Thursday, July 09, 2009

H1N1 jangkitan sesama manusia, tiada kaitan babi



Dipetik dari Malaysiakini.com

"Jangkitan virus selesema babi berlaku antara manusia ke manusia sahaja dan orang ramai tidak berisiko untuk mendapat jangkitan jika menggunakan produk berasaskan babi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa virus influenza A (H1N1) terhasil daripada proses mutasi antara gen virus influenza daripada babi, burung dan manusia.

"Orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan pengambilan atau penggunaan babi serta tidak mengaitkan kejadian influenza A(H1N1) ini dengan amalan pengambilan makanan berasaskan babi," katanya.

Walaubagaimana pun Babi tetap haram hukumnya di sisi Islam dan berstatus najis Mughallazah walau "kita tak perlu bimbang"... ada sesiapa nak try ke?

Nota: Gambo hiasan je.. aku ambik gambo ni kat Jusco Narita (dalam gambo kawan aku si Kamarul) masa pi Jepang ari tu...

No comments: