Popular Posts

Wednesday, November 04, 2009

Daddy yang ku kenali

Daddy yang ku kenali,
sebenarnya seorang pejuang.
Berjuang menegakkan martabat bahasa,
berjuang demi kemashalatan keluarga.
Beliau arif tentang prosa melayu klasik,
pabila aku dihadapkan dengan manuskrip thesisnya,
Lantas beliau tersenyum - aku bisa memahami dan menafsirkan perenggan-perenggan ayat Melayu lama.
Ku katakan, dahulu aku gemar membaca Hikayat Hang Tuah nukilan Tun Sri Lanang,
membaca dan terus membaca,
tulisan Shahnon Ahmad, Arenawati, Keris Mas & Tongkat Warrant.
tambahan pula banyak kosa kata manuskrip Melayu lama bersadurkan perkataan-perkataan,
yang dipinjam dari bahasa arab dan sanskrit.

Daddy yang ku kenali,
mengangguk, setuju dengan jawapan yang ku berikan.
Baca, membaca, membaca, membaca dan terus membaca dan barulah boleh menulis.

Daddy yang ku kenali,
pernah berpesan kepadaku -
Raihlah kecemerlangan diri.
Bak kata-kata hikmat Pak Guru Daddy sendiri,
"A untuk dewa-dewa,
B untuk saya,
C - layaknya milik kalian semua".

Daddy yang ku kenali,
banyak menyimpan derita diri.
Pertemuan dan perbincangan kita buat terakhir kali di Restoran Endang USJ,
Akan ku kenang selama-lamanya.

Alfatihah untuk Daddy, Hj Mohd Khalid bin Said,
semoga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi.

No comments: