Popular Posts

Tuesday, January 26, 2010

Raja Segala Istighfar (Sayyidul Istighfar)

Click to enlarge on the du'a

Sayyidul Istighfar has been a permanent feature in my prayers since secondary school (form 2). Somebody very dear to my heart (arwah Tok Wan) telah mengajarkannya kepada penulis. It is only fair that I now share it with you guys. What was I thinking... I waited too long to pass this on to my friends.

Anda juga mungkin berminat untuk melawat link ini (Doa untuk Ramadhan)

Monday, January 25, 2010

ESQ Parenting Malaysia May 2010

Cepat isi borang akak kita ni...

This is the offer... for the first batch in Malaysia.

Yang ni MCB lak... looking forward to it!

The above photos are self explanatory. First, my disclaimer - I am NOT an employee of ESQ Leadership Training Centre although I do, coincidentally share my birth date - 18 September ,with the Centre's date of incorporation. I took these shots masa ikut recharge ESQ Executive session in Martrade last week. Kini anda tak perlu ke Jakarta untuk mengikuti kursus ESQ Parenting. Semasa ESQ 4 Kids in Shah Alam semalam (23-24 Jan 2010), penulis telah menunjukkan gambar offer ini (masa tu dalam my video digicam) kepada my wife's good friend, tanpa berlengah lengah lagi, dia terus isi borang untuk register for herself and her husband and on the spot paid in full the course fees, to enjoy the discount offer! As for myself and my wife, we really look forward to attend MCB and Parenting again! Insya Allah.

Note : program ini ditunda ke tarikh 10.10.10 - Harap Maklum.

Friday, January 22, 2010

Pujian untuk Allah


Abdullah bin Umar memberitahu kami, bahwasanya Rasulullah saw. memberitahukan kepada mereka (para sahabat), bahwa terdapat seorang hamba di antara hamba-hamba Allah, membaca: "Wahai Tuhanku, bagi Mu segala puji, sebagaimana yang seharusnya bagi keagungan wajah Mu dan ketinggian kekuasaan Mu". Kalimat itu membuat dua malaikat kesulitan melakukan pencatatan. Keduanya tidak tahu bagaimana mencatatnya, Oleh sebab itu keduanya naik ke langit dan berkata:"Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba Mu, mengatakan suatu perkataan, sementara kami tidak tahu bagaimana mencatatnya Allah Azza wa Jalla yang lebih mengetahui apa yang dikatakan oleh hamba Nya, berfirman: Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku itu?" Kedua malaikat itu menjawab, wahai Tuhanku, dia mengucapkan: ''Wahai Tuhanku, bagi Mu segala puji, sebagaimana yang seharusnya bagi keagungan wajah Mu dan ketinggian kekuasaan Mu. Allah Azzawa Jaalla berfirman kepada kedua malaikat itu: '"Tulislah kalimat itu, sebagaimana yang dikatakan oleh hamba Ku, sampai dia bertemu dengan Ku, biarlah Aku sendiri nanti yang akan membalasnya."(HQR. Ibnu Majah).

Thursday, January 21, 2010

Kisah Nabi Muhammad dengan Pendeta Yahudi

Ketika Nabi (s.a.w.) sampai di Madinah, baginda telah didatangi oleh Abdullah bin Suria - salah seorang pendeta Yahudi yang bertanya: "Ya Muhammad! Bagaimana cara engkau tidur, aku ingin hendak tahu adakah serupa dengan yang tersebut dalam kitab kami yang menceritakan perihal Nabi akhir zaman?"

Dijawab oleh baginda; "Mataku yang tidur tetapi hatiku tidak tidur."

Maka dijawab pula oleh Abdullah bin Suria: "Benar engkau ya Muhammad. Sekarang khabarkan pula kepada kami, bagaimana tentang kejadian kanak-kanak. Adakah kanak-kanak itu terbit dari pihak orang lelaki atau terbit daripihak orang perempuan?"

Baginda menjawab: "Adapun yang merupakan tulang, urat dan tulangnya yang lembut terbit daripihak orang lelaki. Sedang daging, darah, kuku dan rambutnya terbit dari pihak orang perempuan."

Maka ujar orang Yahudi itu: "Benar. Dan bagaimana pula halnya kanak-kanak itu mirip (menyerupai) pihak bapanya tidak pihak emaknya, atau menyerupai pihak emaknya tidak pihak bapanya?"

Maka dijawab oleh baginda: "Air lelaki itu putih pekat, sedang air perempuan kekuningan cair. Yang mana satu di antara kedua airya yang iebih kuat dari yang lain, maka si anak itu akan lebih hampir menyerupainya."

Pendeta itu pun berkata: "Benar. Maka khabarkanlah pula apa jenis makanan yang diharamkan oleh Israel ke atas dirinya untuk memakannya. Ada disebut dalam Taurat- Seorang Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) dapat menceritakannya."

Maka dijawab oleh Nabi s.a.w. "Demi yang menurunkan kitab Taurat kepada Musa, adakah kamu tahu bahawa Israel ketika kuat sakitnya dan lama menghidapnya, ia telah bernazar kepada Allah - sekiranya Allah menyembuhkannya - nescaya ia akan mengharamkan ke atas dirinya, tidak akan memakan sebaik-baik makanan dan tidak akan meminum sebaik-baik minuman, yang kedua-duanya sangat disukainya iaitu daging unta dan susunya?"

Maka dijawab oleh pendeta Yahudi Itu: "Benar. Sungguh benar. Maka sekarang tinggal lagi satu yang hendak kutanyakan kepadamu. Semua pertanyaan telah engkau jawab dengan betul Sekiranya yang satu ini nanti menepati, nescaya kami beriman dengan engkau. Iaitu: "Siapakah malaikat yang datang kepada engkau?"

Maka dijawab oleh baginda: "Itulah malaikat Jibril namanya."

Apabila mendengar sahaja nama malaikat Jibril itu, lalu ia berkata: "Oh, itu seteru kami. Dia membawa kebinasaan dan kesusahan. Tetapi Mikail membawa kemakmuran dan kesenangan. Kalaulah Mikail yang datang kepada engkau kami mahu beriman kepada engkau."

Demikian kata pendeta Yahudi itu dengan cara yang kecewa dan tidak mahu beriman dengan Nabi (s.a.w.), padahal semua masalah yang dikemukakan telah berjawab dengan betui, tetapi kerana dengki dan busuk hatinya ia tetap mengingkarinya, di samping itu malaikat Jibril pula dimusuhinya. Oleh itu, Allah turunkan ayat 97 Surah AlBaqarah.

"Katakanlah (ya Muhammad); barangsiapa yang menjadi seteru Jibril maka bahawasanya Jibril itu menurunkan Quran ke dalam hati engkau dengan izin Allah, sedang ia (Quran) membenarkan kitab yang sebelumnya, dan ia memberi pertunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

Wednesday, January 20, 2010

Cubaan & Cintai Allah

Firman Allah (Surah al-Baqarah : 214) bermaksud:

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah?. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”


"Ya Allah, aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta amal yang dapat menghantarkan aku untuk mencintaiMu.

Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air sejuk!"
(Riwayat AlTirmidzi)

Karya Pujangga Nusantara (Bahagian 2)


Empat bulan dia dalam penjara, kerap kali bila petang dia termenung seorang dirinya, memikir-mikirkan nasib sewaktu mudanya, memikirkan dan menyesali keadaan yang sudah lama lampau, bagaimana dia keluar dari rumahnya, bagaimana dia meninggalkan anak, dan bagaimana pula dia terpaksa menjadi perempuan lacur. Semasa dia masih bebas, dapatlah kesusahan itu diubatinya, iaitu dengan minum minuman keras, sekarang di penjara tidak ada itu lagi, maka kesusahannya pun tidak ada ubatnya. Sebab itu badannya kian lama kian lemah, rambutnya telah putih seluruhnya. Cuma satu perkara sahaja yang diharapkannya, iaitu mati atau dihukum dengan hukuman gantung sebab membunuh orang; tetapi sebelum hukuman itu dijatuhkan, diberi izin juga hendaknya dia oleh Allah untuk mencium kening anaknya, Sofyan!

Tentu sahaja cita-cita demikian tidak akan dapat! Masakan seorang Master yang berpangkat tinggi, akan sudi dicium keningnya oleh seorang pelacur dan seorang perempuan yang kejam, satu sampah pelembahan!

Dia tahu bahawa dia seorang berdosa, sebab itu dia bertekun dipenjara meminta ampun atas dosa-dosanya yang tidak termuat lagi dalam tiap-tiap helai bulunya, tetapi dia akan meminta ampun terus, di dalam permohonan ampunnya itu, dimohonkannya juga, bahawa sebelum dia menutup mata, dapat hendaknya dia mencium kening anaknya!

Tiba-tiba pintu penjara terbuka, tukang kunci memberitahu bahawa seorang Master yang ditentukan oleh Mahkamah untuk membela kesnya datang hendak mene-mui dia. Mula-mula dia acuh tak acuh sahaja, mengapa maka dia akan dibela, padahal dia memang seorang yang salah, yang telah mencari-cari pintu mati sekian lama, sekarang setelah pintu itu terdapat akan ditutupkan pula. Dia pandang kedatangan Master itu lain tidak hanya akan menambah azab seksanya jua. Dia pun dibawalah ke kamar untuk menerima tetamu, di sana didapatinya Master itu telah duduk. Baru sahaja wajah Sofyan dilihatnya, dia terkejut dan pucat, lemah seluruh sendi anggotanya. Dia kenal akan anaknya, walaupun anak itu tidak kenal akan dia. Hampir pula timbul nafsu seorang ibu yang sekian lama bercerai dengan anak, hampir keluar jerit yang seni dari mulutnya, untunglah itu masih dapat ditahannya.

"Tidak perlu tuan membuang masa untuk saya seorang perempuan hina, tua dan kebencian orang. Pembunuhan itu memang terjadi, dan sayalah pembunuhnya. Biarkanlah saya, Master muda, biarkanlah saya dengan untung saya, jangan tuan menghabiskan waktu untuk seorang yang tidak terkenal seperti saya ini!"

Lama sekali Sofyan membujuk mencumbu perempuan itu, dia tidak mahu memberitahu sebabnya dia menjadi pembunuh, tidak diberi tahunya siapakah orang lain yang dicintainya itu, yang hendak dicelakakan oleh Wirja.

"Baiklah," kata Sofyan, "kalau engkau tidak sudi memberitahukan siapa-siapa orang baik-baik yang bersangkutan dalam perkara ini, saya pun tidak hendak memaksa. Tetapi saya mesti bela engkau, hai perempuan tua!"

"Mengapa tuan sekeras itu? Bukankah boleh tuan serahkan sahaja perkara ini kepada lain orang?"

"Tidak, saya yang mesti membela. Tadi saya sangka saya berhadapan dengan seorang perempuan hina-dina, tetapi setelah saya ada di sini, dapatlah saya buktikan, bahawa di dalam badanmu yang dipandang hina dan rendah ini, masih tersimpan suatu hati yang mulia, hati emas. Sebab itu, saya akan bela engkau seperti membela ibuku sendiri, hai perempuan tua!"
"Apakah tuan Master tidak beribu lagi?" tanya Mariah dan tangannya mulai gementar.
Dengan perasaan terharu Sofyan menjawab: "Ibuku tak ada lagi, sudah meninggal sewaktu aku masih berumur tujuh tahun."

Terpecak air mata perempuan itu mendengarkan ucapan Sofyan: "Ibuku sudah meninggal" maka dengan perasaan yang sangat terharu dan menghela nafas dia berkata:
"Baiklah.-.kalau demikian, belalah saya Master, tolonglah saya. Anggaplah diri saya seperti ibu tuan, kalau sekiranya itu tidak terlalu membawa tuan turun ke bawah!"

Di dalam keadaan yang sangat terharu, ibu dan anak itu bercerai, kelak akan bertemu hanya di hadapan meja hijau sahaja. Dengan langkah yang perlahan sekali Sofyan menuju rumah tunangnya, memberitahukan hal yang sedih itu!

"Kasihan..." ujar Emi, apabila mendengar berita dari tunangnya. Kalau demikian, jika perkara ini dibuka, saya pun akan turut hadir melihat. Saya akan saksikan bagaimana caranya engkau membela perempuan yang malang itu. Moga-moga pembelaanmu menang dan dia bebas!"

"Kalau perempuan itu bebas, Emi! Saya percaya dia akan bertaubat! Biar dia tinggal bersama kita, kerana dari raut mukanya kelihatan bahawa asalnya dari orang baik-baik, yang dipaksa oleh peruntungan, sampai bernasib demikian rupa...

Friday, January 15, 2010

Karya Pujangga Nusantara

Dibawah ini adalah excerpts dari sebuah karya agung milik seorang Pujangga Nusantara yang disegani ramai. Penulis sendiri dibesarkan dengan membaca banyak karangan Tafsir AlQuran yang dikarang oleh pujangga besar ini. Amat sayang sekali, anak-anak muda kini lebih mengenali penulis dari negara Barat sedangkan di dunia sebelah sini, kita mempunyai penulis yang berkaliber dan tulisan mereka tidak kurang hebatnya. Secara kebetulan juga karya ini mengingatkan penulis blog ini kepada beberapa kes yang pernah dikendalikan beliau saat masih bergelar peguambela dan peguamcara dulu.

Kenalkah anda siapkah Pujangga Nusantara yang dimaksudkan ini? Kalau tak salah penulis blog, situasi drama dalam mahkamah yang disajikan dibawah ini pernah diadaptasikan didalam sebuah filem - pelakon utama dalam filem tersebut kalau tak salah adalah Andy Lau Tat Wah! Tajuk filemnya... penulis blog sudah lupaaaa.... (maklumlah...banyak sangat tengok filem zaman muda-muda dulu) anyway, enjoy the story below. Sekiranya anda mahukan sambungan kisahnya (tak panjang aje lagi) anda boleh emailkan kepada saya - kalau letak semua, ianya bukan lagi satu situasi "fair use".


Ayahanda!


Dengan tiba-tiba sahaja Mahkamah telah menyerahkan suatu perkara sulit supaya anakanda bela. Seorang perempuan lacur telah membunuh lelaki muda dalam satu rumah hina. Sudah empat bulan perempuan itu dalam tahanan dan seminggu lagi kesnya akan dibuka. Keputusan Mahkamah memilih anakanda jadi pembelanya, mesti anakanda terima, pertama sebagai suatu kewajipan dari seorang lepasan sekolah hakim, kedua moga-moga kalau kes ini menang, boleh menjadi tangga bagi kenaikan anakanda, meskipun kemesuman perkara ini kadang-kadang memundurkan hati anakanda untuk membelanya. Tetapi demikianlah kami wahai ayahanda; seorang doktor mesti tahan membedah seorang yang sakit, walaupun penyakit itu penyakit raja singa sekali pun; seorang insinyur (sarjana teknikal) harus menyabung nyawa menyelidiki rimba belukar melihat hasil rimba itu; maka seorang master pun demikian juga, dia mesti membela kebenaran, meringankan hukuman orang yang kena hukuman berat, bahkan mengusahakan supaya seorang yang teraniaya lepas daripada tuduhan.

Ayahandaku,

Sudah beberapa bulan anakanda membuka pejabat, sudah banyak anakanda memberi nasihat kepada orang, terutama berhubung dengan hartabenda, hutang piutang dan lain-lain, tetapi baru sekarang yang permulaan sekali membela seorang yang dituduh membunuh orang lain.

Hebat sekali perkara ini, ayahku! Seketika Mahkamah memutuskan bahawa perempuan itu mesti anakanda bela, anakanda telah pergi ke penjara menemui perempuan lacur itu, menyatakan kepadanya bahawa kesnya anakanda yang akan membelanya. Apabila melihat muka anakanda dia pucat, tak tentu apa yang disebutnya, agaknya lantaran takut hukuman yang sedang mengancam dirinya. Tetapi beberapa saat kemudian dia dapat menenangkan nafasnya lalu anakanda katakan: "Hai perempuan tua, kesmu hampir dibicarakan, Mahkamah telah memutuskan bahawa kes ini akan saya bela. Moga-moga dengan pertolongan saya, dapatlah engkau terlepas daripada tuduhan ini."

Lama perempuan itu termenung, anakanda perhatikan raut mukanya, hairan ayahku! Mengapa manusia dalam sesaat sahaja boleh menjadi orang yang sangat kejam, bertukar tabiatnya menjadi tabiat seekor binatang. Tetapi apabila telah reda nafsunya dan dia sedar, dia tenang kembali. Demikian juga perempuan itu, kalau bukanlah bukti-bukti yang cukup menunjukkan bahawa memang dia seorang pembunuh, tidaklah makan di akal bahawa dia akan sekejam itu. Raut mukanya, meskipun telah berkedut, masih dapat menunjukkan bahawa perempuan itu asal orang baik-baik juga. Dia menekur ke bumi ketika anakanda katakan bahawa kedatangan anakanda hendak menyiapkan pertahanan untuk dirinya.

Setelah beberapa saat kemudian, diangkatnya kepalanya, air matanya mengalir: "Tuan Master," katanya - "Tidak perlu tuan bersusah payah untuk membela saya, kerana saya memang bersalah, memang saya bunuh orang itu, kerana memang dia seorang jahat, yang bermaksud jahat, kepada beberapa orang yang saya cintai!"

Anakanda ingat, bahawa Wirja yang terbunuh itu musuh anakanda, kalau demikian bukan sahaja anakanda yang hendak dibinasakannya, ada pula rupanya orang lain, orang yang dicintai oleh perempuan tua itu. Lalu anakanda tanyakan: "Siapakah orang-orang itu, supaya keterangan bisa dicukupkan di hadapan hakim?"
"Itu tuan Master tidak perlu tahu!"
"Kalau saya tidak tahu, urusan di muka hakim men¬jadi sulit, "jawab anakanda.
"Tidak akan sulit, tuan Master Kerana saya bukan tidak mengaku bahawa saya yang jadi pembunuhnya. Orang lain, orang-orang yang terhormat, tidak usah terbawa-bawa namanya dalam perkara ini. Apalagi saya seorang perempuan hina, kehilangan saya dalam masyarakat, masih belum akan merugikan, tetapi membawa keuntungan yang besar!"

Hairan dan kasihan anakanda mendengar jawapan perempuan itu. Tidak anakanda sangka bahawa ada perempuan lacur yang berhati emas demikian rupa atau agaknya telah menyesal di atas perbuatan-perbuatan di zaman mudanya, sehingga hendak menebus dosa di waktu tuanya, entah bagaimana wallahu a'lam!

Kes ini seminggu lagi akan dibuka. Meskipun perempuan itu mengaku menjadi pembunuh, maka perasaan perikemanusiaan, yang mengatasi perasaan kewajipan, memaksa anakanda untuk membela dia, kerana sejak bertemu dengan perempuan tua itu, hati anakanda sangat belas kasihan kepadanya. Maka harapan anakanda yang sangat, supaya ayah dapat datang ke Jakarta untuk menyaksikan kes ini dibicarakan. Kalau dapat, bawa jugalah bapa Haji Abdul Halim. Untuk lebih cepat, ada baiknya ayahanda dan bapa Haji Abdul Halim datang dengan kapal udara sahaja.

