Popular Posts

Wednesday, September 30, 2009

Menyambung tali persaudaraan


Diriwayatkan dari Abdurrahman, ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Allah Tabaraka Wa Taala berfirman. 'Akulah Allah, Aku Maha Penyayang (ar-Rahman), aku telah menciptakan rahim, aku keluarkan (jadikan) ia dari nama Ku. Barangsiapa yang  menyambungkannya, tentu Aku menyambungnya, dan barangsiapa yang memutuskannya (memutuskan hubungan kekeluargaan), maka Aku akan memutuskan hubungan dengannya." (Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi). 






Demo Kuntau Lintau oleh Abg Azmi
Ada beberapa hamba Allah yang diberi cahaya pada hari kiamat. Mereka bukan nabi dan bukan orang yang mati syahid. Seorang sahabat bertanya, "Siapakah mereka itu ya rasul Allah?" Nabi menjawab, "Merekalah orang-orang yang saling mengasihi kerana Allah semata-mata."

Kaum muslimin perlu saling menasihati di antara mereka bagaikan satu tubuh, apabila sebabagian tubuh itu sakit, rasa sakit itu menjalar ke bahagian-bahagian lain sehingga tubuh itu tidak dapat tidur sehingga kesakitan itu hilang.

"Allah suka pada siapa yang mendamaikan orang yang bersengketa dan amal yang paling mulia daripada puasa, sembahyang dan sedekah adalah mendamaikan mereka yang bersengketa." Ini bukan perkara mudah - kita perlu tetap mencuba dan melakukannya dengan berlandaskan pada semangat cinta dan kasih sayang. Kita juga perlu yakin, hubungan yang retak boleh diperbaiki.

Allah mengingatkan perkara ini dalam hadis qudsi berikut, "Di manakah orang yang dahulu berkasih sayang kerana aku, demi kemuliaan dan kebesaranku. Pada hari ini aku menaungi mereka di bawah naunganku pada hari tidak ada naungan lain kecuali naunganku."


Begitulah berakhirnya jurus "membalikkan awan & menurunkan hujan" ... sudahnya main pukul dalam je.. senang cerita.

Negeri Lima Menara - a good read




Congratulations to my wife who had won herself a book entitled "Negeri 5 Menara" (as stated in  the above webcapture). Due to work commitments, I had only managed to read a few chapters.. kandungannya amat menarik.. mengimbau kembali pengalaman nostalgia belajar di sekolah Agama... sebijik sama.. maybe hanya nama tempat dan keadaan yang sedikit berbeza. For those yang berkesempatan ke Indonesia tu, singgah-singgahlah ke kedai buku disana atau boleh order online.

Untuk sinopsis buku - layari http://www.gramediaonline.com/product_detail.cfm?bid=257027

Tuesday, September 29, 2009

Contoh Surat Wasiat & Pesanan terakhir seorang Muslim

Beberapa orang teman telah menemuiku untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang soal wasiat & harta pusaka. Diperturunkan contoh wasiat untuk kegunaan kalian semua.

Pertamanya ku mohon ampun dan kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua, sebagai suami/ibu, sebagai anak, sebagai abang/kakak, sebagai adik, sebagai bapa kepada kalian semua.

Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekalian.

Dengarlah baik-baik pesanan dariku ini.

Sekarang tiada lagi keinginan yang kuimpikan melainkan secebis doa dan sedekah dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi doa dari anak-anak yang ku kasihi sekelian kerana itulah antara amalan yang berupaya menyelamatkan daku dipersemadian ini.

Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah pada ALLAH, Rabb yang mencipta kita semua. Dialah juga yang akan mematikan kita nanti. Kerjakan solat dan taatilah ALLAH s.w.t. di mana saja kalian berada. Tinggalkan kejahatan dan kemaksiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai ALLAH tetapi dibenci juga oleh manusia.

Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain serta melakukan kemaksiatan pada Allah, dikala itu aku juga terseksa di persemadian.

Sedikit harta yang kutinggalkan, jangan sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Langsaikanlah segala hutang piutangku, terhadap ALLAH s.w.t. dan sesama manusia. Ikutlah wasiat aku dalam pembahagian yang telah ku amanahkan.

Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan satu hadiah istimewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalanku, sehingga pesananku ini tidak lagi diendahkan maka kembalilah kepada hukum ALLAH.

Alangkah gembiranya aku bila harta yang telah kalian miliki itu digunakan sedikit untuk kebajikan dan bersedekah bagi pihak diriku. Janganlah kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk berbuat maksiat. Kelak, aku juga akan terseksa.

Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan menyejukkan daku dipersemadian.

Kepada anak-anak. Jagalah ibumu/bapamu baik-baik. Jangan sakiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.

Akhirnya kuharapkan sudilah kiranya dikirimkan setiap hari kepadaku, doa seikhlas hati dari kalian. Dekatkan diri kalian pada ALLAH. Jangan tinggalkan solat dan jagalah aurat kalian. Dampingilah rumah ALLAH.

Semoga kita tidak terpisah di akhirat nanti dan agar dapat kita bertemu di dalam syurga. Amin.

Pesanan dari ku :


1.

2.
3. [ isikan dengan pesanan pewasiat]
4.

5.

*Nota : Wasiat hanya sah setakat 1/3 nilai keseluruhan harta simati. Penerima wasiat bukanlah seorang yang berhak kepada harta simati melalui faraid. Sebutkan nama pelaksana wasiat dengan khusus. Segala hutang simati mestilah dibayar sebelum 1/3 nilai keseluruhan harta diperolehi.



Thursday, September 17, 2009

Kelebihan surah Al-Mulk

Setiap kali  Ramadan, penulis akan selalu terkenangkan orang yang telah tiada. Jauh di sudut hati ini, kenangan indah bersama mereka yang kini telah pergi buat selama-lamanya sering menggamit perasaan.


Penulis berasa amat bertuah memperolehi kesempatan mengenali dan belajar mengaji Al-Quran dengan Arwah Tok Wan (Hajjah Jamilah) dan Arwah Opah (Hajjah Teh Alauyah) sehingga khatam. Daripada pengajaran yang disampaikan dan pemerhatian penulis, kedua-dua mereka meletakkan kecintaan mereka (selepas Surah Ya-Sin) kepada Surah Al-Mulk. Sehingga ke hari ini masih terngiang-ngiang ditelinga penulis, perbualan saya dan arwah Opah mengenai kelebihan Surah Al-Mulk dan saranan beliau agar dapat diusahakan supaya penulis dapat meluangkan masa untuk menghafaznya ke dalam ingatan.... Progress.. hmmm masih 1/3 je yg masuk... 2/3 lagi........

(note : Click on the thumbnails pics to have a larger view of Surah Al-Mulk with word per word translation /terjemahan secara harfiah)

Carian melalui rujukan kepada kitab-kitab mengesahkan bahawa Surah Al-Mulk adalah merupakan surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksaan kubur. Ibnu Abbas menceritakan suatu ketika setengah para sahabat berkhemah tanpa menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Abu Hurairah meriwayatkan hadis, yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia memberikan syafaat bagi orang yang membacanya. Maka selagi mana orang itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Surah Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." 

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur." 

Diberitakan juga bahawa Rasulullah S.A.W. tidak akan tidur malam melainkan setelah beliau selesai membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk."

Yang paling utama adalah kelebihan yang ada dalam surah Al-Mulk ini hendaklah kita mengambil pengajaran kandungannya. Bukan setakat terhenti kepada mengamalkan pembacaannya sahaja. Penghayatan isi kandungannya akan memberikan kesan yang berguna dalam kehidupan seharian.

Semoga amalan kita ini dapat membantu kita sebegai bekalan menempuhi alam-alam lain yang akan kita lalui sebagai Hamba Allah. Amin.

Wednesday, September 16, 2009

On Micro Hydro Project


Alhamdullillah, finally, all the hard work and personal initiatives has paid off! I am very proud of this project and it had earned me praises masa promotion interview pagi tadi. Doakanlah aku dapat post tu ye..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada famili Uda Ir dan Kak Imas yang bertungkus-lumus dalam memberikan bantuan dan membenarkan kami suami isteri untuk melawat HQ Cihanjuang di Bandung (jadi semacam lawatan kerja la pulak, walaupun sebenarnya ianya lebih kepada lawatan jalan-jalan nak pi shopping). Tak lupa juga kepada adik Bandung (Nucha Ucha) yang menolong dari jauh melalui email & Facebook... Moh le datang ke Malaysia,  ngak jauh sih..kalau abg mie dapat naik pangkat, kita jalan-jalan  dgn Jamilah, Husna & Sakinah pi ke Langkawi.. 

My CEO was very pleased with the outcome of the discussions and the potential income that could be generated. Imagine all the houses deep in the jungles could harness hydro power cheaply.. tak payah bergantung kepada generator yg menggunakan hydrocarbons...  tak perlu buat empangan besar yang menenggelamkan hutan dan menganggu kestabilan ekologi...

kids yang tinggal dipendalaman Sabah & Sarawak tidak perlu bergelap dan boleh berpeluang untuk belajar di waktu malam dan kegiatan ekonomi dapat dilaksanakan dengan kuasa letrik hidro yang dijana sendiri pada kos yang murah melalui penjana elektrik mudahalih micro hydro yang ultra portable... (sebesar teko aje).
 
Ultra portable micro hydro generator set. Yang ini berupaya menjana 100watt.
 

Myself and Pak Hamoko with a micro hydro generator with the capacity of 600 watt.
Empangan air yang diperlukan hanyalah sebesar bath tub aje!
Open flume hydro generator set.. yang ini power outputnya besar dan sesuai untuk keperluan indusri kampung. It can run 24/7 with minimum downtime. Kalaupun ada maintenence hanyalah kerja-kerja perlinciran & adjust getah je..
Di lokasi fabrikasi micro hydro 600 watt... bilah propeller as compared to my wife's delicate hand.

Mudah-mudahan monopoli  TNB dan angkatan sekutunya dapat dipecahkan... bila orang ramai dan kawasan perindustrian boleh menjana letrik sendiri terbukalah peluang agar tarif letrik (bagi mereka yang mendapatkan bekalan letrik melalui grid) dapat dikurangkan.


Kalian doakanlah ini akan terjadi, Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, September 14, 2009

Suatu hari di bulan puasa..

Satu hari dibulan puasa 11 tahun yang lalu, I was practicing in a small town di selatan tanah air - kira legal firm cawanganlah ni.  Seriously, there was little to be done as it is quite a new setup, panel work ada berapa fail aje... yang banyak walk in client, terutama sekali kes mahkamah.. either hal jual beli tanah that went haywire or kes kebankrapan.. suddenly one fine morning  ada seorang tua masuk nak jumpa lawyer, my staff  masa tu ada 2 org), sorang kerani and the other is our court filing clerk.. depa kasi masuk tapi  mamat ni bukannya nak legal advise, he needed somebody, to talk to, a shoulder to cry on and I am way  way much younger than him.

Dia kata dia dulu org kuat pak menteri tapi tak sedar diri ..minum sana minum sini, duit banyak pi berjudi, main perempuan sudah pasti, tetiba ekonomi dunia menjunam, menteri dah dijatuhkan business bungkus, pengikut hilang, tanah kena lelong, isteri lari.... kesian tengok org tua ni sampai aku pun ikut nangis...

Nak tolong macam mana... I told him that aku tak nak dengar apa kerja jahat yg dia dah buat & macam mana dia buat, cukuplah kata dia dah bertaubat & turn a new leaf.  Tambahan pula masa tu bulan Ramadan. Mudah-mudahan Allah mengampuni dia. Macam-macam nasihat dia kasi, jangan jadi macam dia...

A few days later, baru my boss datang, dia datang pun sebenarnya nak make sure aku tak join depa yang  pi tolong group Ms Betty Lim Guan Eng nak keluarkan Guan Eng dari penjara & DSAI yang nak buat perhimpunan kat Bandar (note : Lim Guan Eng sekarang ni ketua Menteri Pulau Pinang & DSAI la ni mengetuai Parti Pembangkang Malaysia)

Boss tanya ada tak client besar rupa sekian sekian datang.. huh... I tak tahu pun pakcik tu was actually a Dato'.....

Thursday, September 10, 2009

Planning a trip to Sumatra Barat


We are planning a trip to Sumatera Barat. Ustaz Firdaus Sulaiman, tunangan Maya, juga telah mengesahkan kesediaannya untuk menerima keluarga kita sebagai tetamu berkunjung ke rumahnya (di Pariaman, kira-kira 30 minit jauhnya dari Bandaraya Udara (Bandara) Minagkabau.

