Tuesday, June 09, 2009

ESQ165 Putrajaya

Assalamualaikum wrt wbt

Link ini adalah berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Masa saya & isteri attend recharge ESQ165 di PICC baru-baru ini dah confirm bahawa ESQ tidak pernah difatwakan haram atau sesat.

Masuk sahaja ke dalam dewan dah boleh nampak program ESQ165 di PICC ini menggunakan 6 layar! Fuh... ini dah macam kat Menara 165 di Jakarta ni! Saya pun masuk & terus duduk di belakang bersama dengan para alumni... tah macam mana ternampak seorang lelaki tua... siapa ye? bisik hati saya.. macam kenal... tapi di mana yach!... perhati punya perhati.. baru tersedar, lelaki yang duduk disebelah saya tak lain tak bukan orangnya adalah ayahanda kepada Pak Ary sendiri! ...tah berapa banyak gambar yang saya telah ambil bersama dengan ayahanda Pak Ary di lobby Menara 165 semasa di Jakarta tempoh hari. Setelah memperkenalkan diri, memang kompirm aku (dengan senang hati) jadi translator untuk ayahanda Pak Ary untuk beberapa patah perkataan bahasa Melayu yang kurang difahami oleh ayahanda Pak Ary.

Dalam ramai-ramai ummat manusia yang menghadiri program tersebut, tah macam mana terjumpa pula wakil dari Granulab (M) Sdn Bhd, En Ghazali - selam ni kami dok asyik "berperang" mengenai terma perjanjian pelesenan yang depa ni nak ubah... tak jadi berperang.. jadi lepas ni kalau terjumpa lagi kena terus salam semut.. hehehhh..


Bab kontroversi pasal syllabus ESQ tu ada yang menyampaikannya kepada kami - khabarnya Pak Ary diminta untuk memperbaiki/membetulkan beberapa modul agar org tak tersalah anggap. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Dato Zainal Abidin Sarkom semasa saya mengikuti Program Parenting ESQ di Jakarta awal bulan Mei 2009. Isteri saya memperolehi email dari Para Alumni iaitu email Pak Ary mengenai perkara ini - Berikut adalah kandungan SMS forwarded from Pak Ary:

"Salam, Alumni ESQ Malaysia yg saya cintai.....

Modul Training ESQ itu saya buat melalui sebuah perenungan lama yg sangat dalam, di tengah malam sepi saya menulis dan menulis di atas kertas bekas. Mencari hakikat kehidupan sejati..... ketika orang lain tidur saya menulis dan menulis..... tahajud.. ..membaca Kalimah Nya yang indah yaitu Al Qur'an, dan Sirah....menulis. ...dan menangis.... .seorang diri.......berhari2 ...berminggu. ..berbulan2. ...

Cinta saya kepada Allah dan Rasulullah mengisi relung2 hati...

Kemudian saya wujudkan ke dalam sebuah buku dan training ESQ sbg curahan hati.

Training ESQ kini sudah berjalan lebih dari 3000 batch semenjak 8 tahun buku ditulis . Dan telah disampaikan kepada 750.000 alumni dari berbagai golongan di di 5 Benua.

ESQ bagi saya adalah sebuah karya seni. Lukisan Indah tentang sebuah Hati yg merindukan perjumpaan dgn Nya.......

Lukisan indah tentang.... Ihsan.... Iman... Islam...atau ...165.

Meskipun berat saya harus merubah modul....

Tapi saya percaya keindahan cahaya 165 tak akan pernah pudar...ia akan abadi.....

Salam 165.
Ary Ginanjar"

Saya sendiri berkesempatan berbual seketika dengan Pak Ari... "Gimana sih Pak Ary, semasa saya dan Isteri di Menara 165 berserta 15 org alumni dari Malaysia, lagu Snada "Demi Matahari" di putar 2 kali sehari.. walaupun programnya hanya sehari sahaja... " Pak Ary hanya tersenyum lebar dan mengucapkan "Masya Allah.. " dan menepuk-nepuk bahu saya". Iyelah, pada pendapat saya, para alumni bukan budak-budak kecil yang tak bioleh berfikir dan gerakan semasa menyanyikan lagu tersebut kami memang sedia maklum bukannya ritual dalam Agama Islam. Saja seronok menghayati dengan mendalam makna Surah A-Syams sahaja - bahawa kita ni sebenarnya kecil sahaja berbanding ciptaan Allah lainnya... tak lebih dari itu. Itupun ada yang kata sesat ke?

Ketua Majlis Tertinggi Majlis Ulama Indonesia Pak Nasaruddin hadir dan kebetulan juga Sohibos Somahah Mufti Negeri Perak juga mengikuti Program ESQ165 ketika itu dijemput memberikan pandapat mereka.

Khusus untuk anggota kerja SIRIM Berhad, saya telah diamanahkan oleh Pak Subhan, wakil dari pihak ESQ untuk menyampaikan DVD & brochure penerangan mengenai ESQ165. Kira-kira dua bulan yang lepas Pak Subhan pernah datang untuk bertemu Tn Haji Zulkifli tetapi mungkin kerana tidak ada rezeki, tiada wakil atasan pihak HRD SIRIM ada untuk diberikan penerangan secara langsung. Jemputan khas dibuat agar seorang wakil dari HRD dapat mengikuti program ESQ165 dan merasainya sendiri.



Buat kali ini, Pak Subhan memberikan sebuah pakej istimewa … kalau SIRIM hantar 5 org, dapat free 2 jika mengikuti program dalam bulan Jun ini. Oleh kerana SGM HRD kita Hj Zulkifli Abdullah sedang bercuti sempena cuti persekolahan, pada hemat saya, amatlah rugi sekiranya brochure, bahan bacaan & DVD penerangan ESQ165 tersebut hanya “idle” tidak bergerak diatas meja… oleh yang demikian kalian saya jemput untuk membaca bahan-bahan tersebut & menonton DVD yang diamanahkan kepada saya ini. Bahan-bahan ini ada bersama saya sekarang dan pada ketika ini sedang digunakan oleh Puan Habsah Abd Ghani di jabatan saya.



DVD bertajuk "Dekat dengan ayah, Dekat dengan Allah" yang saya beli untuk keluarga saya pertontonkan kepada rakan-rakan sekerja. Ini hanyalah salah satu modul kecil dalam ESQ teens. Power tak power, tanyalah sendiri siapa yang dah menontonnya!

Saya telah menghadiri Executive Training dan ESQ Parenting (di Jakarta) dan sedang mencari-cari masa yang sesuai untuk menghadiri Kursus Lanjutan Mission & Character Building (MCB). Tidak keterlaluan jika saya katakan, wang dilaburkan untuk menghadiri training ESQ nampak macam banyak… tapi kalau dah melaluinya saya rasa ianya tak mahal. Pengalaman dipilih oleh Allah untuk menghadiri program seperti ini yang MAHAL & tak ternilai harganya. Sejak sedari sekolah menengah Agama, UIA dan menempuhi alam pekerjaan, saya telah mengikuti training2 seperti ini… ada training yang mana saya dikapankan pun telah diikuti… tetapi tak dapat menandingi pengalaman bersama ESQ. Saya tidak mendapat sesen pun dari ESQ untuk mempromosikan aktiviti mereka. Yang kami harapkan hanyalah keredhaan Ilahi.

Insya Allah saya akan mencari masa untuk update blog saya ini untuk menceritakan pengalaman menghadiri ESQ Parenting, Insya Allah.

Wassalam.