang terluang amat suntuk. Jazakallahu Khairan Kathiran.

Now, I am going to sit back and let you guys to enjoy the photos. Pohon doa kalian agar impian penulis menjadi kenyataan.

All photos below were taken using 35mm 1.8 dx lens. No speedlite/flashgun were used.

Harap-harap anak ini akan menjadi pembela agama bangsa dan negara, Amin.

Ayah dan Wan Yah (Dr Maznah Ismail) after the ceremony ends

Ustaz & Datuk Jalaluddin Hassan menperkatakan sesuatu kepada ibu penulis. Macam tak percaya bahawa baru beberapa jam sebelum ini masih berada dalam Hospital. Poor lil Sakinah (now officially called Kak Chik)... looking a bit confused

Ayah bersalaman dan berterima kasih kepada AlUstaz Tan Sri atas kesudian beliau mentakhnikkan anak penulis

Tan Sri Musa bersalaman dgn Dato' Dr Zamyn (Doktor pakar yang mengetuai operasi pembedahan tulang belakang ayah)

Bismillahirahmanirahim...madu.. ahhh.. amat kuat sedutan anak ini rupanya!!

Begini caranya... kurma ajwah..sunnah nabi, mesti sampai kepada lelangit bayi

Muhammad Al-Muqarrabin.. mencelikkan mata apabila di panggil namanya

Hj Wahab, ini cucu Hj yang keberapa ni? Ke sepuluh! Masya Allah...

3 comments:

maya said...

ni mau pnggil ape?

Unknown said...

Camne jadi yang ke-10 ek.
(4+3+1)+1=?

Chah putrajaya said...

wah .. seronok baca..