Popular Posts

Thursday, November 22, 2007

Business Trip to Japan


The trip to Japan was no coincidence. Dah memang plan lamaaaa dah... tapi tak kesampaian sebab the parties masih negotiate the deal. Well, this would be my first visit jauh dari Malaysia sejak 1986 trip pi round ke Europe dulu. Bukan trip main-main sebab kena lak masa bulam puasa.... aku bantai makan sushi ajela...

The weather dah jadi tak betul sebab global warming... so masa sampai tu depa kata sepatutnya dah sejuk, tapi minah jepun yg pandai berbahasa mulayu yg dok sebelah aku dalam flight kata sepatutnya takdelah sampai panas macam ni... mula-mula ingat penat je beli jacket kulit masa trip ke Bukittingi hari tu...but it turned out that malam punyalah sejukkk...

Dari Narita airport, kami bertolak menaiki bas ke Tsukuba-Shi. Tsukuba adalah bandar R&D utama di Jepun. Dah berapa lama kerajaan Jepun wujudkan bandar ni, sangat teratur dan kemas lokasinya. Cuma yang aku tak tahan... perjalanan bas tu... takdela jauh benor Tsukuba dgn Narita - dalam 60km aje, ikut standard Malaysia setengah jam sampai la... tapi bayangkan bas tu jalan tak lebih 50km sejam... rupanya semua trafik macam tu... waima mamat jepun yang drive kereta sport pelik-pelik & Rolls Royce 6.0 cc pun laju tu gak le dia pegi...

Hotel depa... fuh punyalah kecikkkk... no wonder depa suka datang ke Malaysia. Bath tub dia aku takleh lunjur kaki pun, but toilet dia... the best in the world.

The negotiation ended on 18 September, my birthday. Jepun tu bawak kami berempat ke Restoran Goro (ketam). ketam dia besar gila... habis macam-macam jenis masakan, tapi semestinya ketam yg depa serve, dari rebus, goreng, mentahhh dll. Aku sapu semuanya... tak depa terduduk gak tengok bill, sampai beribu2.. nasib korang la...kena bayar.

From Tsukuba, my good friend Kamarul jadi guide kami berjalan ke Tokyo, bandar metropolitan. We took the Tsukuba Express (laju gila wooo) terus ke Asakusa Senzuku......a small town dalam bandar Tokyo. Ingat nak merasa dok hotel kapsul tu... tapi the other team members objected to it - sebab kalau nak mandi takde privacy.

Habih kita org jalan ke Harajuku, Shinjuku, Yamanote, Asakusa ... tah apa nama jepun lagi tah... dari kedai standard macam kat petaling street sampailah ke yg tahap 7 bintang, nak pegang barang kedai tu pun aku tak sanggup sebab mahal sangat...sempatlah beli ole-ole sikit untuk family like the fridge magnets and some kimono (yang murah punya je). Nak beli kimono ori... sama harganya macam ko beli kereta baru!

Kat Akihabara, aku tangkap satu camera/video sanyo. No regrets walaupun it cost me Rm1200 kalau convert duit Malaysia.

Menjelajah Narita menjadi agenda terakhir kami, we took the bullt train ke Narita town & took a cab to Narita Garden Hotel... Hotel ni standard 5 star macam kat Malaysia, besar, luas, tapi unlike the hotels in Tsukuba & Asakusa, tak disediakan internet like kat bilik... toilet dia pun macam kat Malaysia.

Dan kat Narita gak kita org dok borong barangan Hard Rock Cafe Narita, sampai chief bartender panggil kasi complementary drink for us.

Maybe next time, I'll bring my wife along.