Popular Posts

Thursday, September 17, 2009

Kelebihan surah Al-Mulk

Setiap kali  Ramadan, penulis akan selalu terkenangkan orang yang telah tiada. Jauh di sudut hati ini, kenangan indah bersama mereka yang kini telah pergi buat selama-lamanya sering menggamit perasaan.


Penulis berasa amat bertuah memperolehi kesempatan mengenali dan belajar mengaji Al-Quran dengan Arwah Tok Wan (Hajjah Jamilah) dan Arwah Opah (Hajjah Teh Alauyah) sehingga khatam. Daripada pengajaran yang disampaikan dan pemerhatian penulis, kedua-dua mereka meletakkan kecintaan mereka (selepas Surah Ya-Sin) kepada Surah Al-Mulk. Sehingga ke hari ini masih terngiang-ngiang ditelinga penulis, perbualan saya dan arwah Opah mengenai kelebihan Surah Al-Mulk dan saranan beliau agar dapat diusahakan supaya penulis dapat meluangkan masa untuk menghafaznya ke dalam ingatan.... Progress.. hmmm masih 1/3 je yg masuk... 2/3 lagi........

(note : Click on the thumbnails pics to have a larger view of Surah Al-Mulk with word per word translation /terjemahan secara harfiah)

Carian melalui rujukan kepada kitab-kitab mengesahkan bahawa Surah Al-Mulk adalah merupakan surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksaan kubur. Ibnu Abbas menceritakan suatu ketika setengah para sahabat berkhemah tanpa menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Abu Hurairah meriwayatkan hadis, yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia memberikan syafaat bagi orang yang membacanya. Maka selagi mana orang itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Surah Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." 

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur." 

Diberitakan juga bahawa Rasulullah S.A.W. tidak akan tidur malam melainkan setelah beliau selesai membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk."

Yang paling utama adalah kelebihan yang ada dalam surah Al-Mulk ini hendaklah kita mengambil pengajaran kandungannya. Bukan setakat terhenti kepada mengamalkan pembacaannya sahaja. Penghayatan isi kandungannya akan memberikan kesan yang berguna dalam kehidupan seharian.

Semoga amalan kita ini dapat membantu kita sebegai bekalan menempuhi alam-alam lain yang akan kita lalui sebagai Hamba Allah. Amin.

No comments: