Popular Posts

Wednesday, October 28, 2009

Helmet Innovasi "Tenggiling Malaya"



click on the above to read

Berita terkini dari

http://www.dahon.com/news/releases/09112009.htm

Begitu innovatif sekali bangsa asing... kita hanya menumpang populariti nama binatang yang memberikan ideanya sahaja.... kalau nak beli helmet ni, tengoklah harganya... harap-harap takdelah kes nak buat topi keledar untuk ride basikal depa kat sini buat dari kulit/sisik tenggiling aslli... habis pupus haiwan yang dilindungi ini... kesian, tah berapa kes yg aku tengok dah tergolek terlentang kat tepi jalan sebab kena langgar lori kat area Puncak Alam.. sekali tengok macam paip berlingkar, tengok betul2 rupanya si tenggiling yang dah mati keras!!!

Hats off... (err.. helmets off) to DAHON!

Siapa cepat... dia dapat... hangpa sume pi la register paten untuk helmet berasaskan idea dari haiwan lain... contohnya binate comel si "landak raya".. apalah rupanya.... Amacam?

Thursday, October 22, 2009

Car Service 21/10/2009

Location Glenmarie Batu 3, Car Care 8, Shah Alam
1. Oil filter;

2. Semi Synthetic Mobil Oil 10w40 4litre Super 2000X2 Formula;
3. labour costs
Total : RM106-00

Add:
Service car Aircond

1. Aircond gas refill RM25-00 (old type); and
2. Compressor oil RM40-00.
Total RM65-00

If needed in the future, cooling coil service cleaning would be RM40-00.

Tuesday, October 20, 2009

Hakikat Takwa

Umar bin al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab :
Apakah hakikat takwa?
Ubai bertanya pula, Pernahkah Amirul Mukminin melalui jalan yang banyak onak dan duri?
Umar menjawab, Ya.
Ubai bertanya lagi, Bagaimana?
Umar menjawab, saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri.
Ubai menjawab, Itulah hakikat takwa!

Thursday, October 15, 2009

Cara pantas OCR dokumen anda

Selama ini penulis bergantung penuh kepada perisian kommersil OCR di pejabat untuk mengimbas  dan convert dokumen kepada teks yang boleh diedit. Ini adalah jalan pintas tanpa memerlukan OCR komersil! Syaratnya :

1. Anda mempunyai MS Office berserta Microsoft Office Document Imaging;
2. sebuah pengimbas atau dokumen yang sedia ada dalam format .tiff.

Caranya :

1. Imbas dokumen dan save dalam bentik ".tiff".
2. Buka dokumen ".tiff" tersebut dalam  Microsoft Office Document Imaging.
3. Drag dan pilih kawasan yang perlu di OCRkan kepada bentuk teks.
4. Di dalam Microsoft Office Document Imaging, ketik butang "Tools"  dan pilih "Send text to Word".


Selamat mencuba!


Ini adalah wakaf/perkongsian ilmu.
Anda bebas untuk menyebarkan maklumat ini.

zaws
15/10/2009

Wednesday, October 14, 2009

Tragedi Kapal Nabi Yunus

Keadaan semakin genting. Air laut yang dijulang ombak yang menggunung tinggi berwarna hitam pekat likat dan biru gelap semakin mengganas. Sekali sekala kelihatan pancaran kilat sabung-menyambung yang suara guruhnya tidak lagi kedengaran dek kerasnya deruan angin. Taufan kini semakin mendekatkan diri  dengan kedudukan kami. Beberapa puing-puing pusaran air deras yang menakutkan tampak bergegar dengan keras sekejap meliuk ke kiri dan sekejap meliuk ke kanan diudara semakin mendekati kapal kerdil kami yang semakin beroleng-oleng dengan amat keras sekali seumpama kertas dilanda air hujan dan diterpa badai... anak kapal yang berada dalam lingkungan bulatan cuba dengan susah payah, memanaskan diri dengan berdakap-dakapan. Kami menatap satu persatu wajah anak-anak kapal yang masing-masing diwajah mereka,  membayangkan kekhuatiran yang teramat sangat. Ada yang berdoa, ada yang menangis dan berteriak-teriak. Masing-masing menyedari bahawa kebarangkalian untuk selamat dari musibah yang bakal melanda sebentar sahaja lagi amatlah tipis. 

Bot penyelamat kecil yang tinggal hanya dua buah yang cuba diturunkan dengan jerih payah para kelasi yang kelihatan terhoyong hayang tampaknya tidak akan berupaya menampung keseluruhan anak kapal serta penumpang yang kebanyakannya mengalami kecederaan akibat letupan engin yang mengakibatkan kematian keseluruhan kelasi yang bertugas di ruangan engin. Kapal yang dirundung malang yang tak berhujung ini kini telah hilang  keseluruhan kuasanya dan seolah-olah mustahil untuk dapat dikemudikan lagi.

Anak kapal "ESQ165 MCB 007" telah dengan sebeberapa adil yang mungkin memberikan kami tatacaranya untuk menentukan siapakah yang akan terus tinggal berada di atas kapal. Ternyata bahawa kapal yang kami naiki tidak berupaya menampung beban yang banyak - sudah habis segala barangan yang membebani kapal dinaikkan dengan susah payah dari perut kapal ke atas geladak yang basah dilanda badai. Kini, tiada lagi yang masih tersisa kecuali semuanya telah dicampakkan ke laut yang sekejap-sekejap kelihatan putih diselaputi buih-buih yang dicurah oleh ombak yang menggila mengunung tinggi. Sekali-sekala kami akan tersungkur jatuh akibat kerasnya pukulan ombak dan tiupan badai, cuba sedaya upaya untuk menstabilkan kedudukan. Dari jauh kelihatan berbalam-balam, sebuah ombak yang paling tinggi menghampiri kami dengan kecepatan yang amat dahsyat...

Kedengaran para penumpang berdoa bermunajat kepada Allah "Ya Rabbi, Ya Rabbi, Salimna" (Tuhan kami, selamatkanlah kami ini). Ya Rabbi, kami bertaubat kepada mu..... Dalam keadaan tangis inilah kami saling mengundi sesama kami, siapakah yang akan dapat diselamatkan. Hanya kepada Allah sahaja tempat kami merayu dan meletakkan harapan. Tidak teringat lagi difikiran kami tentang kebesaran pangkat dan harta. Masing-masing kini membayangkan maut yang telah jelas tampak dihadapan mata.

Sejuk dingin membeku menyucuk sehingga ke tulang sumsum. Terdengar suara rintihan dan sekali sekala azan berkumandang. Rakanku Akmal dengan sejak dari tadi berulang-ulang melaungkan azan mengagungkan kebesaran Allah, kini beliau sudah tidak dapat bersuara lagi. Tugasnya itu diganti dengan seorang anak muda yang baru ku kenali bernama Firdaus yang duduk bersebelahan denganku. Beliau masih muda dan belum bernikah. Kami telah diberikan beberapa peralatan untuk membuang undi, habis sahaja peralatan yang diberikan, maka itulah tandanya bahawa seseorang itu harus mengorbankan diri mereka, terjun ke dalam laut yang buas bergelora. Hanya seorang sahaja yang perlu dipilih, untuk terus berada dengan anak-anak kapal - mudah-mudahan kapal yang telah rosak teruk ini masih berupaya diselamatkan melalui pengorbanan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan. Hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk meneruskan kehidupan dan memikul amanah sebagai wakil mereka yang terpaksa mengorbankan diri. Masing-masing mengharapkan bahawa insan yang akan dipilih untuk diselamatkan itu adalah dirinya...