Lain dari itu, Emi sihat sahaja, ayahanda Raden Suta pun demikianpula. Malah mereka meminta agar selama ayahanda dan bapa berada di Jakarta, tinggal sahaja dirumahnya. Kalau permintaan mereka keras tentu tidak dapat dibantah.

Wassalam
anakanda Sofyan

Demikianlah bunyi surat yang dikirimkan oleh Sofyan kepada ayahnya sehari selepas dia kembali dari penjara itu. Sebagaimana ditulisnya dalam surat, hatinya hairan mengapa perempuan tua itu demikian halnya.

Asmaul Husna

This is self explanatory. This post is dedicated to my daughter, Zaidatul Husna. Inilah sebenarnya asal nama yang diberikan. Penulis bermimpi membaca surah "Lau Anzalna hadza al-Qurana alal jabalila raitahu .. ilal akhir surah....pada malam Husna dilahirkan. This is the latest version, but the earlier version rasanya lebih sayu.

Tuesday, January 12, 2010

ESQ165 Level 2 Mission & Character Building

Video clip Suara Kebangkitan.
Credit : Diyana Tahir, whom I believe owns the copyright to this video clip. Tembang Ilir-Ilir and Wali Songo's dakwah methodology adalah pengajaran ESQ165 Level 2 - Mission & Character Building.

Nak tahu best ke tak? hehehe.. anda kena attend & mengalaminya sendiri!

Snada's video "Demi Matahari"

Ini adalah musik video kumpulan nasyid Snada (Senandung Dakwah) berserta dengan liriknya sekali. Lagu Demi Matahari ini diilhamkan daripada AlQuran - Surah AL-Syams ayat 1-10.

Surah Al-Syams ayat 1- 10 (dari terjemahan per kata - bahasa Inggeris - klik untuk membesarkan).

Ianya meninggalkan kenangan yang amat mendalam sekali terutamanya kepada para alumni ESQ. Nak tahu... datanglah mengikuti program ESQ165 & alami sendiri. Sila padamkan dahulu music playlist yang berada dibawah blog ini untuk mengelakkan pertindanan audio antara playlist dan video. Diharapkan anda dapat memahami dan menghayati kandungannya.


Monday, January 11, 2010

Music Play list in now on..

Dear friends,

I am currently bogged down with endless meetings and I am smack in the midst of drafting lots of agreements. Just came back from Putrajaya.. with more work! Ponat den dibuaknye...If I have not replied to any of your emails, bros & sisters, I am very sorry - shall revert to you guys, soonest.

In any event, I would like to share some songs that I love. Do check them ourt especially the latest version of ESQ Asmaaul Husna. It is unfortunate that "Demi Matahari" and "Hanya PadaMu", both by Snada are not available. The play list is located at the bottom of this page. It should start automatically. You may click on the names of the song to select a song that you want to listen to. It may or may not, work - all depends on your internet connection and the availability of the server that stores that particular song on the playlist. It may need a few clicks... :-).

Till then, take care.
zaws

Saturday, January 09, 2010

Image manipulation software that I use




I am not exactly an expert in this area - normally people would simply use Adobe's Photoshop for image manipulation, for obvious reason - it is damn powerful. For me, I tend to choose free software from the Internet. Here is a list of some useful softwares that I currently use.

1. Gimp... originally from Linux but those good guys had managed to port it over to windows. With a battalion of available 'plugins' available it is a heavyweight contender to Photoshop. Note that Gimp had also been successfully ported over as one of the softwares in PortableApps stable - one can run it from a small thumbdrive. Small .. but kecil-kecil cili api!
2. Picasa 3.. its free from Google.
3. MS Office Picture Manager (it comes free already installed on my office and personal notebook).
4. MS Paint... for light image editing.
5. Photoscape, another free and easy to use software from the Internet community - the images compiled for this posting are arranged in a page layout manner using Photoscape.

So amacam? Instead of opening up a law firm when I reach retirement age, kalau panjang umur, I am seriously contemplating becoming a tour guide cum freelance photographer instead.

Tuesday, January 05, 2010

2009 in photos & best TV Series for the year

Pengalaman yang paling menakjubkan di tahun 2009 ...Alhamdulillah penulis dimurahkan rezeki untuk berpeluang mengikuti Training ESQ165 1. Peringkat Eksekutif; 2. Peringkat Mission & Character Building; dan 3. Parenting (di Menara165, Jakarta). Tambahan pula, kami suami isteri juga berpeluang untuk sponsor my sis in law & my mother untuk turut sama berkongsi kegembiraan. Peluang untuk mengikuti Training ESQkids untuk Jamilah & Husna juga tidak dilepaskan.


Gambar lama ayah.. projek scanning bermula dengan pelancaran pendaftaran ahli keluarga & saudara-mara di Geni.com... ramai saudara-mara jauh dan dekat berjaya dikumpulkan untuk membentuk "family tree" yang boleh dijejaki hingga ke Malim Bongsu yang berasal dari Rawa (Rao, Sumatera Barat).


Pemandangan indah Gunung Singgalang, di Ranah Minang.


Baru menjejakkan kaki balik ke Malaysia.. kos tiket penerbangan dari Bandara Appolonia, Medan ke Lapangan Terbang Subang cuma memakan belanja RM5-00 seorang.


My family, Najid (ex-mrsmj), husband and child, menjejaki Ranah Minang. Permandangan Malim Kundang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu berserta kapalnya yang terbelah dua, yang kini terdampar di Pantai Air Manis, Sumatera Barat.


My mother, bother (al-Wajdi) & Mayamin. Occasion: Majlis Pertunangan Maya dengan Ustaz Firdaus.

An old friend, Rashidi, ex-mrsmj & my ex-homeroom mate kini terlantar sakit di hospital.

The band of brothers yang meluangkan masa melawat Shidi, penulis sebagai pemegang amanah, wang kutipan Reunion batch mrsmj8788 pada tahun 2000 (ya, duit anda semua) telah menyerahkan kesemua baki yang masih disimpan untuk sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakan kita.

Ustaz Firdaus Sulaiman telah sudi mengajar dan mengijazahkan kami dengan Ratib Al-Haddad untuk diamalkan.
Abg Indra, the sniper in action... gaya aje 10..

Although my gun was not equipped with a sniper scope, I can still hit my mark with great accuracy. In Indonesia, depending on its power, it is not illegal to own airgun.

It is indeed, a tall order, for lil Sakinah to fill in the shoes of Laksamana Hang Tuah..

Selamat pengantin baru kepada my cousin Salmi & pasangannya, Mimi...sori, kita dera depa berdua ni masa photoshoot... jgn mare ye..

Dulu, suka main this board game... nowadays gotta enjoy it again with my kids


PS2 Challenge @ KL Central (Semi finals)


Not fair.... I was all alone fending for my self while the other chap got assistance from a pro.. anyway I managed to reach the finals...

But the finals - totally different story....my Arsenal team loses to Chelsea 3-4 to a pro PS2 player. Congrats Bro... but not bad for a person who had no training at all...


Masjid Raya AlMasyun, Medan. Musim kering tak berawan..

Best TV Series 2009 - The Legend of Hong Gil Dong (Korean)


Meine denke, the best TV series (for me) for 2009 was KBS World's Legend of Hong Gil Dong - It deserves a special mention here... I even bought my own dvd set... took me a couple of weeks to watch it from the beginning till the end. I really love the video sound track which could be watched in the Korean language here (spoilers, the Korean version of the song is much more dramatic). The lyrics, in korean hang guk but... wait till you read and understand the translation of the lyrics (as per the video)...and the piano being the main music instrument for the OST made the song sooooo sayu, and reminds me of .......

Now, the same music video with the song in the ENGLISH language. Which is the best, its your pick.