Popular Posts

Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul & Majlis Takhnik baby

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati - ummati..
kutahu bimbangnya kau tentang kami

Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Begitulah indahnya bait-bait nasyid Raihan yang menyentuh perasaan.... ketika kami beramai-ramai bergandingan tangan dan mendendangkannya ketika mengikuti program ESQ165.......

Kali ini tarikh keramat ini jatuh pada hari Jumaat 26hb Feb 2010... Ya hari yang diberkati...Jam telah menunjukkan jam 1.30 tengah hari dan waktu untuk menunaikan solat Jumaat telah hampir masuk sedangkan isteriku masih belum mendapat pengesahan dari pihak Hospital Putrajaya sama ada boleh discharge bersama putra tunggalku... ah.. sama ada sempat atau tak sempat majlis marhaban & takhnik anak lelaki ku ini (yang hanya baru dirancangkan bersama ibu ku malam tadi) dijalankan aku tidak peduli - janji penulis telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakannya. Penulis bergegas ke Musolla Presint 9 untuk menunaikan solat jumaat - dan tersenyum puas apabila mendapati musolla tersebut telah dilengkapi dengan sistem audio visual yang membolehkan khatib menayangkan kepada jemaah, slide power point serta grafik khas yang memberikan butiran mengenai isi kandungan khutbah yang dibacanya! Isi kandungan khutbah tidak lain menyentuh erti menyayangi Rasulullah S.A.W. - apakah kita memahami erti sebenarnya. Diantara 2 khutbah, penulis memanjatkan doa, semoga isteri dan anak dapat pengesahan untuk keluar, kerana mengikut aturan, majlis akan bermula jam 3 petang. Alhamdullilah...usai sahaja solat Jumaat, penulis menerima sms yang menyatakan bahawa kebenaran discharge telah diperolehi.

Biar lambat asakan selamat... seolah-oleh tidak dipedulikan apabila penulis memecut kenderaan ke rumah mak saudara yang terletak di Kg Dato Abu Bakar Baginda yang sedang berlangsung suatu majlis. Di majlis ini, penulis dan keluarga menumpang untuk mengadakan upacara marhaban dan takhnik baby(yang pada masa itu hanya mempunyai cadangan 2 nama... yang kedua-dua nama cadangan bermula dengan nama "Muhammad"). Khabarnya VVIP majlis telah bersetuju untuk menjalankan sunnah nabi mentakhnik dan marhaban untuk satu-satunya putraku ini. Malang sekali, tanpa pengetahuan penulis, majlis telah dipercepatkan dan setibanya kami, sekalian jemputan sedang menikmati hidangan- oleh itu, upacara marhaban telah pun dijalankan tanpa kehadiran kami ... takpe, sabar... belum habis penulis makan, tiba-tiba dimaklumkan bahawa majlis takhnik akan dijalankan. Alhamdulillah, tercapai hajatku ini dan aku bergegas ke ruang hadapan rumah mak saudara ku itu dan terus duduk dihadapan, sementara anakku dipangku oleh ayah.

VVIP yang akan menjalankan upacara takhnik tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Tan Sri Hassan Azahari, seorang tokoh yang tersohor dalam bidang pengajian AlQuran di rantau ini. Turut hadir anak-anak beliau, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan & Datuk Jalaluddin Hassan berserta ahli keluarga terdekat mereka. Sebelum majlis bermula, Ustaz Hassan Azahari menerangkan kepada hadirin yang hadir mengenai sunnah Nabi S.A.W. yang makin jarang diikuti ini dan mengenai tatacara menyambut kelahiran anak yang antara lain perihal tanggungjawab ibubapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak. Penulis mengakui bahawa penulis berasa gementar duduk berhadap-hadapan dengan tokoh yang tidak asing lagi dengan program TV Muqaddam ini dengan disaksikan oleh ahli keluaga yang hadir. Tambahan pula, masa zaman persekolahan dulu pernah dimaklumkan kepada penulis bahawa Ustaz Hassan jugalah yang dipertanggungjawabkan untuk mengalunkan azan selepas laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman... lebih 50 tahun dulu!

Apabila ditanyakan kepada ayah penulis, sudahkan anak ini diberikan nama? Dengan suara yang perlahan ayah menjawab, sudah Ustaz... nama yang diberikan - Muhammad Al-Muqarrabin... Masya Allah, Indahnya nama itu... amat jarang sekali orang menggunakan nama yang cukup indah ini... disahut pula oleh Tan Sri Musa... ada org yang pernah mengunakan nama ini, orangnya telah menjejakkan kaki memanjat Gunung Everest... lantas penulis tersenyum dan menjawab, saya amat kenal orang tersebut - tidak lain - mesti saudara Muqarrabin, salah seorang trainer ESQ Leadership Training Center... maka ternyata juga bahawa keluarga Ustaz juga mengikuti ESQ165.... (sebenarnya nama itu penulis pilih kerana ianya disebut dalam Surah AlWaqiah, surah yang menjadi kecintaan penulis... dimana ayat selanjutnya menyatakan golongan Muqarrabun akan dimasukkan ke Jannatul Naim).

Maka Ustaz pun menerangkan apa yang akan dilakukan beliau, madu lebah, kurba ajwah (kurma nabi) & air zam-zam digunakan dan disuapkan ke mulut dan dikenakan ke lelangit anak yang tercinta, Muhammad Al-Muqarrabin. Ustaz juga mengajarkan doa untuk diucapkan (sebanyak 3 kali) oleh hadirin serta pemasyuran nama anak tersebut kepada khalayak ramai. Tak dapat digambarkan perasaan kegembiraan penulis ketika itu. Mudah-mudahan anak ini akan hanya berkata-kata yang benar dan manis-manis sahaja berkat doa dari hadirin seperti yang diterangkan oleh Ustaz.

Terima kasih kepada Al Ustaz ke atas kesudian beliau walaupun masa yang terluang amat suntuk. Jazakallahu Khairan Kathiran.

Now, I am going to sit back and let you guys to enjoy the photos. Pohon doa kalian agar impian penulis menjadi kenyataan.

All photos below were taken using 35mm 1.8 dx lens. No speedlite/flashgun were used.

Harap-harap anak ini akan menjadi pembela agama bangsa dan negara, Amin.

Ayah dan Wan Yah (Dr Maznah Ismail) after the ceremony ends

Ustaz & Datuk Jalaluddin Hassan menperkatakan sesuatu kepada ibu penulis. Macam tak percaya bahawa baru beberapa jam sebelum ini masih berada dalam Hospital. Poor lil Sakinah (now officially called Kak Chik)... looking a bit confused

Ayah bersalaman dan berterima kasih kepada AlUstaz Tan Sri atas kesudian beliau mentakhnikkan anak penulis

Tan Sri Musa bersalaman dgn Dato' Dr Zamyn (Doktor pakar yang mengetuai operasi pembedahan tulang belakang ayah)

Bismillahirahmanirahim...madu.. ahhh.. amat kuat sedutan anak ini rupanya!!

Begini caranya... kurma ajwah..sunnah nabi, mesti sampai kepada lelangit bayi

Muhammad Al-Muqarrabin.. mencelikkan mata apabila di panggil namanya

Hj Wahab, ini cucu Hj yang keberapa ni? Ke sepuluh! Masya Allah...

Thursday, February 25, 2010

Baby's early arrival

It was approximately 1 pm, the writer was just about to push the send button, to post an article unto his blog when the noon silence was shattered by a sudden phone call.. huh... kena bergerak ke Hospital Putrajaya ASAP... the doctors would not want to wait any longer, although the expected delivery date would be 05/03/2010... due to my wife's past health conditions, the baby must be delivered soonest possible to avoid complications... maka dengan berat hati penulis meninggalkan pejabat, pulang ke rumah, terpaksa balik ke opis lagi to collect the guarantee letter and practically "flew" to Putrajaya..I think I hit 150km/h at a straight stretch on the highway... practically running on vapour as did not have the opportunity to fill in gas...que panjang... managed to reach Petronas NGV station sebelum the car engine spluttered to a dead stop... habis! jangan kena speed trap lagi sudahlah.

Macam pi report duty aje dengan pakaian seragam hospital..ingat boleh lagi penulis kidnap nak bawak pi Sushi King @ Alamanda, makan tengah hari... tapi dah tak dibenarkan la pulak..

Band ... macam nak pi masuk concert/amusement park... takpe, in a few yrs time selaras dengan perkembangan teknologi, kita akan guna RFID tag technology... esp untuk elakkan baby yg baru lahir tertukar dalam hospital.

Sempat calling-caling kawan dan sedara mara.. kasi tau..

Dapatlah juga makan sushi & minum Yakult... penulis terpaksa pi sorang2 & tapau utk org yang terkurung di Hospital... kesian, kena puasa start jam 12 t/malam utk operation the next morning..

Permandangan subuh di Hospital Putrajaya... dulu masa penulis dok kat area P9 ni takde la pulak jamm gile macam ni.... ada ka nak pi sepital pun que..

The baby, a boy!.. Alhamdullillah.. penulis memanjatkan kesyukuran kepada Illahi, yang telah mengurniakan seorang putra. Penulis hanya mengetahui jantina baby setelah dimaklumkan oleh nurse. Apapun jantina baby, penulis terima dengan redha. Maka terbuktilah pesanan/tips yang disampaikan semasa pertama kali penulis mengikuti training ESQ on bagaimana nak mendapat baby boy... (selama ni takleh cerita sebab takde bukti) - tyg ini extra, tak sama dengan tip dalam posting blog penulis sebelum ini). Semoga menjadi anak yang soleh, zurriyat qurrata a'yun wajaalna lil muttaqina imama.. dan dapat berbakti kepada agama dan ibubapanya. Amin. Setelah menunggu beberapa jam di tempat menunggu OT, barulah penulis dipanggil masuk. Penulis diberi kesempatan untuk mengumandangkan Azan & Iqamah ditelinga kanan dan kiri baby serta mempraktikkan pengajian perubatan Islami untuk mengelakkan anak yang baru lahir dari gangguan musuh yg abadi.

Tersenyum pula baby bila ayah nak ambil gambar...

For those yg berhajat nak melawat, the mother and the baby la ni kat Ward 2A, Katil No. 4, Hospital Putrajaya.

Tuesday, February 23, 2010

Memberi & Menerima

The article below was forwarded to me by a friend via persatuan badan kebajikan Islam anggota kerja tempat penulis bertugas. It has always been a strongly entrenched view of the writer of this Blog that whatever limited joy in life are meant to be shared. Hanya di dunia ini sahaja kita boleh berkongsi, berusaha, berbakti kepada ibupapa, meraih kejayaan, menolong dan membantu...as when we depart from this world, kita akan meninggalkan dunia dan seluruh isinya dan berkeadaan sendiri-sendiri menunggu hingga batas waktu yang tak diperkirakan...menurut ketentuan suratan amal yang telah diusahakan semasa didunia dan mengharap rahmat Illahi dan bantuan Syafaat Nabi S.A.W. (sekiranya layak). Love is what a person gives secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan to everybody or to special persons in your life - freely, willingly and unconditionally.

"Penekno Blimbing kuwi, lunyu-lunyu penekno, kanggo mbasuh dodotiro". Ianya tidak untuk direbutkan, dirampas atau dimusnahkan.

Semasa posting artikel ini, penulis menerima panggilan telefon bahawa isteri penulis yang penulis hantar pagi tadi untuk routine check di Hospital Putrajaya telah ditahan untuk pemerhatian dan dijadualkan akan bersalin melalui lccs (pembedahan ceasearean) esok, 24 Feb 2010. Penulis memohon doa kalian semua agar ibu dan bayi selamat. Amin.



Klik untuk membesarkan artikel

Monday, February 22, 2010

Family Trip to Bukittinggi 2010 Part 1

Menjamu selera di Pasar Aur Kuning, Bukittinggi. The es pokat (avocado juice) memang superb.
Photoshoot @ "Paris" Antang, Nagari Kapau, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Ayah tak mampu to bring the whole family to Notre Dame,France, so kat sini pun jadilah ye... dgn bunga-bungaan Ulam Raja.. yang for sure banyak khasiatnya!

Penulis, his lil sister, Mayamin & mom @ Padang Pariaman, Sumatera Barat Indonesia.























The date of our return to Malaysia today, coincided with Jamilah's 9th birthday... so.. Happy Birthday Zahratul Jamilah...

Friday, February 12, 2010

Leading a family trip to Bukittinggi

Dear bro & sis,

Those looking for me through my HP... I am now really off line and would not be checking my emails - It is difficult to check emails at the various warnet (warung internet) when the speed is akin to crawling on the PLUS Highway on the eve of Hari Raya. Got some family matters & serious shooting to do (tembak tupai aje kot). I shall be using an Indonesian handphone number for about a week, so don't bother to leave any messages. Will be back, to face the frantic working world by 22/02/2010. Insya Allah.




Kids at their best





Wednesday, February 10, 2010

Make it real - The Jets

A song from the 80s from one of my favorite bands ..... the internet connection is not reliable on my side. To my olde friend Bro Fatakh who is now all alone in Doha, I know you would love this song..

Thursday, February 04, 2010

Korean drama Green Rose OST

This is one of my favorite korean drama OST - very sad story ala "the fugitive" but in the Korean language. It was released, i think, before "My Girl". The truth reveals itself in the end. Just prepare yourself with tons of tissue papers!

Wednesday, February 03, 2010

Kursus Rawatan Islam

klik pada gambar untuk membesarkannya

Kursus ini terbuka kepada penyertaan awam. Sila warwarkan kepada rakan-rakan anda. Ijazah bersanad untuk penyertaan disediakan.

Monday, February 01, 2010

Rick Price - Nothing Can Stop Us Now

Soft as a rainbow
Like stardust and moon glow
I see the love in your eyes
Like autumn leaves falling
And the first light of morning
It came to my surprise
True love calls just once in a lifetime
Why should we wait
When now is the right time?
Nothing can stop this love we're making
Nothing can stand in our way
Nothing can block this road we've taken
Nothing can stop us now
The joy of surrender
So strong yet so tender
I give my heart to you
You know you can trust me
And that's how it must be
No matter what we do
Faithful friends and lovers forever
Right to the end we'll always be together
Nothing can stop this love we're making
Nothing can stand in our way
Nothing can block this road we've taken
Nothing can stop us now
When love comes sweetly to your door
Embrace completely
What your soul is longing for
Nothing can stop this love we're making
Nothing can stand in our way
Nothing can block this road we've taken
Nothing can stop us now
Nothing can stop us now

Wedding Apiz & Siti in Rembau 31/01/2010

Selamat pengantin baru kepada Apiz & Siti yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Kg Tg Sena, Rembau, N9. Penulis dengan happynya jadi "trigger happy" shooting all these photos. Secara majoritinya, adalah gambo2 candid.

Ini adalah acara Raja Sehari kita bersantap... (terdengar bisikan dari hadirin yg datang... dalam loghat Nogori.. pedulikan pengantin buat kerojo)... so jangan jeles ye..

The happy couple on their wedding day...

Penulis sempat merakamkan this magical moment... when one of the pengantin.. terkantuik...apa ekau tak percayo den ko? Just look at the expression on their faces... (tak la clear sangat sebab gambo ni penulis dah compress supaya senang nak upload) ...actually somebody siram depa tu dengan air mawar.... ade ke terkantuik!... kalau ini kisah benar ..takajuik orang & spoil majlis je... (apiz & Siti.. jgn mare ye)

Ha.... inilah dia nya... Sdr Apiz kita (coincidentally is my wife's cousin) adalah pahlawan cangkul belia No 1 in Negeri Sembilan. Montori Besau sendiri yg kasi. Bermacam-macam usaha niaga yang berasaskan pertanian dijalankan oleh beliau termasuklah supply lembu, kambing, badak.. (eh ...takde, salah kategori) tanaman sayuran, kelapa sawit & juga makanan dingin beku...(ah...barulah ado cucur badak)....Jangan main-main... tapi kenapa Mr KJ tak datang kenduri? Rombau ni kan kawasan Parlimen KJ...Misteri sungguh...

Tu dia... ni ha alamat, no telepon & email si Apiz... senang kome nak berurusan & place orders... siapa lagi nak tolong naikkan saudara islam sebangsa kalau bukan kita... kasilah sokongan moral sikit...(errr... ada diskaun utk family penulis boleh? Ini dah kiro promosi gratis ni.) Apa pun, selamat pengantin baru Apiz & Siti...Barakallahulak.. semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke anak cucu cicit piut etc...