Dalam cabutan undi kali pertama, Firdaus memberikan undinya kepada ku walaupun tetap ku tolak, kerana memikirkan beliau masih muda, mempunyai tenaga dan potensi untuk digembelengkan, dan mungkin bisa saja dia bertahan menghadapi musibah ini hingga ke saat akhir, tambahan pula beliau belum berkesempatan untuk bernikah. Aku memikirkan, sekurang-kurangnya aku punya 3 orang anak yang mungkin dapat mendoakan aku apabila aku meninggalkan dunia yang fana ini. Tetapi Firdaus masih berkeras. "Abang Mie, terimalah pengorbanan saya ini, abang masih mempunyai tanggungjawab yang belum selesai, saya tidak, saya masih bujang dan belum ada tanggungan ..." tetap ku tolakkan undinya kembali kepadanya. "Tapi kamu masih punya masa depan yang panjang, kehidupan sebenarmu masih belum bermula"... Tidak bang, ambilah undi saya..."

Lalu dengan berat hati aku mengambil kayu undinya, terasa air panas deras membasahi kedua pipiku yang sedari tadi telah lama kesejukan. Terbayang diruang mataku wajah-wajah orang yang ku  sayangi, ketiga-tiga anak perempuanku, Jamilah, Husna dan Sakinah, isteriku dan kedua orangtuaku. Ku dakap erat Firdaus, yang baru sahaja tadi memberikan harapan kehidupannya kepada ku... aku tidak tahu sama ada tepat pilihan yang dibuat oleh Firdaus kepadaku... amat berat rasanya tanggungjawab yang harus ku pikul untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifatullah hanya untuk mendapat kesempatan untuk menyelamatkan diri dari bencana ini....


"Ayoh, segera selesaikan proses undian kalian.. kita kesuntukan masa!!!" teriak Kapten Ary, badannya yang basah lencun dibasahi  percikan air laut bercampur keringat, menggunakan hailer dari anjung geladak kapal agar arahannya didengari oleh kesemua yang ada. Kami kemudiannya menyedari bahawa air laut kini telah melepasi dek tingkat pertama kapal malang yang kini kandas ditengah laut. 
(bersambung) 

Tuesday, October 13, 2009

Kursus Solat @ SIRIM Berhad 31 Oct 2009




klik pada gambar untuk mendapatkan maklumat
Terbuka kepada umum

Thursday, October 08, 2009

Majlis Silaturahmi dgn YB Timbalan Menteri

Baru-baru ini (tepatnya pada 30/09/2009) penulis, Sdr Azhar, Uda Ir dan isterinya Kak Imas dijemput menghadiri majlis mesra silaturrahmi diantara kami dan Keluarga YB Timbalan Menteri disalah sebuah restoran portugis/nyonya Melaka di Bandar Damansara Perdana. Memang pun Uda Ir dijemput untuk datang bertemu dengan YB  Timbalan Menteri sejak diBandung lagi. Sebelum itu, Sdr Azhar, Uda Ir dan penulis telah terlebih dahulu dijemput untuk menziarahi YB Timbalan Menteri di pejabatnya di Putrajaya.

Penulis dijemput sama kerana tidak  berpeluang untuk menghadiri lawatan ke Bandung bersama Pak Menteri. Juadah yang disediakan memang sedap dan masakannya memang selera kampung - best!..







Inilah pertama kali penulis dapat berbicara dengan lebih dekat dgn YB Menteri. YB Menteri adalah lulusan Undang-Undang Universiti Malaya dan oleh yang demikian, penulis dan YB Menteri pernah belajar dengan Allahyarham Prof Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim, yang kemudiannya menubuhkan Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa. Pada pemerhatian penulis, YB Menteri tersangat humble orangnya.. sehinggakan penulis boleh menceritakan kepada beliau bagaimana penipuan dilakukan untuk menunjukkan bahawa kawasan Wakil Rakyat tertentu keadaannya baik-baik sahaja kepada mantan Perdana Menteri! Sanggup orang bawahan menipu Perdana Menteri untuk mengekalkan kuasa... kebetulan pula, (tanpa pengetahuan penulis) nak dijadikan cerita isteri YB Timbalan Menteri pun berasal dari tempat yang sama,  mengiyakan kejadian tersebut, maka, kepada siapa yang tahu, akan hanya mengelengkan kepala apabila melihat gambar mantan Perdana Menteri kelihatan gembira memegang tanaman cili dan sayuran lain yang lebat berbuah - kononnya hasil usaha muafakat penduduk dan JKKK kampung tertentu, sedangkan perkara sebenarnya tanaman tersebut adalah pokok "instant" ditanam disepanjang jalan sudah siap berbuah! Balik aje PM dari kawasan tersebut, tak sampai 2 minggu habis punah & mati kesemuanya!!! (Nota : Parti pemerintah gagal mempertahankan kawasan tersebut.. kalau ketua sendiri sanggup ditipu, inikan pula rakyat!).

Menurut YB Timbalan Menteri, dia sebenarnya adalah seorang "reluctant politician". Sebelum menerima pencalonan untuk bertanding pilihanraya, dia terlebih dahulu mendapatkan nasihat alim ulama - yang memberikan 2 pendapat yang berbeza:

1. Amanah sekiranya gagal dilaksanakan sebaiknya akan merugikan kita dunia dan akhirat. (lebih baik ditolak)

2. Sekiranya tiada orang lain yang lebih baik dan layak ada dikawasan tersebut selain kita, perbuatan menolak amanah akan merugikan agama dan bangsa keseluruhannya dan perbuatan menolak perlantikan akan menyebabkan kita pula yang akab menanggung dosa perbuatan orang tersebut sekiranya dia yang dilantik. Maka mahu tak mahu, perlantikan untuk bertanding pilihanraya diterima oleh beliau. (nota: seingat penulis, yang pernah mempelajari Islamic Jurispridence, kaedah usul fiqh ini dinamakan Shad Alzara'i).



Gambar kenangan Uda Ir & Kak Imas dengan keluarga Pak Menteri


Penulis berpuas hati setelah mendengar penerangan dari YB Menteri, kerana pendapat no. 2 pernah juga diajukan kepada penulis suatu ketika dulu semasa penulis menerima suatu perlantikan yang tidak dapat ditolak kerana tiada orang lain dikawasan tersebut yang boleh memangku perlantikan yang diberikan. Hasilnya, penulis bergaduh dengan pihak pentadbiran UIA sampai bukan sahaja penulis "diblacklistkan" - sesiapa yang bersimpati dgn penulis dan ajak masuk group usrah mereka, keseluruhan mereka diblacklistkan juga, termasuklah si Naqib usrah tersebut!...  (Mamat yang bergaduh dgn penulis sekarang ini dah jadi Timbalan Menteri la pulak... Tiap kali tengok muka mamat ni sure penulis akan tergelak besar!!!)





 Pak Azhar, yang menjadi supir kami


Uda Ir berkampung di library Legal Department dibawah seliaan penulis




Bergambar kenangan di pejabat YB Timbalan Menteri

 

Semasa kami menjamu selera, YB Timbalan Menteri  telah memaklumkan kepada kami bahawa Sumatra Barat baru sahaja dilanda gempabumi pada skala 7.9 skala richter (kemudian direvised semula pada 7.6). Terima kasih juga kepada Isteri Timbalan Menteri yang membahasakan dirinya sebagai "kakak". Setelah mengetahui bahawa anak-anak penulis kesemuanya "charlie's angels" memberikan petua bagaimana nak mendapatkan anak lelaki... . kome nak tahu, mai la sini belanja aku minum teh tarik dulu .....

Kepada YB Timbalan Menteri, teruskanlah perjuangan dengan ikhlas. dan  janganlah lupakan rakyat biasa seperti kami. Terima kasih daun keladi kami ucapkan, kami semua mendoakan kesejahteraan Pak Menteri & keluarga dalam menempuhi cabaran.

Monday, October 05, 2009

Bantuan Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat



Baru-baru ini, Padang, Sumatera Barat dilanda gempabumi yang berukuran 7.6 pada skala richter, melanda Pariaman yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengakibatkan korban nyawa dan harta benda yang dahsyat. Sehingga kini angka korban sebenar bencana tersebut masih tidak diketahui.

Sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang telah menghantarkan 3 buah kapal terbang pengangkut  tentera untuk menyampaikan khidmat bantuan, sularelawan, Unit SMART, pakar perubatan dan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan dan bantuan dari pihak swasta dan orang perseorangan juga disalurkan ke Padang, Sumatera Barat dengan bantuan kewangan dari Bank Muamalat Malaysia. Kira-kira seramai 18 orang petugas sukarelawan serta pakar perubatan dari Malaysia dikejarkan ke Padang menaiki sebuah pesawat Fireflyz yang dibiyayai oleh para dermawan.


Ustaz Firdaus Sulaiman, yang berasal dari Pariaman, Padang kini menetap di Mutiara Damansara dan sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Phd Ilmu AlQuran di Universiti Malaya mengetuai misi pembekalan bantuan ini. Beliau juga adalah tunangan kepada adik penulis, dan sekarang ini aktif membabitkan diri dengan bantuan kemanusiaan bencana Padang. Menurut beliau, rumah ibunya di Pariaman yang baru direnovasi terbelah dua dan sebahagiannya runtuh. Yang pasti, kawasan yang terbabit kini telah terputus bekalan elektrik. Oleh kerana Indonesia tidak mempunyai bendungan untuk merawat air bersih seperti di negara lain seperti  di Malaysia, bekalan air adalah bergantung sepenuhnya kepada telaga air milik individu yang yang digali sendiri dan dipam ke atas untuk kegunaan melalui pam elektrik. Maka, bekalan keperluan air minuman bersih juga terjejas dan mungkin juga tercemar.

Penulis sendiri tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan di Kota Padang yang dilanda bencana. Sehingga ke saat ini kerja-kerja menyelamat masih diteruskan walaupun diketahui bahawa berkemungkinan besar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan masih hidup adalah amat tipis.  Menurut siaran berita siaran TV1, TV2, TV3 dan KBS World Korea bantuan kemanusiaan dari luar negara mencurah-curah datang dari segala pelusuk dunia menghadapi masalah untuk menyampaikan bantuan bekalan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada organisasi korporat, orang persorangan di Malaysia yang menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan peralatan keperluan asas, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat Padang terutamanya di Pariaman yang ditimpa musibah.  Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi ikhlas yang ditaburkan.




Sumber KBS World : Beratur panjang untuk membeli bahan bakar

Menurut maklumat yang diterima penulis (penulis sendiri pernah sampai ke Padang dan melalui Daerah Pariaman), pengusaha stesyen minyak di Sumatra Barat mengambil keuntungan berlipat ganda dengan menjual bahan bakar kenderaan pada harga yang amat mahal. Diberitakan juga, kos pengangkutan bagi mereka yang mahu meninggalkan Padang untuk ke Bukittinggi, Sumatera Barat (walaupun mengalami gegaran, tidak terjejas dengan gempa yang berlaku) mencecah sehingga Rupiah 100,000-00 untuk perjalanan sehala menaiki bas. Ada juga yang menyatakan kekesalan kerana kesemua syarakat penerbangan Indonesia mengenakan caj yang mahal untuk ke destinasi Padang, sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan jalan masuk dari Malaysia yang masih mengenakan caj biasa.

Sekiranya ada pihak-pihak lain yang ingin memberikan sumbangan, ianya boleh disalorkan terus kepada Surau Mutiara Damansara yang mempunyai petugas yang akan memastikan barangan yang dihantar sampai ke destinasi.


 
Click thumbnail to read 



Click thumbnail to read 


Sedarilah bahawa bencana gempa ini telah diramalkan akan terjadi dan akan berulang kembali. Seharusnya pihak-pihak berwajib telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Kita hanya boleh berusaha dan merancang, kepada Allah jualah kita berharap.




 Click thumbnail to read