Popular Posts

Saturday, December 20, 2008

Nasionalisme dan Islam

Nasionalisme ialah fahaman yang menjadikan ikatan bangsa, keturunan, bahasa atau kawasan sebagai matlamat perjuangan bagi menegakkan kepentingannya. la tidak mengira batas-batas keadilan menurut Islam sehingga fahaman ini menjadi falsafah politik, ekonomi dan kegiatan-kegiatan yang lain.

Fahaman ini juga lahir daripada fahaman memisahkan agama dengan dunia. Agama tidak dijadikan dasar dan panduan dalam kepentingan ekonomi, politik dan Iain-lain tetapi ia lebih cenderung pada semangat kebangsaan. Fahaman ini menjadi ukuran dalam semua perkara sehingga mengatasi kepentingan akidah yang menjadi pegangan hidup.

Pada masa dahulu, fahaman ini lebih dikenali sebagai asobiah (fanatik perkauman). Definisinya masih sempit iaitu perjuangan bagi kelompok kecil yang dikenali kabilah atau keluarga yang mesti dipertahankan walaupun atas dasar dan tindakan yang zalim. Definisi ini disebut dalam hadis Nabi Muhammad:

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati atas dasar asobiah."

Seorang sahabat bertanya: "Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?

Nabi Muhammad menjawab: "Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman. (Zalim menurut Islam ialah meletakkan sesuatu tidak betul menurut hukum Allah)."
(Direkodkan oleh Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)



Islam mengiktiraf perasaan kasih pada bangsa dan tanah airnya kerana Allah berkata kepada Nabi Muhammad surah al-Syuarak ayat 214,

"Berilah amaran kepada keiuargamu yang hampir."

Nabi Muhammad pernah berkata pada Hari Pembukaan Kota Mekah,

"Demi Allah, sesungguhnya engkaulah (Mekah) sebaik-baik bumi Allah, dan bumi Allah yang paling Allah kasih kepadanya. Kalaulah tidak kaumku mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak keluar."
(Direkodkan oleh al-Tirmizi)

Walau bagaimanapun, Islam melarang kasih pada sesuatu yang melebihi daripada Allah, Nabi Muhammad dan Islam. Lebih membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui batas-batas Allah. Kerana Allah menyebut dalam surah at-Taubah, ayat 24,

"Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan, dan pemiagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (azab seksanya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Allah menyebut lagi dalam surah al-Mujadalah, ayat 22,

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu, saling berkasih sayang kepada orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak, saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah tetapkan iman dalam hati-hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadanya. Mereka dimasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Allah, mereka itulah golongan Allah, Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah yang pasti mendapat kemenangan."

Ini adalah bukti akidah Islam mengatasi segala hubungan yang lain sama ada hubungan keluarga, keturunan dan bangsa. Al-Quran melarang Nabi Muhammad dan umat Islam memohon ampun untuk orang musyrik walaupun mereka daripada kaum keluarga. Allah menyatakan kisah Nabi Nuh yang kasihan kepada anaknya yang ditenggelami banjir tetapi Allah tidak mengizinkan beliau untuk memohon ampun kepada anaknya. Kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya yang tidak beriman juga menunjukkan kasih sayang keluarga tidak boleh dijadikan asas bagi memohon keselamatan dunia dan akhirat sekiranya Islam tidak dijadikan teras dalam kehidupan.

Perbandingan Nasionalisme dengan Islam

Musuh-musuh Islam menggunakan fahaman ini bagi memecahkan perpaduan umat Islam. Mereka bertindak melalui saluran politik dengan menggalakkan kewujudan negara-negara yang berasaskan fahaman ini di kalangan umat Islam. Akhirnya, negara-negara Islam dipisahkan melalui sempadan negara dan ditiupkan semangat kebangsaan negara masing-masing sehingga mereka tidak mempedulikan nasib yang menimpa umat Islam di negara lain.

Melalui saluran pendidikan pula, golongan ini cuba menghidupkan kembali sejarah zaman jahiliah bangsa masing-masing dan menenggelamkan sejarah Islam sendiri. Contohnya menghidupkan semula sejarah Firaun di kalangan rakyat Mesir, sejarah Majusi di Iran, sejarah hidup orang Hindu dan Buddha di India dan alam Melayu. Pengajian ini disampaikan melalui pengajian-pengajian rasmi di sekolah, media massa atau projek carigali artifak simpanan orang-orang Jahiliah. Apabila terdapat penemuan, penemuan itu dipuja dan dibanggakan. Adakala projek ini dibiayai oleh badan-badan antarabangsa dengan perbelanjaan yang besar. Bajet projek ini jauh lebih besar dan utama daripada perbelanjaan membantu mangsa-mangsa kebuluran di beberapa daerah di dunia ini.

Ketika negara Islam ditinggalkan penjajah, mereka menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada golongan bersemangat nasionalis. Golongan yang berjuang menentang penjajah sehingga korban syahid, meringkuk dalam tahanan penjara dan pembuangan negeri golongan Islam dan para sarjananya dilupakan. Sebaliknya, golongan golongan nasionalis pada zaman penjajahan sebenarnya terdiri daripada anak-anak negeri yang menjadi pegawai-pegawai kepada penjajah.


Persoalannya : Anda, ya.. anda yang sedang membaca artikel ini. Anda berada dalam golongan yang mana???


Tuesday, December 02, 2008

Rukun Zikir - where the malays fails


Shortened version of Arkan Zikr (Rukun-Rukun Zikir) pp 31-33 Syarah Ratib Haddad Analisa & komentar as discussed by the late Allahyarham Syed Ahmad Semait:

1. Makan minumnya halal, likewise for pakaiannya juga (very obvious);
2. Jangan riyak. (this is self explanatory); and
3. Makan tidak sampai terlalu kenyang.

Bab yang No. 3 ni ramai orang Melayu fail miserably. I am sorry to say, but mengaku ajelah, bab makan ni memang orang melayu No. 1.

Kalau tidak, tak logik ada program TV "Jalan-Jalan Cari Makan" or Malaysian being known as "food people". Open house sana-sini bagaikan pesta. Kalau makan tu lebih dari makan... sehingga timbul istilah "mentekedarah" or "makan hingga muntah darah" or "tembolok naga". Kalau ambik lauk or makanan tu, selalunya berlebih-lebihan, dah la tah habis, membazir aje, sedangkan dengan jelas dinyatakan dalam Al-Quran, "mereka yang melakukan perbuatan membazir itu adalah saudara para Shaitan dan Shaitan itu kufur terhadap Rabbnya".

Budaya mengisi tembolok naga ini dah jadi macam suatu budaya... waima dalam keluarga penulis sendiri, kalau makan tak bertambah, maka kita akan panas telinga kena bebel ataupun tuan rumah akan merajuk mengatakan bahawa kita tidak sudi makan makanan yang disediakan.

Sedangkan pada hakikatnya, Nabi S.A.W sendiri semasa hidupnya tidak pernah mengamalkan budaya membazir dan berlebih-lebihan yang tentunya akan menjadi penghalang untuk beribadah kepada Allah.

Fikir-fikirkanlah.....





Fadilat Zikir

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:

“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:

“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:

“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:

“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:

“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:

“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:

“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:

“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:

“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:

“Belum.”

Allah berfirman:

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:

“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:

“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:

“Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”



Allah berfirman:

“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

The above was taken from a website. There is an interesting story behind this which I shall be sharing with you readers in future posts.