Sesiapa ahli keluarga yang berminat nak ikut trip ni adalah dialu-alukan.  Pada cuti CNY awal tahun ini kami sekeluarga dan keluarga member sekolah 3 beranak datang mengiringi kami pulang ke kampung di Bukittinggi... apa komen depa... ala.. nak datang lagi... best, tak sempat nak jalan semua tempat.. all because depa kena "culture shock" & terkial-kial dengan tukaran duit rupiah yang beribu-ribu tu... dah murah gile pun nak tawar-tawar lagi... or takut nak beli sebab merasakan barang yang dijual tu mahal (walaupun telah diberitahu, kat tempat lain tak dapat harga camni).

Itinery trip secara ringkasnya adalah seperti berikut.

1. Taaruf menziarahi keluaga Neny (nenek) di Bukittinggi, Bandar Wisata.
-trip to Air Panas Solok (melalui Danau Singkarak)
-shopping di Pasar Atas. Pasar Bawah, Pasar Aur Kuning (wholesale area) & Padai sikek
- melawat Ngarai Sianok

2. Taaruf menziarahi keluarga Ustaz Firdaus Sulaiman di Pariaman, Padang.

3. Lawatan ke Rao (3 jam perjalanan menaiki bas dari Padang) menjejaki tanah leluhur. (nak kena discuss ni)

Tiket AirAsia untuk keluarga saya telah pun dibeli.

Tarikh Penerbangan : 12 Feb 2010 berlepas dari LCCT 7.50 pagi
tiba di Bandara Minangkabau 8.00 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB).Penerbangan Pulang 21 Feb 2010 jam 8.30 pagi (WIB)

Tarikh tersebut dipilih kerana coincide dengan Chinese New Year (cuti sambung2 dgn cuti perayaan). Kalau anda merasakan trip yang dicadangkan terlalu lama, takde masalah, anda boleh memilih untuk pulang lebih awal.

Tempat tinggal boleh diuruskan. Transport adalah dengan bas.

Kos terbabit kalau kita pi ramai2 lebih menjimatkan.(yg takleh ikut, neny (yg by that time mungkin dah tak larat nak jalan2) & Bibik).

Kalau nak ikut serta pls discuss disini - supaya saya tak perlu mengulang maklumat yang sama kepada semua orang yang ramai akan bertanya sebab sama ada anda ikut serta atau tidak, saya & keluarga tetap akan pergi. Maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Saturday, September 05, 2009

ESQ165 September 2009

I attended an ESQ recharge session yesterday and today.  For today, we had iftar and solat berjemaah bersanma alumni. This time I brought my mother as a participant. A few pointers that I managed to jot down on my PDA during the "Outer Journey session": 

 “Wahai hambaku. Aku persiapkan syurga untuk mu. Namun sebelum engkau masuk ke dalamnya, telah aku usir syaitan dari syurga. Tempatku di dunia adalah di hatimu. Sudahkah kau bersihkan hatimu dari selain Ku?”
Hadith Qudsi

Thursday, September 03, 2009

Kelebihan Istighfar


Madraf telah meriwayatkan daripada As-Sya'syi bahawa Umar r.a. telah keluar untuk solat Al-Istisqa' (solat minta hujan) bersama orang ramai. Dia tidak menambah apa-apa selain dari istighfar sehingga orang ramai berkata kepadanya,

"Kami tidak mendengar apa-apa dari tuan memohon hujan."


Umar r.a. berkata: "Aku memohon hujan dengan bintang di langit dengannya dipohon turunnya titisan-titisan."


Kemudian beliau membaca ayat AlQuran (Nuh: 10-11) yang bererti:

"Hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat."

Al-Imam Al-Hasan Al-Basri telah membimbing ke arah istighfar setiap kali ditimpa kegersangan dan kemarau, kefakiran, kekurangan keturunan dan kegersangan kebun-kebun.

Seorang lelaki telah mengadu kepada Al-Imam Al-Hasan Al-Basri tentang kemarau lalu Al-Imam Al-Hasan telah berkata kepada lelaki itu, "beristighfarlah kamu kepada Allah."

Begitu juga seorang lelaki lain telah mengadu kepadanya tentang kefakirannya, beliaupun berkata kepada lelaki itu; "Mintalah ampun kepada Allah (istighfar)."

Seorang lelaki telah berkata kepadanya; "Doakanlah untukku agar Allah mengurniakan anak kepadaku." Beliau berkata kepada lelaki itu; "Beristighfarlah kepada Allah."

Seorang yang lain mengadu tentang kegersangan kebun-kebunnya. Al-Imam Al-Hasan pun berkata padanya: "Beristighfarlah kepada Allah."


Al-Imam Al-Hasan berkata: "Aku tidak berkata-kata apa-apapun dari pendapatku sendiri bahkan sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam surah Nuh:

"Hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak-anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh: 10-12)

Begitu juga firman Allah SWT dalam kisah dakwah Hud a.s. dan perintahnya ke atas kaumnya agar mereka beristighfar:

"Dan (dia) berkata: "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."(Hud: 52)


Begitu juga firman Allah SWT:

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakanyang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa pada hari kiamat." (Hud: 3)


Al-Imam Al-Qurthuby telah berkata dalam tafsirnya: "Ini adalah buah kepada istighfar dan taubat, di mana Allah akan memberikan kepada kamu kenikmatan yang baik dari keluasan rezki dan hidup yang makmur. Dia tidak memusnahkan kamu dengan azab sebagaimana yang dilakukanNya ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu."

Telah datang janji dari Allah SWT ini dalam tertib mengikut syaratnya. As-Syeikh Muhammad Al-Amin As-Syanqhaidhi: "Ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa istighfar dan taubat kepada Allah SWT dari dosa-dosa adalah sebab agar Allah SWT memberikan kesenangan kepada orang yang berbuat sedemikian dengan kesenangan yang baik hinggalah ke tempoh yang ditetapkan. Inilah disebabkan Allah SWT menetapkan sedemikian itu atas syarat istighfar dan taubat. Maka ganjaran Allah SWT bergantung kepada sejauh mana syarat ini dipenuhi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nisaa'ei, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezki dari sumber-sumber yang tidak diketahui."

Sebagaimana kata As-Syeikh Abu Thayyib Al-'Adzhim Abadi memperbanyakkan istighfar ketika munculnya maksiat dan lahirnya bala atau barangsiapa yang beristiqamah dengannya lantaran setiap orang itu berhajat kepadanya. Atas sebab itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Kebahagiaan bagi orang yang ditemui dalam buku catatan amalannya istighfar yang banyak." (Riwayat Ibnu Majah dengan isnad hasan sahih)


Oleh yang demikian hendaklah orang yang inginkan rezeki bersegera memperbanyakkan istighfar dengan perkataan dan perbuatan. Akan tetapi jauhilah dari perbuatan yang hanya beristighfar dengan lisan tetapi tidak mengikuti dengan perbuatan kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan orang-orang yang berdusta.


"Wahai Allah sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu bagi setiap dosa yang telah melalaikanku dari apa yang telah tunjuki Engkau atau perintahkan aku me-lakukannya atau melarang aku melakukannya atau yang telah Engkau tunjukkan padaku kepadanya yang mengandungi bahagianku dan menyampaikanku kepada keredhaanMu dan mengikuti kasih sayangMu dan kehampiran kepadaMu. Maka kurniakanlah rahmat dan kesejahteraanMu dan berkatilah penghulu kami Muhammad, ahli keluarganya dan ampunilah baginda wahai yang sebaik-baik pengampun."




Ertinya:

"Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu bagi setiap dosa yang aku lupa mengenainya, sedangkan Engkau menghitungnya, aku pula meringan-ringankannya. Engkau telah menetapkannya (dalam catatan amalan) sedangkan aku memperagakannya namun Engkau telah menutupnya bagi diriku dan sekiranya aku bertaubat kepadaMu, Engkau pasti mengampuniku. Maka kurniakanlah rahmat dan kesejahteraanMu dan berkatilah penghulu kami Muhammad, ahli keluarganya dan ampunilah baginda wahai yang sebaik-baik pengampun."

Wednesday, September 02, 2009

Kematian pasti akan datang



Saudara & sahabatku sekalian, kalian pasti mengetahui bahwa umur yang dikurniakan Allah ini ada batasannya. Tidak ada yang tahu batasan akhir tersebut kecuali Allah yang mengetahui dan menetapkan ajal manusia. Hakikatnya umur seseorang sebenarnya semakin berkurang, ianya tidak pernah bertambah, bertentangan dengan amalan masa kini dimana kita sering tertipu dan dihidangkan dengan ucapan "Selamat Panjang Umur", sedangkan ucapan yang wajar dilontarkan adalah "Selamat Pendek Umur".

Kalau nyawa ini sudah di ambang kematian, kesempatan untuk memperbaiki hidup akan berakhir, yang ada hanya pertanggungjawaban amal - kalau baik, balasannya baik, jika buruk, balasannya pun buruk. Hidup dan mati adalah media untuk mengetahui sejauh mana perilaku manusia, baik atau buruk. Allah berfirman:

"Maha Suci Allah yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan, Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk 67: 1-2).

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. Dan, barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Az-Zalzalah 99: 7-8).

Tiada makhluk yang akan terlepas dari kematian, ia pasti akan datang menjemput setiap makhluk yang bernyawa. Kematian tidak dapat dilawan dengan teknologi moden, peralatan perang yang canggih, atau ilmu kesaktian macam apa pun. Kematian adalah ketentuan hidup. Di mana pun kita berada, kematian akan menghampiri kita. Tugas kita adalah mempersiapkan diri menghadapi-nya sebaik mungkin dengan amal yang baik. Allah berfirman:

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.(An-Nisa' 4:78).

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka, apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya."'(al-A'raaf 7: 34).

Penyesalan Akhir Tiada Guna

Bila menghadapi sakaratul maut, muncul penyesalan dari manusia, ia ingin beramal baik semaksima mungkin, namun kesempatan sudah berakhir, matilah dia dalam keadaan rugi dunia-akhirat, naudzubillah min dzalik!

Allah berfirman:

“Belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?' Dan, Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan, Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiquun 63: 10-11).

Taubat merupakan satu-satunya pintu yang membuka ampunan dan kasih sayang Allah. Taubat dilakukan dengan penyesalan mendalam terhadap kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan, berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan, tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, 'Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan, tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih." (An-Nisaa 4: 17).

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan disebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, 'Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Tahrim 66: 8).

Setelah bertaubat, usahakan bergaul dengan orang-orang yang boleh mendorong ke jalan kebaikan untuk menghindari diri dari terjerumus untuk yang kedua kalinya dalam lubang kegelapan. Berteman dengan orang-orang baik adalah langkah terbaik untuk memperkuat iman, moral, dan takwa. Orang-orang soleh adalah mereka yang memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama. Mereka orang-orang yang harus kamu jadikan teman, sehingga cahaya mereka menembus kegelapan hati agar menjadi terang penuh siraman ruhani dan cahaya Tuhan.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Ada empat tanda kebahagiaan seseorang; isterinya baik; anak-anaknya baik; teman-teman pergaulannya baik; dan rezekinya di daerahnya." (HR. Dailami dari Ali).

Banyakanlah Amal Salih

Memperbanyak amai salih adalah bekal menghadap Allah. Amal salih yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, Insya Allah, akan menjadi modal berharga di hari yang sangat menentukan manusia selama-lamanya, yakni hari mizan (timbangan amal) di Padang Mahsyar.

Waktu akan terus berjalan. Waktu semakin menghabiskan sisa umur yang ada pada diri kita, maka bersedihlah karena umurmu setiap hari berkurang dan terus akan berkurang. Oleh sebab itu, jadikan hidup sebagai peluang mencari kebaikan, seperti menuntut ilmu, bersedekah, tolong-menolong, serta menghindari dusta, adu domba, fitnah, dan sejenisnya. Yang penting, tiada waktu dibiarkan berlalu tanpa pelaksanaan amal salih. Ingatlah firman Allah:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orangyang beriman dan mengerjakan amal shalih, dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran."(Al-Ashr 103: 1-3).

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian, Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya." (At-Tiin 95: 4-6).

Hal-hal yang menjerumuskan ke arah maksiat harus dihindari. Sebab, sesuatu yang buruk sangat mudah mempengaruhi jiwa manusia. Kita harus memaksimalkan keupayaan pencegahan, agar bangunan amal soleh yang kita dirikan tidak dikubur oleh perilaku negatif tersebut. Perbanyaklah menimba ilmu dari orang yang hatinya bersih, pengetahuannya luas, moralnya bagus, dan perilakunya boleh menjadi teladan. Di samping itu, perbanyaklah dzikir kepada Allah dan memohon petunjukNya, sehingga kita akan tetap berada di jalan yang lurus dan terhindar dari jalan orang-orang yang dimurkai serta orang-orang yang tersesat.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telab Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."(Al-Fatihah 1:6-7).